Wing Komander

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Insignia lengan/bahu Wing Komander

Wing Komander (Wing Commander atau Wg Cdr dalam RAF, IAF, dan PAF, WGCDR dalam RNZAF dan RAAF, kadang kala W/C dalam semua cabang perkhidmatan) ialah pangkat bertauliah kanan dalam Tentera Udara Diraja[1] dan tentera udara banyak negara yang mempunyai pengaruh sejarah British, termasuk banyak negara Komanwel tetapi tidak termasuk Kanada dan Afrika Selatan. Ia kadang kala digunakan sebagai terjemahan bahasa Inggeris yang setaraf dengan pangkat di negara-negara yang mempunyai struktur pangkat spesifik tentera udara bukan Inggeris. Pangkat ini berada di atas Ketua Skuadron dan berada di bawah Grup Kapten. Ia mempunyai kod pangkat OF-4 NATO, dan setaraf dengan Komander dalam Tentera Laut Diraja dan Leftenan Kolonel dalam Tentera Darat British, Marin Diraja dan Tentera Darat Amerika Syarikat dan Kor Marin Amerika Syarikat.

Pangkat setaraf dalam Women's Auxiliary Air Force, Women's Royal Air Force (hingga 1968), dan Princess Mary's Royal Air Force Nursing Service (hingga 1980) ialah pegawai wing. Pangkat sepadan dalam Royal Observer Corps (hingga 1995) ialah komander peninjau yang mempunyai insignia pangkat yang sama.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "RAF - Commissioned Ranks". Royal Air Force. 2011. Dicapai 2011-06-17. 

Templat:UK officer ranks