Sungai Nibong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sungai Nibong merupakan sebuah bandar satelit George Town,Pulau Pinang yang terletak berhampiran Batu Uban di Pulau Pinang, Malaysia dan Jambatan Pulau Pinang.

Banyak juga kondominium siap dibina di Sungai Nibong ini bagi menikmati pemandangan Jambatan Pulau Pinang. Queensbay Mall juga didirikan di kawasan Sungai Nibong. Sungai Nibong juga merupakan laluan utama ke Pulau Jerejak.

Terminal bas ekspres utama George Town,Pulau Pinang ke Kuala Lumpur, Johor Bahru, Alor Setar dan tapak Pesta Pulau Pinang turut bertolak dan terletak di sini.