Wahah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Oasis)
Jump to navigation Jump to search
Untuk the English band, sila lihat Oasis (band). Untuk other uses, sila lihat Wahah (nyahkekaburan).
Sebuah wahah di gurun Sahara di Libya

Dalam geografi, sebuah wahah atau oasis ialah sebuah kawasan terpencil kehijauan di sebuah gurun, biasanya mengeliling sebuah mata air atau sumber air yang mirip. Wahah juga memberikan habitat untuk haiwan dan manusia jika kawasan itu cukup besar.

Lokasi wahah telah menjadi kepentingan kritikal untuk jalan perdagangan dan angkutan di kawasan-kawasan gurun. Kabilah-kabilah harus mengambara melalui wahah supaya bekalan air dan makanan dapat ditambah. Oleh itu, kawalan politik atau ketenteraan sebuah wahah telah dalam banyak perkara bermakna kawalan perdagangan pada jalan yang khusus; wahah Awjila, Ghadames dan Kufra yang terletak di Libya hari ini contohnya telah banyak pelbagai kali menjadi titik penting perdagangan di Sahara Utara-Selatan dan Timur-Barat.

Penamaan[sunting | sunting sumber]

Perkataan wahah dalam bahasa Melayu dipinjam dari bahasa Arab واحة, waahah. Perkataan oasis pula merupakan turunan bahasa Inggeris dari istilah bahasa Yunani Purba - ὄασις óasis melalui pinjaman bahasa Latin, Kedua-dua nama ini berakar dari istilah bahasa Mesir (kemudiannya bahasa Qibti) iaitu ouahe atau wahe yang bermaksud "tempat kediaman".[1]

Geologi[sunting | sunting sumber]

Wahah dibentuk dari sungai bawah tanah atau akuifer seperti sebuah akuifer artesia, di mana air dapat mencapai permukaan secara semulajadi oleh tekanan atau perigi-perigi dibina manusia. Ribut petir yang berlaku jarang-jarang menyumbang air untuk menampun wahah semula jadi seperti Tuat.

Penanaman tumbuhan[sunting | sunting sumber]

Oasis in the Libyan part of the Sahara

Mereka yang menghuni harus menguruskan tanah dan air yang ada di wahah di mana tanaman seperti kurma, buah tin, zaitun atau aprikot dapat ditanam dengan baik. Pohon-pohon kurma membentuk lapisan teduh atas yang utama agar pokok yang lebih rendah seperti pic dapat hidup subur lalu membentuk lapisan tengah. Kesemua lapisan ini diuruskan agar penggunaan galian dan air dalam tanah dapat digunakan dengan sebaiknya. Wahah yang lebih lembap boleh menjadi tempat pilihan bagi menanam syauran dan bijirin (gandum, sekoi dan sebagainya).[2]

Wahah terkenal[sunting | sunting sumber]

Afrika[sunting | sunting sumber]

Benua Amerika[sunting | sunting sumber]

Kawasan Lindungan Hidupan Liar Fish Springs, Utah, Amerika Syarikat.

Asia[sunting | sunting sumber]

Australasia[sunting | sunting sumber]

Eropah[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]