Pilihan raya kecil Kerdau 2011

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pilihan raya kecil Kerdau 2011 merupakan pilihan raya kecil ke-16 selepas Pilihan raya umum Malaysia 2008. Pilihanraya kecil ini diadakan berikutan kematian ADUN Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Februari 2011 akibat terjatuh di dalam bilik air akibat serangan jantung di rumahnya di Kerdau seterusnya dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSAS) Temerloh, Pahang. Pilihan raya ini ditetapkan pada 6 Mac 2011 depan manakala penamaan calon pula ditetapkan pada 26 Februari 2011 serentak dengan Pilihan raya kecil Merlimau 2011.

Sejarah pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa kali pilihan raya kecil diadakan serentak. Sebelum ini pilihan raya Batu Sapi dan Galas diadakan serentak dan begitu juga dengan pilihan raya Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai pada tahun 2009 juga diadakan serentak.[1]

Terdapat seramai 89 peratus Melayu, 6 peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus kaum-kaum lain.[2] Iaitu 8999 pengundi berdaftar, termasuk 8984 pemilih biasa dan 15 pemilih pos.SPR menganggarkan kos pilihan raya kali ini sebanyak RM915,000. SPR akan menggunakan 242 petugas pilihan raya, 10 buah sekolah, dua buah balai raya dan sebuah dewan . Kesemuanya 22 saluran tempat mengundi.[3]

Tahun ADUN Parti Lawan Parti lawan Majoriti
2004 Zaharuddin Abu Kassim BN Hassanudin Salim PAS 1615
2008 Zaharuddin Abu Kassim BN Abu Bakar Mohamed PAS 2565

Calon bertanding[sunting | sunting sumber]

Nama calon Parti
Syed Ibrahim Syed Ahmad BN-UMNO
Hassanuddin Salim PAS

Calon Barisan Nasional[sunting | sunting sumber]

Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad dipilih sebagai calon Barisan Nasional untuk Pilihran Raya Kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Kerdau, Pahang. Pengumuman telah dibuat oleh Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Temerloh, Pahang pada 22 Februari 2011.

Calon Pakatan Rakyat[sunting | sunting sumber]

Ketua Penerangan PAS Pahang, Hassanuddin Salim diumumkan sebagai calon parti itu pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau pada 6 Mac. Pencalonan Hassanudin dibuat oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di hadapan kira-kira 2,000 penyokong parti itu di Markas Induk PAS Kerdau pada 25 Februari 2011.

Suasana pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Hari penamaan calon[sunting | sunting sumber]

Kempen pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Hari pengundian[sunting | sunting sumber]

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya kecil DUN Kerdau 2011
Parti Calon Undian % ±%
PR - PAS Hasanudin Salim 2,336
BN - UMNO Syed Ibrahim Syed Ahmad 5,060
Majoriti 2,724
Peratusan mengundi 7,480 83


Analisa pilihan raya kecil[sunting | sunting sumber]

Menurut Malaysiakini.com, Majoriti kemenangan BN itu menunjukkan parti itu berjaya mengembalikan tahap sokongan yang dinikmatinya pada pilihan raya umum 2004 di mana parti itu mendapat majoriti sebanyak 2,565 undi.

Ia juga menunjukkan pertambahan hampir 70 peratus berbanding majoriti yang diperolehi BN sebanyak 1,615 undi pada 2008.

Pilihan raya kecil itu turut mencatatkan jumlah keluar mengundi sebanyak 83 peratus atau 7,480 orang pemilih keluar mengundi selepas semua 13 pusat mengundi ditutup 5 petang tadi.[4]

Pasca pilihan raya kecil[sunting | sunting sumber]

Reaksi UMNO[sunting | sunting sumber]

Pada 7 Mac 2011, ahli parlimen Bebas Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali menganggap bukan sahaja BN kini dalam kedudukan yang lebih kuat, tetapi ia juga mampu menyerang balas dan merampas semula kerusi yang terlepas ke tangan Pakatan Rakyat sewaktu tsunami politik Mac 2008.[5] Pada 9 Mac 2011, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim berkata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu bersikap lebih realistik dalam membuat sebarang penilaian. Beliau berkata adalah tidak relevan apabila mengulas kenyataan Nik Aziz kononnya media yang berat sebelah adalah punca kekalahan calon parti itu dalam pilihan raya kecil Merlimau di Melaka dan Kerdau di Pahang.

Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini, Rais berkata apabila PAS mengekalkan mandat di Kelantan, menawan beberapa negeri lain dan menang di beberapa kawasan dalam pilihan raya sebelum ini, media tidak dipersalahkan pula.

Reaksi PAS[sunting | sunting sumber]

Pada 6 Mac 2011, Calon PAS Hassanuddin Salim berkata beliau hanya akan sedih buat sementara waktu sahaja ekoran kekalahannya dalam pilihan raya kecil Kerdau hari ini dan beliau berjanji akan bergerak lebih jauh.[6] Bagi Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa, parti itu tewas dalam pilihan raya kecil DUN Kerdau disebabkan peningkatan jumlah para pemilih dan terus menyatakan perasaan tidak puas hati kepada perjalanan proses pilihan raya kali ini sebagai "pilihan raya paling melampau". Justeru, tambahnya, PAS akan menyarankan supaya dilakukan reformasi melalui program pemutihan pilihan raya Bersih 2.0.[7] Manakala bagi Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau "tidak halal" kemenangan BN dalam pilihan raya kecil DUN Merlimau dan Kerdau semalam kerana mendakwa jentera kerajaan bersikap berat sebelah walaupun terpaksa akur dengan keputusan itu.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Pilihan raya serentak DUN Merlimau, Kerdau? The Malaysian Insider
  2. ^ P'raya Kerdau serentak dengan Merlimau Malaysiakini
  3. ^ SPR Tetapkan 6 Mac Tarikh Mengundi Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau dan Merlimau Bernama
  4. ^ [http://www.malaysiakini.com/news/157903 "Kerdau p'raya 'paling melampau', kata Tuan Ibrahim", Malaysiakini.com, 6 Mac 2011.
  5. ^ [http://www.malaysiakini.com/news/157945 "Ibrahim: 'Mendung sudah berlalu bagi BN...'", Malaysiakini.com, 7 Mac 2011.
  6. ^ [http://www.malaysiakini.com/news/157900 "Hassanuddin: Sedih cuma sementara", Malaysiakini.com, 6 Mac 2011.
  7. ^ "Kerdau p'raya 'paling melampau', kata Tuan Ibrahim", Malaysiakini.com, 6 Mac 2011.
  8. ^ ["Nik Aziz 'tak halal' kemenangan BN", Malaysiakini.com, 7 Mac 2011.