Pertalian manusia–anjing

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Contoh pertalian manusia–anjing.

Pertalian atau ikatan manusia–anjing ialah hubungan saling berfaedah dan dinamik antara manusia dengan anjing yang dikaji oleh ahli-ahli psikologi, antropologi, dan etologi.[1]

Anjing ialah keturunan serigala yang dibelajinakkan, dan mempunyai kesan dan peranan ketara dalam kehidupan manusia. Di Amerika Syarikat, melebihi 62% orang mempunyai haiwan peliharaan rumah dan 37% haiwan peliharaan itu ialah anjing.[2]

Topik antropomorfisme yang berkaitan membincangkan idea yang dimiliki oleh orang tentang pengetahuan haiwan. Antrozoologi ialah satu bidang baharu kajian mengutarakan saling tindak manusia-haiwan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Seekor anjing pengutip Labrador dengan pemiliknya di atas sebuah jetski.

Konsep pertalian manusia–haiwan dijelaskan seawal hujung abad 1930-an, apabila Konrad Lorenz dan teman dan teman sekerjanya, Nikolaas Tinbergen, bekerja dengan angsa untuk mengkaji tingkah laku naluri haiwan, membawa kepada penemuan semula pendirian pembelajaran semula jadi. Konsep sama diiktiraf dalam buku Boris Levinson, Pet-Oriented Child Psychotherapy (1969) dan Pets and Human Development (1979), yang mempunyai pengaruh besar terhadap pengasasan bidang kajian. Levinson dikenali kerana menemui faedah terapi berbantu haiwan peliharaan secara tidak sengaja. Beliau menemui bahawa kanak-kanak tersisih dan berat mulut apabila beliau membawa anjingnya, Jingles, ke sesi terapi mereka. Penemuannya diperkukuh selanjutnya oleh Sam dan Elizabeth Corson di Universiti Negeri Ohio, yang merupakan antara yang pertama untuk menyelidik dan menilai terapi berkemudahan haiwan peliharaan.[3]

Hanya pada awal 1980-an istilah "pertalian manusia–haiwan" dicipta secara rasmi oleh Leo K. Bustad, yang menyampaikan kuliah ringkasan tentang Hubungan Manusia-Haiwan Peliharaan pada 28 Oktober 1983 di Simposium Antarabangsa di Vienna. Simposium ini diadakan sempena Konrad Lorenz, dan semaa kuliahnya Bustad memujinya atas kerjanya terhadap pertalian manusia–haiwan dan menggalakkan yang lain untuk membangunkan kerja Lorenz tentang subjek ini.[4] Lorenz kemudian menerimanya dalam penyelidikannya tentang pembelajaran semula jadi pada angsa.[2]

Bustad dan penyokong terapi haiwan peliharaan lain membentuk Persatuan Delta, yang dibina atas kerja awal Levinson dan Croson.[3] Pada 1970-an dan 1980-an, persidangan kebangsaan dan antarabangsa membawa kepada pengiktirafan lebih besar pertalian manusia–haiwan. Sejak itu, ada liputan media meluas tentang kegiatan dan program terapi berbantu haiwan dan pelatihan anjing khidmat.[4]

Teori[sunting | sunting sumber]

Seorang pengendali anjing penjejak pertempuran dengan anjingnya.

Ada tiga teori utama berkenaan dengan pertalian manusia–anjing, dikenali sebagai hipotesis biofilia, teori sokongan sosial, dan teori objek diri.

Menurut hipotesis biofilia, hubungan kita dengan haiwan bukan manusia didorong oleh keperluan kemandirian: pertolongan dalam pemerolehan makanan dan keselamatan. Ada pertalian naluri antara manusia dengan benda hidup lain, dan teori ini bantu menjelaskan sebab orang biasa mengasihi dan kadang-kadang menanggung risiko terhadap nyawa mereka untuk menyelamatkan haiwan bela jinak dan liar, dan menyimpan tumbuhan di dalam dan di sekitar rumahnya. Haiwan bela jinak menunjukkan betapa manusia menyayangi hidupan dan mahu menyokong dan mengekalkan hidupan.

