Saleh al-Aruri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Saleh Al-Aruri
Timbalan Ketua Biro Politik Hamas
Dalam jawatan
2017–2024
KetuaIsmail Haniyeh
Butiran peribadi
LahirSaleh Muhammad Sulaiman Al-Aruri
صالح محمد سليمان العاروري

(1966-08-19)19 Ogos 1966
Ramallah, Tebing Barat Jordan
Meninggal dunia2 Januari 2024(2024-01-02) (umur 57)
Dahieh, Beirut, Lubnan
KerakyatanPalestin
Parti politik Hamas
PendidikanUndang-undang Syariah, Universiti Hebron

Saleh Al-Aruri (Arab: صالح العاروري) ialah seorang ahli politik di Palestin. Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Biro Politik Gerakan Perjuangan Islam (Hamas) sejak 2017[1] sehingga kematian beliau. Beliau ialah ketua pengasas bagi Briged Izzuddin Al-Qassam, sayap ketenteraan Hamas. Saleh dilaporkan menetap di Lubnan.[2][3]

Saleh dilahirkan pada 1966 di Ramallah. Beliau memperoleh ijazah sarjana muda undang-undang syariah dari Universiti Hebron. Beliau menyertai gerakan Ikhwan Muslimin di awal usianya dan menjadi anggota Hamas selepas pertubuhan itu ditubuhkan oleh pemimpin Ikhwan pada 1987.

Antara 1990 dan 1992, tentera Israel mengawal Saleh di bawah tahanan pentadbiran -- tanpa bicara -- atas kegiatannya dalam kumpulan yang ditubuhkan itu.

Pada 1991, beliau mengasaskan penubuhan Briged Izzuddin Al-Qassam, organisasi yang menyediakan tentera kepada Hamas. Beliau kemudiannya kembali dimasukkan dalam penjara pada 1992 selama 15 tahun.[4]

Saleh dibebaskan pada 2007 tetapi dipenjara semula tiga bulan selepas pembebasannya. Pihak berkuasa Israel memenjarakan beliau selama tiga tahun lagi sehingga dibebaskan pada 2010[4] Beliau diasingkan ke Syria sebagai syarat pembebasan beliau.[5] Pada 2011, beliau terlibat sebagai jururunding bersama-sama Nizar Awadallah, Marwan Issa dan Ahmad Al-Ja'bari bagi membebaskan 1,027 warga Palestin sebagai pertukaran dengan seorang tentera Israel, Gilad Shalit.[6]

Pada 2 Januari 2024, Saleh terbunuh di Beirut dalam sebuah serangan udara yang dikendalikan tentera Israel.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Palestine's Hamas elects new deputy political chief". www.aa.com.tr. Dicapai pada 2023-10-29.
  2. ^ i24NEWS (2023-10-27). "Israeli forces kill senior Islamic Jihad commander in Jenin; arrest 36 suspects". I24news (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-10-28.
  3. ^ "IDF issues demolition order for house owned by Hamas leader al-Arouri". The Jerusalem Post | JPost.com (dalam bahasa Inggeris). 2023-10-27. Dicapai pada 2023-10-28.
  4. ^ a b "Palestine's Hamas elects new deputy political chief". www.aa.com.tr. Dicapai pada 2023-10-29.
  5. ^ "صالح العاروري يصل الى دمشق بعد موافقته على الابعاد مقابل افراج السلطات الاسرائيلية عنه". samanews.ps. Dicapai pada 2023-10-29.
  6. ^ Sadiki, Larbi. "Captives of war and peace". www.aljazeera.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-10-29.
  7. ^ i24NEWS (2024-01-02). "Explosion in Beirut in Hezbollah-run neighborhood, cause under investigation". I24news (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-01-02.