Yahya Sinwar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yahya Sinwar
Ketua Hamas
di Genting Gaza
Memegang jawatan
13 Februari 2017
TimbalanKhalil Al-Hayah
Didahului olehIsmail Haniyeh
Butiran peribadi
LahirYahya Ibrahim Hassan Sinwar
1962 (umur 61–62)
Khan Yunis, Negara Palestin
Parti politik Hamas
Alma materUniversiti Islam Gaza

Yahya Sinwar (Arab: يحيى السنوار, lahir 1962; juga disebut Yehya Al-Sinwar[1]) ialah pemimpin utama Hamas di Genting Gaza. Beliau merupakan ketua pertubuhan Islam tersebut bagi Genting Gaza, menggantikan Ismail Haniyeh bermula Februari 2017.[2][3] Pada Mac 2021, beliau sekali lagi kekal mempertahankan jawatannya untuk penggal kedua[4]. Beliau merupakan tokoh kedua paling berkuasa dalam Hamas.[5]

Pada September 2015, Yahya telah dituduh sebagai pengganas oleh pemerintah Amerika Syarikat,[6] sebagaimana Hamas dan Briged Izzuddin Al-Qassam juga telah disenarai sebagai pertubuhan pengganas oleh Amerika Syarikat dan negara-negara lain.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Yahya dilahirkan sebagai Yahya Ibrahim Hassan Sinwar pada 1962, di kem pelarian Khan Yunis, semasa ia berada di bawah pemerintahan Mesir. Selepas menamatkan pengajian di Sekolah Menengah Lelaki Khan Yunis, beliau menyambung pengajian di Universiti Islam Gaza dan memperoleh sarjana muda dalam pengajian Arab.[7][8]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Yahya telah ditahan pertama kalinya pada 1982 atas dakwaan kegiatan keganasan dan telah dipenjara beberapa bulan di penjara Far'a di mana di sana beliau telah bertemu dengan pejuang Palestin yang lain, termasuk Salah Shehade, dan mengadbikan dirinya untuk perjuangan Palestin.[7] Beliau ditahan sekali lagi pada 1985,[3] setelah dibebaskan beliau bersama Rawhi Mushtaha mengasaskan pertubuhan keselamatan Munazzamat al Jihad w’al-Dawa (Pertubuhan Jihad dan Dakwah, atau Majd), yang mana bekerja untuk mengesan pengintip Israel dalam gerakan rakyat Palestin dan pada 1987 menjadi "polis" Hamas.[7]

Pada 1988, beliau telah menjadi dalang kepada penculikan dan pembunuhan dua tentera Israel, kemudiannya ditangkap dan disabitkan hukuman. dan dijatuhkan hukuman dengan empat hukuman penjara seumur hidup pada 1989.[3][6] Beliau cuba untuk melarikan diri dari penjara beberapa kali tetapi sentiasa tertangkap.[8][9] Yahya menjalani hukumannya 22 tahun sebelum dibebaskan pada 2011 dan dihantar semula ke Gaza hasil rundingan pertukaran tahanan ratusan warga Palestin yang ditahan dengan seorang tentera Israel, Gilad Shalit.[10][2]

Memimpin Hamas di Gaza[sunting | sunting sumber]

Pada Februari 2017, Yahya telah dipilih sebagai pemimpin Hamas di Genting Gaza, mengambil alih jawatan Ismail Haniyeh. Pada Mac, beliau menubuhkan jawatankuasa pentadbiran Genting Gaza yang dikawal sepenuhnya oleh Hamas, yang membawa maksud beliau menolak sebarang perkongsian kuasa dengan Pihak Berkuasa Palestin di Ramallah. Yahya menolak sebarang pendamaian dengan Israel.[2] Beliau telah menyeru kepada pejuang Palestin untuk menagkap lebih ramai tentera Israel.[6]

Pada September 2017, sebuah rundingan baharu dengan Pihak Berkuasa Palestin telah dimulakan oleh Mesir, dan Yahya bersetuju untuk membubarkan jawatankuasa pentadbiran Gaza milik Hamas.[11] Pada 16 Mei 2018, dalam sebuah pengumuman yang tidak disangka dalam Al Jazeera, Yahya menyatakan bahawa Hamas akan meneruskan "perjuangan rakyat yang aman" yang membuka kemungkinan Hamas akan memainkan peranan dalam rundingan dengan Israel.[12] Seminggu sebelumnya, beliau telah mendorong rakyat Gaza untuk melanggar kepungan Israel, dengan berkata "Kami lebih rela mati sebagai syahid daripada mati dalam penindasan dan penghinaan", dan menambah, "Kami bersedia untuk mati, dan puluhan ribu akan mati bersama-sama kami."[13]

