Sejarah Oxford

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Oxford
 • Musim panas (DST)UTC+1

Oxford diduduki buat pertama kali sewaktu zaman Saxon dan pada asalnya dikenali sebagai "Oxenaforda" yang membawa pengertian, "Harungan Lembu Jantan". Harungan adalah amat sangat penting pada zaman sebelum pembinaan jambatan.[1] Pengasasan biara St Frideswide pada abad ke-8 kemudian memulakan kota di kawasan ini, dengan kota itu disebut buat pertama kali dalam rekod bertulis Babad Inggeris-Saxon pada 912. Pada abad ke-10, Oxford menjadi sebuah kota perbatasan di antara kerajaan Mercia dan Wessex. Kota itu telah diserang banyak kali oleh Orang Denmark. St Frideswide ialah santo naungan untuk kedua-dua bandar raya dan universiti.

Abad ke-12 hingga abad ke-15[sunting | sunting sumber]

Prestij Oxford dapat dibayangkan daripada peristiwa penerimaan piagamnya daripada Raja Henry II pada 1191. Piagam itu memberikan penduduk Oxford hak dan pengecualian yang sama dengan penduduk di ibu kota kerajaan. Berbagai-bagai rumah ibadah yang penting juga ditubuhkan di dalam bandar dan di kawasan yang berhampiran. Seorang cucu Raja John kemudian mengasaskan Gereja Rewley untuk Mazhab Cistercian. Rahib friar daripada berbagai-bagai mazhab (Dominic, Francis, Carmel, Augustine, dan Triniti) kesemuanya juga membina rumah ibadah masing-masing di Oxford, dengan pentingnya berbeza-beza. Persidangan parlimen seringnya juga diadakan di bandar itu pada abad ke-13. Peruntukan Oxford kemudian diasaskan oleh segolongan baron yang diketuai oleh Simon de Montfort, dengan dokumen itu biasanya dianggap sebagai perlembagaan bertulis yang pertama di England.

University of Oxford disebut buat pertama kali dalam rekod abad ke-12. Apabila universiti terbentuk, perselisihan antara beratus-ratus pelajar yang tinggal di mana-mana sahaja mengikut sekehendak hati menyebabkan pengeluaran dekri bahawa semua siswa perlu tinggal di dalam dewan yang diluluskan. Antara ratusan dewan Aularia yang muncul di sekitar kota, hanya Dewan St Edmund (kk. 1225) masih wujud pada hari ini. Apa yang menamatkan dewan-dewan itu ialah kemunculan kolej, dengan kolej yang terawal termasuk University College (1249), Balliol (1263), dan Merton (1264). Kolej-kolej itu diasaskan sewaktu orang Eropah mula menterjemahkan karya ahli falsafah Greek, dengan karya itu mencabar ideologi Eropah — mengilhami penemuan saintifik serta pemajuan bidang seni — apabila masyarakat mula melihatkan diri dengan cara yang baharu. Kolej-kolej di Oxford itu disokong oleh Gereja yang mengharap-harap dapat mendamaikan falsafah Greek dengan teologi Kristian. Hubungan antara "bandar dan jubah" seringnya tidak menyenangkan, dengan sebanyak 93 pelajar dan orang bandar dibunuh pada Hari Rusuhan St Scholastica 1355.

Abad ke-16 hingga abad ke-18[sunting | sunting sumber]

Bangunan Radcliffe Camera yang dibina antara 1737 - 1749.

Wabak penyakit berpeluh pada 1517 menghancurkan Oxford dan Cambridge apabila separuh daripada jumlah penduduk, termasuk banyak pelajar dan pensyarah, di kedua-dua kota dibunuh.[2]

Katedral Christ Church, Oxford adalah unik kerana ia merupakan kedua-dua gereja kolej dan katedral. Pada asalnya, gereja ini ialah Biara Kristian St Frideswide tetapi bangunannya kemudian diperluas dan digabungkan dengan bangunan Kolej Cardinal, tidak lama selepas pengasasannya semula sebagai Christ Church pada 1546. Sejak waktu itu, ia juga bertindak sebagai katedral untuk kawasan uskup Oxford.

Pada 1555, Syahid Oxford, iaitu Biskop Hugh Latimer, Biskop Nicholas Ridley, dan Ketua Biskop Thomas Cranmer, dibicarakan atas tuduhan bidaah kerana kepercayaan dan ajaran agama mereka, lalu dibakar pada pancang yang terletak di Broad Street kini. Tugu Peringatan Syahid terletak berhampiran, di sudut yang terletak di sebelah utara St. Giles.

