Mukim Sanglang, Kedah
Mukim Sanglang | |
---|---|
Transkripsi lain | |
• Jawi | مقيم سڠلڠ |
• Cina | 双弄 |
• Tamil | முக்கிம் சாங்லாங் |
Koordinat: 6°15′40″N 100°12′50″E / 6.261139°N 100.214002°EKoordinat: 6°15′40″N 100°12′50″E / 6.261139°N 100.214002°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Kedah |
Daerah | Kubang Pasu |
Perwartaan | 1956 |
Pentadbiran | |
• PBT Kawasan | Majlis Perbandaran Kubang Pasu |
• Penghulu | Sazali bin Shafie |
Keluasan | |
• Jumlah | 42.84 km2 (16.54 batu persegi) |
Penduduk (2010)[1] | |
• Jumlah | 11,891 |
• Kepadatan | 280/km2 (720/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
Poskod | 061xx |
Mukim Sanglang (Jawi: مقيم سڠلڠ ; Cina: 双弄; Tamil: முக்கிம் சாங்லாங் ) ialah sebuah mukim (daerah kecil) dalam kawasan pentadbiran Daerah Kubang Pasu, di utara negeri Kedah, Malaysia.[2][3] Mukim ini mempunyai penduduk seramai 11,891 orang, iaitu seramai 5,959 orang penduduk berjatina lelaki dan 5,932 orang penduduk berjantina perempuan pada tahun 2010.[1]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Persempadaan Mukim Sanglang bersama-sama mukim lain dalam Daerah Kubang Pasu telah diwartakan pada tahun 1956.[2]
Geografi
[sunting | sunting sumber]Mukim Sanglang terletak barat Daerah Kubang Pasu berhadapan dengan Selat Melaka. Ia bersempadan dengan mukim lain iaitu Mukim Sanglang dalam kawasan pentadbiran negeri Perlis di uatara, Mukim Pering dan Mukim Kepelu di timur laut, Mukim Ah di timur, Mukim Putat di tenggara dan Mukim Jerlun di selatannya.[4][5]
Kawasan mukim ini mempunyai keluasan keseluruhan mencapai 42.84 kilometer persegi (4,284 he) dan dibahagikan kepada beberapa buah zon kawasan seperti bandar, pekan, kampung dan taman perumahan.[4][6] Manakala untuk keluasan mukim sebenar (tidak merangkumi kawasan pekan yang telah diwarta dalam sistem pecaman lot tanah (Unique Parcel Identifier; UPI) seperti Pekan Sanglang, Pekan Kuala Sanglang, dan Pekan Kerpan) ialah 34.19 kilometer persegi (3,419 he).[7]
Pentabdiran
[sunting | sunting sumber]Mukim Sanggang dipimpin oleh seorang penghulu mukim; pemegang jawatan semasa ialah Encik Sazali bin Shafie. Pejabat penghulunya terletak di Kampung Sanglang.[8]
Pekan
[sunting | sunting sumber]Terdapat tiga pekan dalam pentadbiran Mukim Sanglang, iaitu:
Nama | Meliputi kawasan[4][9] | Penduduk (2020)[7] | Luas (2020)[7] | Poskod |
---|---|---|---|---|
Kerpan | 1,584 | 4.624 km2 | 01560 Ayer Hitam | |
Kuala Sanglang |
|
1,862 | 2.828 km2 | 01560 Ayer Hitam |
Sanglang | 1,584 | 3.224 km2 | 01560 Ayer Hitam |
Kampung
[sunting | sunting sumber]Terdapat 31 buah kampung dalam pentadbiran Mukim Sanglang, iaitu:
Taman perumahan
[sunting | sunting sumber]Terdapat satu buah kawasan perumahan dalam pentadbiran Mukim Sanglang, iaitu:
Nama[9] | Koordinat[9][10] | Poskod | ||
---|---|---|---|---|
Bahasa Melayu (Rasmi) | Bahasa Melayu Kedah | Tulisan Jawi | ||
Taman Sri Sanglang | Taman Sri Sanglang | تامن سري سڠلڠ | 6°15′44″N 100°11′58″E / 6.262101°N 100.199553°E | 01560 Ayer Hitam |
Demografi
[sunting | sunting sumber]Kelompok etnik | 2010 | |
---|---|---|
Populasi | Peratusan | |
Melayu | 10600 | 89.14% |
Bumiputera lain-lain | 11 | 0.09% |
Cina | 778 | 6.54% |
India | 12 | 0.1% |
Lain-lain | 385 | 3.24% |
Jumlah warganegara Malaysia | 11786 | 99.12% |
Bukan warganegara Malaysia | 105 | 0.88% |
Jumlah | 11891 | 100.00% |
Tahun | Pend. | ±% |
---|---|---|
2000 | 10,054 | — |
2010 | 11,891 | +18.3% |
2020* | 5,121 | −56.9% |
Sumber: *Tidak termasuk tiga pekan[7] |
Berdasarkan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010, kawasan Mukim Sanglang (termasuk Pekan Kuala Sanglang, Pekan Sanglang dan separuh Pekan Kerpan) mempunyai jumlah penduduk seramai 11,891 orang dengan pecahan jantina iaitu 5,959 orang penduduk berjatina lelaki dan 5,932 orang penduduk lagi berjantina perempuan.[1] Seramai 11,786 orang yang berwarganegara Malaysia dan 105 orang bukan warganegara Malaysia tinggal di Mukim Sanglang. Bumiputera ialah kaum majoriti atau paling banyak yang bermastautin di Mukim Sanglang dengan jumlah penduduk mencecah 10,611 orang, dengan pecahan 10,600 orang ialah orang Melayu dan selebihnya ialah bumiputera lain seperti Siam dan Orang Asli. Selain itu, terdapat 778 orang yang berbangsa Cina, dan 385 orang berbangsa lain-lain menetap di Mukim Sanglang. Kaum minoriti di Mukim Sanglang ialah kaum India dengan jumlah penduduk seramai 12 orang sahaja.[1] Terdapat 3,242 buah isi rumah dan 4,069 buah tempat kediaman dalam Mukim Sanglang pada tahun 2010.[1]
