Said Seyam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Said Seyam
سعيد صيام
Menteri Dalam Negeri dan Hal Ehwal Awam Palestin
Dalam jawatan
Mac 2006 – Mac 2007
PresidenMahmud Abbas
Perdana MenteriIsmail Haniyeh
Didahului olehNasir Yusuf
Digantikan olehHani Talab al-Qawasmi
Menteri Dalam Negeri Palestin
Dalam jawatan
Jun 2007 – Januari 2009
PresidenMahmud Abbas
Perdana MenteriIsmail Haniyeh
Didahului olehHani Talab al-Qawasmi (Palestin)
Digantikan olehFathi Hamad (di Gaza)
Anggota Parlimen Palestin
untuk Gaza
Dalam jawatan
Januari 2006 – Januari 2009
Berkhidmat dengan Ahmed Bahar, Khalil Al-Hayah, Mohammed Faraj Al-Ghul, Jamal Saleh, Jamal Al-Khudari, Ziad Abu Amr dan Husam Tawil
Butiran peribadi
LahirSaid Seyam
(1959-07-22)22 Julai 1959
Syeikh Radwan, Gaza
Meninggal dunia15 Januari 2009(2009-01-15) (umur 49)
Jabaliyah, Gaza
Parti politik Hamas

Said Seyam (Arab: سعيد صيام) ialah seorang ahli politik Palestin. Beliau pernah berkhidmat sebagai Menteri Dalam Negeri dan Hal Ehwal Awam Palestin pada Mac 2006 hingga Mac 2007 di bawah kabinet pertama Ismail Haniyeh mewakili pertubuhan Hamas[1] , sebelum diganti oleh Hani Talab al-Qawasmi, ahli politik bebas dalam kabinet perpaduan pimpinan Ismail Haniyeh.

Dalam pilihan raya perundangan 2006, beliau telah terpilih sebagai salah seorang perwakilan bagi Gaza.[2]

Beliau kembali dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri Palestin dalam pentadbiran di Gaza pada 2007 hingga kematian beliau pada 2009. Said telah terbunuh dalam sebuah serangan udara Israel pada Januari 2009.[3] Jawatan beliau telah digantikan dengan Fathi Hamad.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "The PA Ministerial Cabinet List March 2006 - March 2007". Dicapai pada 2 November 2023.
  2. ^ "FINAL REPORT ON THE PALESTINIAN LEGISLATIVE COUNCIL ELECTIONS JANUARY 25, 2006" (PDF). NATIONAL DEMOCRATIC INSTITUTE. 2006.
  3. ^ Adetunji, Jo; Walker, Peter; McCarthy, Rory (2009-01-15). "Hamas interior minister reported dead in Gaza attack". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Dicapai pada 2023-11-03.
  4. ^ "Palestine Press News Agency - Hamas officially announces Fathi Hamad new Interior Minsiter". web.archive.org. 2011-07-22. Dicapai pada 2023-11-03.