Nurfarrah Izzatie Johari atau lebih dikenali sebagai Ara Johari (lahir 27 Jun 1997) merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Beliau merupakan finalis dan pemenang tempat keempat dalam pertandingan realiti televisyen, Akademi Fantasia musim ke-13 pada tahun 2016.
Ara Johari mula meraih kejayaan arus perdana menerusi Akademi Fantasia musim ke-13 dan berjaya merangkul tempat keempat dalam rancangan tersebut. Beliau mula meneruskan kerjayanya dalam industri muzik menerusi lagu "Warkah Untukku", "Bunga" dan "Paku". Lirik untuk lagu "Paku" ditulis oleh Ara sendiri. Beliau seterusnya berjaya menempatkan diri dalam Anugerah Juara Lagu ke-32 menerusi lagu "Warkah Untukku". Namun Ara tidak berjaya merangkul sebarang anugerah AJL32. Ara sekali lagi berjaya menempatkan diri dalam Anugerah Juara Lagu ke-33 menerusi lagu "Bunga". Berkat usaha gigih Ara dan kumpulannya, lagu ini berjaya meraih gelaran naib juara. Kemenangan ini melonjakkan lagi nama Ara dalam industri muzik.
Ara merupakan salah seorang daripada 15 orang pelajar yang diterima masuk ke Akademi Fantasia 2016. Berikut ialah persembahan Ara sewaktu dalam akademi: