Kepten (Royal Navy)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kepten
Captain

Lencana bahu dan
jalur lengan Kepten


Lencana pangkat kepten Royal Navy
(kiri, bersama seorang leftenan sebelah kanan)
semasa hari perbarisan di pangkalan HMNB Clyde pada Januari 2013.

Negara
United Kingdom
Cabang perkhidmatan Bendera tentera laut United Kingdom Tentera Laut Diraja
Singkatan Capt
Kumpulan pangkat Pegawai kanan
Persamaan
NATO
OF-5
Pangkat tinggi seterusnya Komodor
Pangkat rendah seterusnya Komander
Persamaan pangkat tentera darat Kolonel (TD/RM)
Persamaan pangkat tentera udara Grup Kapten (RAF)

Kepten (Captain) ialah pangkat pegawai kanan Royal Navy. Ia berkedudukan atas komander dan berada dibawah komodor serta mempunyai kod pangkat NATO OF-5. Pangkat ini setara dengan kolonel dalam Tentera Darat British dan Marin Diraja, dan dengan Grup Kapten dalam Royal Air Force. Terdapat juga nama pangkat setaraf yang serupa dalam kebanyakkan tentera laut negara lain. Walaupun istilah Kepten dan Kapten diambil dari Captain bahasa Inggeris, tetapi dalam Angkatan Tentera Malaysia lazimnya, diadakan perbezaan ejaan untuk membezakan kedua-dua pangkat itu.

Nakhoda kapal[sunting | sunting sumber]

Di dalam Royal Navy, pegawai memerintah mana-mana kapal perang yang berpangkat komander ke bawah secara tidak rasmi dirujuk sebagai "the captain" ("nakhoda") di atas kapal, walaupun memegang pangkat junior, tetapi secara rasmi bergelar "the commanding officer" (atau CO). Pada zaman dahulu, sehingga abad ke-19, pegawai Royal Navy yang berpangkat kepten dan memimpin sebuah kapal tentera laut dirujuk sebagai pasca-kepten; kini amalan itu tidak lagi digunakan.

Captain (D) atau Captain Destroyers ("Kepten Kapal Pembinasa") armada ialah komander operasi yang bertanggungjawab memimpin flotila atau skuadron kapal pembinasa,[1] selama sedekad selepas Perang Dunia II. Gelaran itu mungkin digunakan secara tidak rasmi sehingga pemansuhan skuadron frigat dan pembinasa dengan penyusunan semula Fleet FIRST sekitar tahun 2001.

Terminologi[sunting | sunting sumber]

Pangkat captain sering digambarkan secara lisan sebagai "captain RN" bagi membezakannya daripada pangkat kapten Tentera Darat dan Marin Diraja yang lebih rendah, dan dalam konteks tentera laut, sebagai "kepten empat baris" (merujuk kepada jalur lengan uniform) untuk mengelakkan kekeliruan dengan nama pegawai pemerintah kapal laut. Di dalam Kementerian Pertahanan, dan dalam kakitangan perkhidmatan bersama, seorang captain boleh dirujuk sebagai "DACOS" (bermaksud deputy assistant chief of staff/asistan timbalan ketua staf) atau "AH" (assistant head/penolong ketua), daripada jawatan biasa individu berkod OF5 yang berkerja dengan penjawat awam.

Lencana dan uniform[sunting | sunting sumber]

Lencana pangkat kepten berbentuk empat baris berjahit emas berserta gelung pada baris yang paling atas.[2]

Semasa memakai pakaian rasmi mess atau pakaian tidak rasmi mess, pegawai berpangkat captain ke atas memakai seluar berjalur emas (seluar ini dikenali sebagai "seluar tin", dan jalur emas di atasnya digelar "konduktor kilat"), dan boleh memakai kot bajang tidak rasmi (tanpa epaulet).[3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Whitby, Michael (2011). Commanding Canadians: The Second World War Diaries of A.F.C. Layard (dalam bahasa Inggeris). Vancouver, Canada: UBC Press. m/s. Abbrev: XV. ISBN 9780774840378.
  2. ^ "Uniforms and Badges of Rank at Royal Navy website". Diarkibkan daripada yang asal pada 2 August 2008. Dicapai pada 2 December 2008.
  3. ^ "Naval Book of Reference, Annex 39A: RN Dress Tables" (PDF). Royal Navy. October 2015. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 6 November 2015. Dicapai pada 5 April 2015.