Paus Ioannes Paulus I
Hamba Tuhan, John Paul I | |
---|---|
Dalam jawatan 26 Ogos 1978 – 28 September 1978 | |
Didahului oleh | Paus Paulus VI |
Digantikan oleh | Paus Ioannes Paulus II |
Butiran peribadi | |
Lahir | Canale d'Agordo, Veneto, Itali | 17 Oktober 1912
Meninggal dunia | 28 September 1978 Istana Paus, Kota Vatikan | (umur 65)
Paus John Paul I (Bahasa Latin: Ioannes Paulus PP. I; Bahasa Itali: Giovanni Paolo I) (lahir sebagai Albino Luciani pada 17 Oktober 1912 - 28 September 1972) merupakan seorang paderi Roman Katolik Itali dan Paus ke-264 untuk 33 hari sahaja pada tahun 1978. [1] Namanya adalah gabungan nama dua paus yang terdahulu sebelumnya. Nama "John Paul" digunakan untuk menghormati Paus John XXIII yang telah menjadikan beliau seorang biskop dan Paus Paul VI yang telah menaikan pangkatnya untuk menjadi seorang kardinal. [2]
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Luciani telah dilahirkan di Canale d'Agordo, sebuah bandar kecil di antara Venice dan sempadan Austria dengan Itali. Bapa beliau ialah seorang pekerja asing di Switzerland.
Paderi
[sunting | sunting sumber]Luciani memulakan tugasnya sebagai paderi di paroki-paroki tempat tinggalnya. Pada tahun 1937, beliau menjadi seorang profesor teologi dan naib rektor seminari Belluno.
Paus
[sunting | sunting sumber]Kardinal Luciani telah dipilih sebagai Paus pada tahun 1978. [3] John Paul I merupakan paus pertama untuk menggabungkan nama-nama John dan Paul sebagai seorang Paus untuk membalas jasa-jasa Paus John XXIII dan Paus Paul VI. Beliau merupakan Paus yang pertama untuk memilih nama baharu sebagai Paus sejak Paus Lando pada tahun 913.
Di Itali, beliau juga diingati sebagai Il Papa del Sorriso (The Smiling Pope) dan Il Sorriso di Dio (Senyuman Tuhan).
Meninggal dunia
[sunting | sunting sumber]Pada 29 September 1978, 33 hari selepas dilantik sebagai Paus, John Paul I telah ditemui mati "terbaring di katil beliau, dengan buku yang terbuka di sebelahnya, dan lampu bilik yang dihidupkan. Berdasarkan kenyataan seorang doktor Vatikan, John Paul I mungkin meninggal dunia di antara pukul 11:00 p.m. akibat serangan jantung. [4]
Pemakaman John Paul I telah diadakan di Dataran St. Peter pada 4 Oktober 1978 dan disembahyangkan oleh Kardinal Carlo Confalonieri. Beliau kemudiannya dikebumikan di Grottoes Vatikan. Terdapat beberapa teori konspirasi yang berkaitan dengan kematiannya.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "List of Popes," Catholic Encyclopedia (2009); retrieved 2011-11-02.
- ^ "Obituaries: The Smiling Pope," New York Times. November 6, 1978; retrieved 2011-10-30.
- ^ "On This Day: August 26," New York Times.; retrieved 2011-10-27.
- ^ "Pope John Paul I dies of heart attack: From the archive, 30 September 1978". the Guardian.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Paus Ioannes Paulus I. |
- The website of the Foundation Papa Luciani
- John Paul I in the Vatican's site
- Hagiography Circle
- Saints SQPN
- Cardinals of the Holy Roman Church
- Catholic Hierarchy
- Religion: How Pope John Paul I Won – TIME Magazine Diarkibkan 2012-09-17 di Wayback Machine
- John Paul I on EWTN Diarkibkan 2011-06-08 di Wayback Machine Speech on "Church Discipline, Evangelization, Ecumenism, Peace"
- Tomb of John Paul I – Vatican Grottoes
- Official documentation of the papal pronouncements and publications of John Paul I