Portal:Binatang/Rencana pilihan
Laman ini menyenaraikan rencana pilihan yang ditampilkan di Portal Binatang.
Senarai
[sunting sumber]Rencana pilihan 1 | Rencana pilihan 2 |
Anjing atau anjing bela jinak (Canis lupus familiaris apabila dianggap sebagai subspesies bagi serigala atau Canis familiaris apabila dianggap sebagai spesies tersendiri) merupakan salah satu anggota bagi genus Canis, yang membentuk sebahagian daripada canid-canid keserigalaan, dan merupakan karnivor darat yang paling banyak. Anjing dan serigala kelabu yang ekstan merupakan takson-takson bersaudara kerana serigala moden tidak berkait rapat dengan serigala yang pertama kali dibelajinakkan, yang menandakan bahawa leluhur langsung bagi anjing telah pupus. Anjing merupakan spesies pertama yang dibelajinakkan dan telah dibiakbakakan secara terpilih selama beralaf-alaf untuk pelbagai tingkah laku, kemampuan deria, dan sifat fizikal. Hubungan panjangnnya dengan manusia telah menyebabkan anjing menjadi sesuai secara unik terhadap tingkah laku manusia dan anjing mampu berkembang atas pemakanan yang kaya dengan kanji yang sepatutnya tidak cukup untuk spesies canid lain. Anjing sangat berbeza-beza dari segi rupa bentuk, saiz, dan warna. Anjing memainkan banyak peranan untuk manusia, seperti perburuan, penggembalaan, penarikan muatan, perlindungan, pembantu polis dan ketenteraan, teman, dan, lebih kini, pembantu individu kurang upaya dan peranan terapi. Pengaruh ini terhadap kemasyarakatan manusia telah memberinya nama gelaran "sahabat baik manusia". (Rencana penuh...) |
Arnab adalah sejenis haiwan mamalia yang tergolong dalam famili Leporidae yang tergolong dalam order Lagomorpha. Arnab mudah dikenali dengan telinganya yang panjang dan tirus, gigi acip tengah yang ketara dalam mulut, kaki belakangnya yang besar berbanding kaki depan, serta ekornya yang pendek. Arnab boleh hidup secara liar mahupun dijadikan haiwan peliharaan atau ternakan yang memberikan sumber makanan kepada manusia. Dalam bahasa Melayu, perkataan "arnab" berasal daripada bahasa Arab, iaitu arnab (أرْنَب ). Perkataan "kelinci" pula lebih banyak digunakan dalam bahasa Indonesia, dan berasal daripada bahasa Belanda, yakni istilah konijntje yang bererti "anak arnab". Apapun, ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat Nusantara mula mengenali arnab atau kelinci daripada perdagangan antarabangsa pada zaman silam, padahal di Pulau Sumatera ada satu spesies arnab asli (Nesolagus netscheri) yang baru ditemui pada tahun 1972. Nama saintifik famili "Leporidae" pula berasal dari perkataan lepus, iaitu arnab dalam bahasa Latin. Arnab tinggal di kawasan padang rumput, hutan, gurun, tundra dan tanah lembap mengikut kesesuaian spesiesnya. Kebanyakan spesies arnab tinggal dalam sarang bawah tanah yang dimasuki melalui lubang, kecuali genus Lepus yang bertempat tinggal di atas tanah dengan kawasan rumput yang rata sebagai sarang. Kebanyakan spesies arnab tinggal secara berkelompok. (Rencana penuh...) |
Rencana pilihan 3 | Rencana pilihan 4 |
Kera bekantan, monyet belanda atau bayau (Nama saintifik: Nasalis larvatus) merupakan sejenis monyet yang mendiami pokok dan endemik di pulau Borneo. Monyet spesies ini hidup di samping orang utan. Ia merupakan satu-satunya ahli genus Nasalis, biarpun langur Pulau Pagai juga pernah dikatakan serumpun dalam genus tersebut. Spesies monyet ini mudah dicam kerana hidungnya yang begitu besar. Bekantan tergolong dalam subfamili Colobinae di bawah rumpun monyet Dunia Lama. Terdapat dua subspesiesnya, iaitu N. l. larvatus (Wurmb, 1787) yang menduduki seluruh taburan spesiesnya dan N. l. orientalis (Chasen, 1940) yang terhad di Kalimantan barat laut. Walau bagaimanapun, perbezaan antara dua subspesies ini halus sekali. Nama timangan bagi monyet ini adalah "monyet belanda" ataupun "orang belanda" kerana ia disamakan oleh orang tempatan dengan penjajah Belanda yang demikian besar abdomen dan hidungnya. (Rencana penuh...) |
