Pergi ke kandungan

One Million Dollar Voice

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
One Million Dollar Voice
Genre
Berdasarkan daripada
Diinpirasikan daripada Program TV Tempatan
Ditulis oleh
  • Hafiz Abu Bakar
    (Lakon layar)
  • Mohd. Rahhiemi Alias
    (Lakon layar)
  • Muhammad Adib Zaini
    (Lakon layar)
  • Bainun Waheeda
    (Lakon layar)
PengarahMichael Ang
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod32
Penerbitan
Penerbit
  • Francis Foo
  • Leng Lai
  • Michael Ang
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Juita Viden Sdn. Bhd.
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal28 Ogos 2023 – 19 Oktober 2023
Kronologi
MengikutiBudak Hostel Otaknya Sewel
Diikuti olehMy Famous Ex-Boyfriend

One Million Dollar Voice ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 arahan Michael Ang dibintangi oleh Emma Maembong, Amelia Henderson, Ben Amir, Tracie Sinidol, Lah Ahmad, Ezra Kairo, Layla Sania, Roy Azman, Neeta Manis, Uriah See, Naufal Azrin dan ramai lagi. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama Astro Ria bermula 28 Ogos 2023 menggantikan Budak Hostel Otaknya Sewel. [1][2]

Mengisahkan krew produksi serta para peserta sebuah pertandingan realiti yang suatu ketika dahulu tersohor tetapi kini kian corot di kalangan para penonton.

Dengan tekanan yang diterima, penerbit TJ yang diperankan oleh Emma Maembong ingin menebus semula maruahnya serta rancangan terbitannya walau apa jua sekalipun.

Siri rantaian ini turut memaparkan motif di sebalik setiap penyertaan peserta yang mendahagakan wang kemenangan sebanyak USD 1 juta.

Antaranya Ali yang dimainkan oleh Ben Amir yang ingin melepaskan dirinya daripada genggaman gang lamanya untuk berkahwin dengan wanita pilihannya yang merupakan anak seorang anggota polis.

Manakala Zana yang dilakonkan oleh Amelia Henderson ingin membebaskan dirinya daripada dibelenggu oleh kisah silamnya sebagai seorang pekerja seks dengan bertekad untuk memenangi wang tunai tersebut.

Joe yang dimainkan oleh Lah Ahmad perlu melangsaikan hutangnya demi menyelamatkan nyawa isteri dan anaknya.

Pelakon Utama

[sunting | sunting sumber]
Emma Maembong sebagai TJ
Amelia Henderson sebagai Zana
Ben Amir sebagai Ali

Pelakon Pembantu

[sunting | sunting sumber]

Penampilan Khas

[sunting | sunting sumber]