Pada Mac 2021, beliau telah dipilih sekali lagi sebagai ketua Hamas di Gaza untuk penggal kedua dalam sebuah pemilihan yang dianjurkan secara rahsia. Beliau merupakan pemimpin Hamas paling tertinggi di Gaza dan pemerintah de facto Gaza, dan menjadi individu kedua paling berkuasa dalam Hamas selepas Ismail Haniyeh.[14]

Pada 15 Mei 2021, sebuah serangan udara Israel dilaporkan telah mengenai rumah Yahya dalam konflik yang mencetuskan Perang Pedang al-Quds. Tiada maklumat kematian dan kecederaan dalam serangan tersebut. Serangan tersebut berlaku di Khan Yunis. [15]

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Pada 1 Disember 2020, Yahya Sinwar telah diuji positif COVID-19 dan dilaporkan telah mengikuti nasihat pihak berkuasa kesihatan dan mengambil langkah pengawasan. Seorang jurucakap pertubuhan tersebut mendakwah beliau dalam keadaan baik dan menjalankan tugas seperti biasa".[16][17]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Israel air strikes kill 42 Palestinians, rockets fired from Gaza". Reuters. 15 May 2021.
  2. ^ a b c Beaumont, Peter (13 February 2017). "Hamas elects hardliner Yahya Sinwar as its Gaza Strip chief". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 February 2017.
  3. ^ a b c Balousha, Hazam; Booth, William (13 February 2017). "Hamas names hard-liner as its new political leader in Gaza". The Washington Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 February 2017.
  4. ^ Agensi (19 Mac 2021). "Yahya Sinwar kekal sebagai Ketua Sayap Politik Hamas". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mac 2021. Dicapai pada 24 Mei 2021.
  5. ^ "The Palestinians try to reconcile". The Economist. 5 October 2017.
  6. ^ a b c "Terrorist Designations of Yahya Sinwar, Rawhi Mushtaha, and Muhammed Deif". United States Department of State. 8 September 2015.
  7. ^ a b c نبذة عن حياة الأسير يحيى السنوار مؤسس الجهاز الأمني لحركة المقاومة الإسلامية حماس [About the life of the prisoner Yahya Sinwar founder of the security apparatus of the Islamic Resistance Movement Hamas] (dalam bahasa Arab). Palestinian Information Center. 15 April 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016.
  8. ^ a b "Yehya Ibrahim Sinwar". Ezzedeen AL-Qassam Brigades. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 September 2016.
  9. ^ قائد حماس بالسجون يحيى السنوار... خطط للهرب اكثر من مرة وعوقب بالعزل [Imprisoned Hamas leader Yehia Sinwar ... planned to escape more than once and was punished with solitary]. Maan News Agency. 19 October 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 February 2017.
  10. ^ Adam Gonn (17 Oktober 2011). "Hamas to gain politically from prisoner swap deal". Xinhua. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Januari 2014. Dicapai pada 24 Mei 2021.
  11. ^ "Hamas agrees to talks with Fatah, hold elections". www.aljazeera.com.
  12. ^ "The leader of Hamas in Gaza is the most influential man in Palestine". The Economist. 26 May 2018.
  13. ^ Halbfinger, David M.; Abuheweila, Iyad (10 May 2018). "As Gaza Teeters on Precipice, a Hamas Leader Speaks Out". The New York Times. Dicapai pada 25 September 2018.
  14. ^ "Yahya Sinwar". www.jewishvirtuallibrary.org. Dicapai pada 2021-05-15.
  15. ^ Gross, Judah Ari. "Home of Hamas leader in Gaza said hit by Israeli strike". www.timesofisrael.com.
  16. ^ Atman Ahdiat (1 Disember 2020). "Pimpinan Hamas di Gaza positif COVID-19". ANTARA. Dicapai pada 24 Mei 2021.
  17. ^ Almughrabi, Nidal (1 December 2020). Heller, Jeffrey; Ricahrdson, Alex (penyunting). "Hamas Gaza chief tests positive for COVID-19, spokesman says". Reuters. Dicapai pada 1 December 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]