Mengikut bancian pada tahun 2000 yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, kawasan Mukim Sanglang termasuk Pekan Kuala Sanglang, Pekan Sanglang dan separuh Pekan Kerpan mempunyai jumlah penduduk seramai 10,054 orang dengan 9,987 orang ialah warganegara Malaysia dan 67 orang bukan warganegara Malaysia. Seramai 4,946 orang ialah berjantina lelaki manakala selebihnya iaitu 5,112 orang ialah berjantina perempuan.[11] Bumiputera ialah kaum majoriti di Mukim Sanglang iaitu seramai 8,860 orang, merangkumi 8,858 ialah orang Melayu dan dua orang ialah bumiputera lain. Sebanyak 1,021 orang berbangsa Cina yang menetap sekitar kawasan Mukim Sanglang, menjadikan kaum kedua terbanyak menduduki di Mukim Sanglang, diikuti 98 orang ialah berbangsa lain-lain dan lapan orang ialah kaum India, menjadikan kaum terkecil menetap di Mukim Sanglang. Pada tahun 2000, terdapat 2,231 buah isi rumah dan 2,389 buah tempat kediaman yang direkodkan.[11]
Pengangkutan
[sunting | sunting sumber]Rangkaian jalan raya
[sunting | sunting sumber]Terdapat satu jalan persekutuan dan dua jalan negeri yang merentasi Mukim Sanglang,[12] iaitu:
Jata | Status | Nama[12] | Seksyen[9][5][13] | Panjang[9][12] |
---|---|---|---|---|
FT 7 | Jalan persekutuan | Jalan Alor Setar–Kangar | Pekan Kerpan–Kampung Lubok Gokgek | 4.29 kilometer (2.67 bt) |
K102 K102 | Jalan negeri | Jalan Kodiang–Sanglang | Kampung Pida Sembilan–Pekan Sanglang | 6.34 kilometer (3.94 bt) |
K302 K302 | Jalan Kuala Sanglang | Pekan Kuala Sanglang–Pekan Sanglang | 3.40 kilometer (2.1 bt) |
Rangkaian pengangkutan awam
[sunting | sunting sumber]myBAS Perlis yang dikendalikan sepenuhnya oleh MARA Liner, laluan bas utama T13 dari Terminal Bas Bukit Lagi di Kangar ke Terminal Bas Shahab Perdana di Alor Setar, berkhidmat sekitar Mukim Sanglang, dengan kekerapan (frekuensi) bas 1 jam 45 minit. Bas myBAS Perlis T13 berkhidmat setiap hari bermula Ahad sehingga Sabtu.[14][15]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d e f "Taburan Penduduk Mengikut Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan Mukim 2010 (PDF)". Putrajaya: Jabatan Perangkaan Malaysia. 2011. ISBN 978-983-9044-59-1. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-01. Dicapai pada 2019-05-20.
- ^ a b "Kod dan Nama Sempadan Pentadbiran Tanah, Unique Parcel Identifier (UPI) Kedah" (PDF). Jawatankuasa Teknikal Standard MyGDI (JTSM). 2011. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2 Ogos 2022. Dicapai pada 24 Februari 2023.
- ^ "Senarai Daerah Pentadbiran, Mukim dan Pihak Berkuasa Tempatan" (PDF). Jabatan Perangkaan Malaysia. Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (myCensus 2020). 2020. Dicapai pada 24 Februari 2023.
- ^ a b c "Aplikasi Carian Kod dan Nama Sempedan Pentadbiran Tanah". mygos.mygeoportal.gov.my. Malaysia Geospatial Online Services (MyGOS). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-05-05. Dicapai pada April 12, 2021.
- ^ a b World Express Mapping (WEM) Sdn. Bhd. (dalam bahasa Inggeris). Peta Panduan Jalan Kedah & Perlis (Road Map of Kedah & Perlis) (Peta). 1: 187,950. ISBN 983-2192-36-6.
- ^ "Citypopulation – Kubang Pasu, District in Malaysia". citypopulation.de (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Disember 2021.
- ^ a b c d "Citypopulation – Mukim Sanglang, Kubang Pasu District, Malaysia". citypopulation.de (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-01-01.
- ^ Administrator (22 Disember 2022). "Senarai Penghulu Negeri Kedah". Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Kedah Darul Aman. Dicapai pada 24 Februari 2022.
- ^ a b c d e f g "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 25 Januari 2023.
- ^ a b Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia. "Laporan Gazetir untuk Negeri Kedah Darul Aman". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 23 September 2022.
- ^ a b c "Taburan Penduduk Mengikut Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan & Mukim, 2000". Jabatan Perangkaan Malaysia. 2000. Dicapai pada 24 Februari 2023 – melalui mycensus.gov.my.
- ^ a b c "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kubang Pasu" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 31 Januari 2022.
- ^ Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
- ^ "Pengenalan untuk myBAS Perlis". maralinergroup.my. MARA Liner. Dicapai pada 24 Februari 2023.
- ^ "Laluan myBAS Perlis – T13 (Kangar – Alor Setar via Ayer Hitam), Shahab Perdana". maralinergroup.my. MARA Liner. Dicapai pada 24 Februari 2023.