Pergi ke kandungan

Pos Hendrop

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pos Hendrop
Petempatan Orang Asli
Pos Hendrop yang terletak di Kelantan
Pos Hendrop
Pos Hendrop
Koordinat: 4°43′08″N 101°33′08″E / 4.7190°N 101.5521°E / 4.7190; 101.5521
Negara Malaysia
NegeriKelantan
JajahanLojing

Pos Hendrop ialah sebuah kampung serta petempatan Orang Asli di jajahan Lojing, Kelantan, Malaysia, yakni berdekatan Gua Musang. Petempatan ini ialah petempatan bagi etnik Orang Asli Temiar.[1] Petempatan ini mempunyai sebuah sekolah rendah, Sekolah Kebangsaan Hendrop.

Kebanyakan (sekurang-kurangnya sekitar 80%) penduduk Pos Hendrop adalah beragama Islam atas usaha dakwah dan pengukuhan agama Islam dalam kalangan penduduk oleh pihak pendakwah Islam.[2] Dengan itu, petempatan ini juga memiliki sebuah masjid, Masjid Mukim Pos Hendrop.[3]

  1. ^ "Malnutrition and soil-transmitted helminthic infection among Orang Asli pre-school children in Gua Musang, Kelantan, Malaysia". AIP Conference Proceedings (dalam bahasa Inggeris). 1678 (1). 2015. doi:10.1063/1.4931324.
  2. ^ "Syiar Islam terus mengukuh di penempatan Orang Asli Pos Hendrop". Astro Awani. 3 Mei 2019. Dicapai pada 8 Mei 2021.
  3. ^ "Masjid Mukim Pos Hendrop". Portal Masjid JAKIM. Dicapai pada 8 Mei 2021.