Kolonel (United Kingdom)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kolonel
Colonel

Tanda pangkat
Tentera Darat
Tanda pangkat
Marin Diraja
Negara
United Kingdom
Cabang perkhidmatan Bendera Tentera Darat United Kingdom Tentera Darat Britain
Marin Diraja
Kumpulan pangkat Pegawai medan
Singkatan Col
Diperkenalkan Pertengahan abad ke-16
Persamaan
NATO
OF-5
Pangkat tinggi seterusnya

Brigedier

Pangkat rendah seterusnya

Leftenan Kolonel

Persamaan pangkat tentera laut Kepten (RN)
Persamaan pangkat tentera udara Grup Kapten (RAF)

Kolonel (Colonel) ialah sejenis pangkat kanan Tentera Darat British dan Marin Diraja, berada dibawah Brigedier, dan di atas Leftenan Kolonel. Kolonel British biasanya bukan komander medan; lazimnya mereka berkhidmat sebagai pegawai staf antara pemerintahan medan di peringkat batalion dan briged. Tanda pangkat bahu ialah dua paku berbentuk berlian (dipanggil "Bintang Bath") dibawah satu mahkota. Mahkota berbeza-beza pada masa lalu dengan raja-raja yang berlainan; pemerintahan Ratu Elizabeth II menggunakan Mahkota St Edward. Pangkat ini bersamaan dengan Kepten dalam Royal Navy dan Grup Kapten dalam Royal Air Force.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Pangkat kolonel dipopularkan oleh askar infantri tercio yang bekerja dalam Tentera Darat Sepanyol pada abad ke-16 dan 17. Jeneral Gonzalo Fernández de Córdoba membahagikan pasukannya kepada coronelías (bermaksud "column of soldiers" (jajaran askar) dari Bahasa Latin, columnella atau "small column" (jajaran kecil)[1]). Unit-unit ini dipimpin oleh coronel.[2] Struktur pasukan ini dan namanya kelak diterima pakai sebagai colonello dalam bahasa Itali moden awal dan dalam Bahasa Perancis Pertengahan sebagai coronel.

Nama pangkat ini memasuki bahasa Inggeris melalui bahasa Perancis pada pertengahan abad ke-16 dan oleh itu sebutan bahasa Inggeris moden bagi perkataan itu berasal dari varian Perancis.[3]

Tentera Udara Diraja[sunting | sunting sumber]

Dari 1 April 1918 hingga 31 Julai 1919, Royal Air Force mengekalkan pangkat kolonel. Dalam tempoh ini, grup sering diperintah oleh kolonel RAF. Pangkat colonel telah digantikan oleh Grup Kapten pada 1 Ogos 1919.

Tanda pangkat bersejarah[sunting | sunting sumber]

Semasa Perang Dunia I, colonel memakai lencana lengan berikut:

Insignia terkini[sunting | sunting sumber]

Pelapik gorjet colonel

Tanda pangkat ini berupa dua paku berbentuk berlian (dipanggil "Bintang Bath") dibawah sebuah mahkota. Pelapik gorjet, yang dikenali sebagai lencana kolar merah, dihiasi dengan jalur merah lembayung dan butang tembaga.[4]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ O.E.D.
  2. ^ Los tercios españoles. La batalla de Pavía at militar.org.ua (in Spanish, unspecified authorship)
  3. ^ "How Did "Colonel" Become "Ker-nul"? - Teachinghistory.org". teachinghistory.org. Dicapai pada 26 March 2018.
  4. ^ Smith, D. G.; Smith, Digby George (15 June 1977). The British Army 1965-80. Bloomsbury USA. ISBN 9780850452730. Dicapai pada 26 March 2018 – melalui Google Books.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]