Menurut teori sokongan sosial, haiwan ialah sumber sokongan dan teman sosial, yang penting untuk kebaikan.[2][5] Dalam kata lain, sebagai manusia kita memerlukan yang lain untuk hidup. Sokongan dilihat untuk teori sokongan sosial dalam pengaruh haiwan peliharaan terhadap keluarga dengan kanak-kanak yang telah membesar dan pergi. Pada pandangan ini haiwan ialah sebahagian komuniti kita, dan adalah penting untuk kebaikan psikologi.

Menurut psikologi kendiri, haiwan boleh merupakan "objek diri" yang memberikan perasaan kejeleketan, sokongan atau bekalan makanan kepada perasaan diri seseorang. Psikologi kendiri menerangkan sebab sesetengah haiwan adalah sangat penting kepada perasaan diri dan kebaikan seseorang.[6] Dalam sesetengah kes, individual diketahui berasa lebih kuat, lebih terlindung, dan lebih berkuasa dengan dampingan haiwan temannya. Haiwan dengan sendiri membentuk keperibadian manusia.

Faedah pertalian manusia–anjing[sunting | sunting sumber]

Anak anjing dengan kanak-kanak perempuan.

Menurut Persatuan Perubatan Veterinar Amerika Syarikat (AMVA), pertalian manusia–anjing dipengaruhi oleh saling tindak emosi, psikologi, dan fizikal yang penting kepada kesihatan dan kebaikan kedua-dua orang dan anjing.

Terapi berbantu haiwan (AAT), anjing khidmat, dan kegiatan berbantu haiwan menunjukkan pertalian manusia–anjing ini dan saling tindak ini dengan haiwan; dalam kebanyakan kes anjing bantu memperbaik mutu kehidupan.[7]

AVMA mengiktiraf kewujudan pertalian manusia-haiwan secara rasmi, kewujudannya selemasa beribu-ribu tahun, dan ini mempunyai kesan penting terhadap perubatan veterinar.[8]

Pertalian manusia–anjing juga berkenaan dengan anjing pekerja, seperti anjing polis moden dan anjing pencarian dan penyelamatan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Stanley Coren (2006). The intelligence of dogs: a guide to the thoughts, emotions, and inner lives or our canine companions. Free Press. ISBN 978-0-7432-8087-7. Dicapai pada 27 Mei 2011.
  2. ^ a b c Nitkin, Patricia. "The Human-Animal Bond", B.C. Cancer Agency, University of British Columbia. Capaian 19 Jun 2011.
  3. ^ a b Catanzaro, T. E. (2003). Section introduction: Human-animal bond and primary prevention. American Behavioral Scientists, 47, 29-30. doi: 10.1177/0002764203255209
  4. ^ a b Hindes, L. M. (2003). Historical perspectives on the human-animal bond. American Behavioral Scientists, 47(1), 7-15. doi: 10.1177/0002764203255206
  5. ^ Beck, Alan M. (2003) "Future Directions in Human-Animal Bond Research," American Behavioural Scientist, Vol. 47, No. 1, pp. 79-93.
  6. ^ Brown, Sue-Ellen (2011) "Self Psychology and the Human-Animal Bond: An Overview," The Psychology of the Human-Animal Bond, part 2, pp. 137-149.
  7. ^ Society, Delta. "Animal Assisted Activities (AAA)". Dicapai pada 30 Mac 2012.
  8. ^ The human-animal bond, American Veterinary Medical Association (n.d.).

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Daly, Beth & Morton, L. L. (2009). "Empathetic Differences in Adults as a Function of Childhood and Adult Pet Ownership and Pet Type" Anthrozoos, 22(4), p371-382.
  • Health benefits: Gillum, Richard F. & Obisesan, Thomas O. (2010). "Living with Companion Animals, Physical Activity and Mortality in a U.S. National Cohort" Int. J. Environ. Res. Public Health, 7(6), 2452-2459.
  • Animal-assisted therapy and Animal-assisted activities: Friesen, Lori. (2009). "Exploring Animal-Assisted Programs with Children in School and Therapeutic Contexts" Early childhood education journal, 37(4), p261-267.