Singa (Panthera leo ) merupakan salah satu ahli genus Panthera, yakni sejenis kucing besar dalam keluarga Felidae (rumpun kucing). Singa tergolong sebagai spesies terjejas di Senarai Merah IUCN sejak tahun 1996 kerana populasi taburan Afrika merosot sebanyak 43% sejak 1990-an. Populasi singa sukar dipelihara di luar kawasan perlindungan. Biarpun punca kemerosotan tidak dipastikan sepenuhnya tetapi kehilangan habitat dan pertembungan dengan manusia paling merisaukan. Populasi singa Afrika Barat digolongkan sebagai spesies terancam genting sejak 2016. Satu-satunya populasi singa liar di Asia terdapat di India sekitar Taman Negara Hutan Gir dan digolongkan sebagai spesies terancam sejak 1986. Perkataan singa dalam bahasa Melayu berasal dari perkataan siṁha dalam bahasa Sanskrit. Spesies singa adalah asing di kawasan kepulauan Melayu. Masyarakat Melayu kuno mula mengenali makhluk singa menerusi pengaruh India pada zaman sebelum kedatangan Islam. Nama saintifiknya leo berasal dari bahasa Latin. Daripada itulah adanya perkataan-perkataan seumpama yang merujuk pada singa dalam pelbagai bahasa Eropah, seperti lion dalam bahasa Inggeris dan bahasa Perancis serta león dalam bahasa Sepanyol. Kebanyakan singa kini tinggal di bahagian timur dan selatan Afrika, malah jumlahnya kian merosot pada kadar 30–50% setiap 20 tahun di separuh akhir abad ke-20. Anggaran populasi singa Afrika antara 16,500 dan 47,000 ekor yang hidup liar pada 2002–2004, iaitu rendah daripada anggaran 1990-an yang sebanyak 100,000 ekor dan barangkali 400,000 ekor pada 1950. Punca utama penurunan termasuk wabak dan gangguan manusia. Kehilangan habitat dan pertembungan dengan manusia dianggap ancaman paling besar kepada singa. (Rencana penuh...) |
Rencana pilihan 5 | Rencana pilihan 6 |
Orang utan merupakan tiga spesis mawas ekstan yang berasal dari Malaysia dan Indonesia. Orang utan kini terdapat di hutan hujan Borneo dan Sumatera. Tergolong dalam genus Pongo, orang utan pada mulanya satu spesies. Sejak tahun 1996, ia terbahagi kepada dua spesies, iaitu orang utan Borneo (P. pygmaeus, dengan 3 subspesies) dan orang utan Sumatera (P. abelii). Pada November 2017 dilaporkan bahawa spesies ketiga orang utan telah dikenal pasti, iaitu orang utan Tapanuli (P. tapanuliensis). Binatang ini banyak dikaji untuk kemampuan belajar, malah mungkin dapat membentuk budaya tersendiri dalam populasi. Kajian lapangan terhadap orang utan dimulakan oleh ahli primatologi Birutė Galdikas. Ketiga-tiga spesies orang utan dikira sebagai spesies terancam genting. Antara ancaman terhadap populasi orang utan liar termasuklah pemburuan haram, kemusnahan habitat dan perdagangan haram haiwan peliharaan. (Rencana penuh...) |
Lembu merupakan jenis mamalia ungulat bela jinak yang umum sekali. Ia merupakan anggota moden yang terutama dalam subfamili Bovinae, dan spesies yang paling banyak bilangan dalam genus Bos, dan umum sekali dikelaskan sama sekali sebagai Taurus. Lembu dipelihara sebagai ternakan untuk daging, susu dan hasil tenusu, dan sebagai penarik (lembu kasi yang menarik kereta, bajak dan alat-alat sebagainya). Hasil keluaran lembu yang lain termasuklah kulit dan tahi untuk baja asli atau bahan api. Di sesetengah negara seperti India, lembu membawa erti keagamaan yang penting. Sekitar 10,500 tahun dahulu, lembu dibela jinak daripada sekurang 80 progenitor di Turki tenggara. Menurut anggaran 2011, terdapat 1.4 bilion ekor lembu di dunia. Pada 2009, lembu menjadi antara haiwan ternakan pertama yang mendapat genom yang dipetakan sepenuhnya. Lembu dianggap sebagai harta kekayaan yang terlama, maka mencuri lembu dikira satu bentuk kecurian yang terawal. (Rencana penuh...) |