Pilihan raya kecil Penanti 2009

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
DUN Penanti.gif

Pilihan raya kecil Penanti 2009 merupakan pilihan raya kecil yang diadakan pada 31 Mei 2009 setelah Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti Mohammad Fairus Khairuddin meletakkan jawatan sebagai ADUN Pulau Pinang[1][2]. Pada 8 April 2009, Fairus meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 kerana tidak bersetuju dengan cara pemerintahan kerajaan negeri Pulau Pinang yang jelas pada ketika itu bersifat khianat kepada kepentingan Islam dan Melayu.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Profil DUN Penanti[sunting | sunting sumber]

DUN Penanti merupakan DUN yang terletak di bawah Parlimen Permatang Pauh.

Sejarah pilihan raya[sunting | sunting sumber]

DUN Penanti telah mengalami pelbagai pilihan raya umum semenjak kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957. Namun begitu hanya data semenjak 1986 dapat dikumpul yang mana daripada enam pilihan raya umum, Barisan Nasional yang diwakili oleh UMNO memenangi 4 manakala Keadilan telah memenangi dua. Berikut merupakan jadual rentetan pilihan raya di DUN Penanti semenjak 1986:-

Tahun Adun Pulau Pinang Parti Lawan Parti Lawan Majoriti
1986 Yahaya Jamaluddin Barisan Nasional BN-UMNO Ust Hj Mazani Abdullah PAS PAS 3,104
1990 Ahmad Saad Barisan Nasional BN-UMNO Hj Mohd Salleh Hj Din Semangat 46 Semangat 46 4,471
1995 Daud Taha Barisan Nasional BN-UMNO Adil Ismail Semangat 46 Semangat 46 6,818
1999 Abdul Rahman Abdul Kadir PKR PKR Zulkefli Bakar Barisan Nasional BN-UMNO 1,983
2004 Datuk Abdul Jalil Abdul Majid Barisan Nasional BN-UMNO Anuar Shaari PKR PKR 667
2008 Mohammad Fairus Khairuddin PKR PKR Abdul Jalil Abdul Majid Barisan Nasional BN-UMNO 2,219

Calon bertanding[sunting | sunting sumber]

Nama calon Parti
Mansor Othman PKR PKR
Aminah Abdullah Bebas BEBAS
Kamarul Ramizu Idris Bebas BEBAS
Nai Khan Ari Bebas BEBAS

Calon Barisan Nasional[sunting | sunting sumber]

Pada 18 Mei 2009, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Barisan Nasional tidak akan bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut. Keputusan diambil setelah Dewan Tertinggi BN memutuskan untuk tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil Penanti.[3] Sebelum itu, Najib sendiri tidak menolak kemungkinan BN tidak akan menyertai pilihan raya kecil tersebut dengan alasan membazirkan wang rakyat.[4]

Calon Pakatan Rakyat[sunting | sunting sumber]

Pada 28 April 2009, Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman dipilih sebagai calon PKR bagi pilihanraya kecil DUN Penanti. Pemilihannya diumumkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan lebih 1,000 penyokong yang memenuhi Yayasan Aman, di Penanti. Dr Mansor, bekas profesor di Universiti Sains Malaysia, merupakan setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dalam kerajaan pusat Barisan Nasional.[5]

Calon lain[sunting | sunting sumber]

Pada 25 April 2009, Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Nasional Pulau Pinang, Aminah Abdullah, mahu menawarkan diri sebagai calon bebas kerana merasakan perjuangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini telah tersasar daripada matlamat asal KeAdilan sewaktu awal penubuhannya dahulu. Aminah berharap Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan calon untuk bertanding kerusi berkenaan dan memberinya laluan untuk melawan PKR satu lawan satu.[6]

Suasana pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Hari penamaan calon[sunting | sunting sumber]

Penamaan calon hari Sabtu, 23 Mei 2009 di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Bukit Mertajam.Pegawai Turus Trafik Pulau Pinang DSP Wari Kiew menggesa penduduk setempat merancang perjalanan. Kenderaan dari arah pekan Bukit Mertajam atau Bandar Perda akan dilencong ke Jalan Abdul Kadir atau Jalan Tok Elong ke Jalan Tanah Liat, Kubang Semang dan Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE).Kenderaan dari arah Kulim atau BKE pula akan dilencongkan di simpang tiga Jalan Mengkuang/Jalan Berapit ke Jalan Mengkuang arah ke Kulim.Jalan Berapit di hadapan perkuburan Cina Berapit dan simpang tiga Jalan Berapit/Jalan Mengkuang akan ditutup.[7]

Pada hari penamaan calon, 5 orang telah mengemumukan borang pencalonan iaitu calon PKR Mansor Othman, Kamarul Ramizu Idris iaitu calon bebas yang hilang pertaruhan di Bukit Gantang, bekas pemimpin Gerakan, Nai Khan Ari; bekas pemimpin Wanita PKR negeri Aminah Abdullah dan Mohd Saberi Othman. Walau bagaimanapun pengurus pilihan raya, Roslan Yahya menolak pencalonan Saberi kerana tidak memenuhi syarat.[8]

Hari pengundian[sunting | sunting sumber]

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Calon PKR memenangi Pilihan ini dengan majoriti hampir 6,000 undi.

Dewan Undangan Negeri: Pilihan raya kecil Penanti, 2009
Parti Calon Undi % ±%
Parti KeADILan Rakyat (PKR) Mansor Othman 6,052 85.2% -
Bebas Bebas Aminah Abdullah 392 5.5% -
Bebas Bebas Nai-Khan Ari 494 6.9% -
Bebas Bebas Kamarul Ramizu Idris 56 0.7% -
undi rosak 107 1.5% -
Majoriti 5,558 -
Peratusan mengundi 7,100 46.15% -

Rujukan[sunting | sunting sumber]