Sewaktu Perang Saudara Inggeris, Oxford menampung istana Charles I selepas raja tersebut dipecat dari London pada 1642, walaupun Oxford juga memiliki penyokong Parlimen yang kuat. Empat tahun kemudian pada 1646, kota itu menyerah kalah kepada tentera penyokong Parlimen di bawah Jeneral Fairfax dalam Pengepungan Oxford. Oxford kemudian menampung istana Charles II sewaktu Wabak Agung London pada 1665–66. Walaupun keberatannya, baginda terpaksa berundur apabila wabak terlalu hampir.

Pada 1790, Terusan Oxford dibina untuk menghubungkait kota Oxford dengan Coventry. Duke's Cut yang menghubungkan terusan baharu dengan Sungai Thames disiapkan oleh Duke Marlborough pada 1789. Penghubung yang lain kemudian dibina seperti yang berikut:

Abad ke-19 dan selepas[sunting | sunting sumber]

Pada abad ke-19, kontroversi yang menyelubungi Gerakan Oxford dalam mazhab Gereja England menarik perhatian kepada kota Oxford sebagai satu tumpuan pemikiran teologi.

Dewan Perbandaran Oxford dibina oleh Henry T. Hare, dengan batu asasnya diletakkan pada 6 Julai 1893 dan dibuka oleh bakal Raja Edward VII pada 12 Mei 1897. Tapak itu telah menjadi pusat kerajaan tempatan sejak pembinaan Dewan Persatuan (Guild Hall) pada 1292 dan walaupun Oxford kini telah merupakan sebuah bandar raya dan kawasan Lord Mayor, it masih dikenali dengan nama tradisionalnya sebagai "Dewan Perbandaran".

Menjelang abad ke-20, Oxford mengalami pertumbuhan perindustrian dan jumlah penduduk yang pesat, dengan industri percetakan dan penerbitan menjadi mapan menjelang dekad 1920-an. Juga pada dekad itu, ekonomi dan masyarakat Oxford melalui satu perubahan yang besar apabila William Morris mengasaskan Morris Motor Company untuk mengeluarkan kereta secara besar-besaran di Cowley di pinggir tenggara Oxford. Pada awal 1970-an, melebihi 20,000 orang bekerja di loji raksasa Morris Motors dan Pressed Steel Fisher di Cowley. Sewaktu itu, Oxford telah menjadi sebuah bandar raya yang terdiri daripada dua belah:

  • kota universiti di sebelah barat Jambatan Magdalen; dan
  • kota kereta di sebelah timur.

Ini telah menyebabkan ungkapan jenaka pintar bahawa "Oxford ialah tebing kanan Cowley". Sesungguhnya, Cowley kemudian mengalami banyak kehilangan kerja pada 1980-an dan 1990-an, akibat kemerosotan British Leyland, tetapi ia kini mengeluarkan MINI Baharu yang berjaya untuk BMW di tapak yang lebih kecil. Sekawasan besar kemudahan pengilangan kereta yang asal di Cowley telah dirobohkan pada 1990-an dan kini menjadi tapak untuk Taman Perniagaan Oxford.[7]

Oxford kini menampilkan wajah kosmopolitan yang terkenal, hasil daripada:

khususnya di kawasan Headington dan Cowley Road yang memiliki banyak bar, kafe, restoran, kelab, kedai etnik, dan kedai makanan segera. Oxford ialah salah satu bandar raya di Britain yang menonjolkan paling banyak kepelbagaiaan, dengan anggaran jumlah penduduk yang paling terkini (2005) [8] menunjukkan bahawa 27% daripada penduduknya berasal daripada golongan minoriti etnik, termasuk 16.2% daripada golongan minoriti etnik bukan kulit putih (ONS). Angka-angka itu tidak mengambil kira penghijrahan antarabangsa yang lebih terkini ke Oxford, dengan melebihi 10,000 orang dari luar negeri mendaftarkan diri untuk Nombor Insuran Negara di bandar raya itu antara 2005/2006 dan 2006/2007.[9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ A Handy Guide to Oxford, ch. 2
  2. ^ The Sweating Sickness. Story of London.
  3. ^ Simpson 1997, m/s. 59.
  4. ^ Simpson 2001, m/s. 9.
  5. ^ Simpson 1997, m/s. 101.
  6. ^ Simpson 2001, m/s. 57.
  7. ^ Oxford City Council Diarkibkan 2006-05-14 di Wayback Machine.
  8. ^ "24ph=60_61&CurrentPageId=61&step=2&datasetFamilyId=1809&instanceSelection=121810&Next.x=4&Next.y=4 ONS Population Estimates 2005". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-28. Dicapai pada 2009-11-18.
  9. ^ Department for Work and Pensions

Pautan luar[sunting | sunting sumber]