Leftenan Kolonel (United Kingdom)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Leftenan Kolonel
Lieutenant Colonel

Tanda pangkat
Tentera Darat
Tanda pangkat
Marin Diraja
Negara
United Kingdom
Cabang perkhidmatan Bendera Tentera Darat United Kingdom Tentera Darat Britain
Marin Diraja
Kumpulan pangkat Pegawai medan
Singkatan Lt Col
Persamaan
NATO
OF-4
Pangkat tinggi seterusnya

Kolonel

Pangkat rendah seterusnya

Mejar

Persamaan pangkat tentera laut Komander (RN)
Persamaan pangkat tentera udara Wing Komander (RAF)

Leftenan Kolonel (Lieutenant Colonel) ialah sejenis pangkat kanan Tentera Darat British dan Marin Diraja yang juga banyak di gunakan di negara-negara Komanwel. Pangkat ini lebih tinggi dari mejar, dan berada dibawah kolonel.[1] Pangkat Royal Navy yang setanding ialah komander, manakala bagi Royal Air Force dan banyak tentera udara Komanwel adalah wing komander.

Tanda pangkat bahu bagi Tentera Darat British dan Marin Diraja, serta banyak negara Komanwel, ialah satu mahkota di atas satu bintang "Bath" berbucu empat, juga dipanggil sebagai "paku". Mahkota itu berbeza-beza pada masa lalu dengan raja yang berlainan; yang terkini ialah Mahkota Tudor. Kebanyakan negara Komanwel menggunakan insignia yang sama, atau lambang negara menggantikan mahkota.[2] Lencana bahu atau epaulet bagi Marin Diraja (Royal Marines atau RM) adalah sama dengan kepunyaan Tentera Darat cuma ditambah dengan singkatan RM.

Didalam Angkatan Tentera British moden, komander utama sesebuah rejimen atau batalion ialah lieutenant colonel.

Dari 1 April 1918 hingga 31 Julai 1919, Royal Air Force mengekalkan pangkat lieutenant colonel. Ia digantikan oleh pangkat wing komander pada hari berikutnya.

Penggunaan istiadat[sunting | sunting sumber]

Rejimen-rejimen tertentu Tentera Darat British mempunyai lantikan kehormat sebagai Regimental Lieutenant Colonel dan Deputy Regimental Lieutenant Colonel. Mereka ini serupa sifatnya dan rendah sedikit dari Colonel of the Regiment.

Tanda pangkat bersejarah[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Ranks". British Army Website. Dicapai pada 22 December 2013.
  2. ^ "British Army ranks | National Army Museum". www.nam.ac.uk (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-06-29.