Laporan Barnes 1950
Jump to navigation
Jump to search
Laporan Barnes 1950 penting dalam menentukan sistem pendidikan di Malaysia selepas kemerdekaan 1957. Laporan Barnes diketuai oleh L J Barnes. Tujuannya untuk menyiasat dan memperbaiki pendidikan orang Melayu.
Cadangan[sunting | sunting sumber]
Cadangan laporan ini ialah :
- Dua jenis sistem sekolah hendaklah ditubuhkan.
- Satu jenis sekolah menggunakan bahasa Melavu sebagai bahasa pengantar.
- Pelajaran bahasa Cina dan bahasa Tamil akan disediakan jika terdapat 15 orang murid atau lebih yang ingin mempelajari bahasa ibunda mereka.
- Bahasa Melayu wajib diajar di Sekolah Inggeris dan bahasa lnggeris wajib diajar di Sekolah Melayu.
- Sekolah dwibahasa diadakan dan bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.
- Sekolah-sekolah vernakular dalam bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Tamil ditukarkan kepada Sekolah kebangsaan. Sekolah-sekolah ini akan menggunakan bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu. [1]
Kontroversi[sunting | sunting sumber]
Laporan Barnes ditentang hebat oleh kaum Cina dan India dan terbentuklah Laporan Fenn-Wu 1951. Oleh itu Ordinan Pelajaran 1952 dikuatkuasakan selepas kajian terhadap Laporan Barnes 1950 dan Laporan Fenn-Wu 1951.