Silabukan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Silabukan
Klinik Kesihatan Silabukan, Lahad Datu
Klinik Kesihatan Silabukan, Lahad Datu
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianBahagian Tawau
DaerahLahad Datu
Pentadbiran
 • BadanMajlis Daerah Lahad Datu
 • DUNYang Berhormat Datuk Assaffal P. Alianl (Parti Warisan Sabah) (Tungku)
Zon waktuMST
Kawasan KejirananTengah Nipah dan Tungku

Silabukan ialah salah sebuah Mukim yang terdapat di Daerah Lahad Datu, Sabah, Malaysia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Skim penempatan semula di Silabukan, Lahad Datu telah didirikan pada tahun 1968 oleh Jabatan Pertanian Negeri Sabah. Pada mulanya ia telah didirikan khas untuk menempatkan semula sebanyak 303 penduduk dari persisiran Sungai Segama yang telah terjejas pendapatan dan tempat tinggal kerana kebanjiran dan apabila kilang tembakau tutup di situ. Dalam tahun 1969, pihak LKTNS mengambil alih mandate membangunkan skim Silabukan melalui sistem ‘Turn-key’ iaitu pembayaran kepada pembangun hanya dibayar sepenuhnya selepas semua kerja-kerja telah siap terlaksana. Pembangunan di Silabukan ini telah bermula dengan Pembangunan Pertanian Silabukan (PPS) Sdn. Bhd dalam tahun 1980. Projek perlaksanaan pembangunan ladang kelapa sawit di Silabukan ini adalah perjanjian di antara LKTNS dan PPS untuk membangunkan sebanyak 6,000 hektar hutan, manakala penyambungan projek pembangunan telah ditandatangani pada bulan Disember, 1981.

Pembangunan fasa pertama selari dengan jalan Lahad Datu ke Tungku dengan 303 peserta telah diambil dari pelbagai bangsa terutama masyarakat asli Sabah dari suku kaum Idahan dan Dusun Subpan dari Sungai Segama. Bersama dalam penempatan semula ini adalah masyarakat-masyarakat dari suku kaum Bajau Laut, Suluk dan Bugis dan sebilangan kecil suku Iban berasal dari negeri Sarawak, Cina dan juga Melayu dari Semenanjung Malaysia. Fasa kedua telah didominasikan oleh penempatan masyarakat Bugis (30%), Bajau (25%), Idahan (25%) dan diikuti Fasa ketiga dan keempat di mana integrasi kepelbagaian suku kaum dan bangsa diteruskan dengan pengambilan suku kaum Tidong, Banjar, Jawa, dan Murut.

Dalam tahun 2003, pihak LKTNS telah memperkenalkan sistem Sewa Pajak di Ladang Silabukan di mana sebanyak 55 peserta telah menyertai program. Selebihnya masih menyertai program di bawah Koperasi Silabukan. Pada takat ini terdapat 41 lot tanah yang masih di bawah sistem sewa pajak di bawah pengurusan pihak LKTNS.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Kedudukan lokasi Silabukan terletak di antara Mukim Dam dan Mukim Tungku.

Tempat Menarik

Mukim Silabukan juga memiliki tempat - tempat menarik seperti Taman Hidupan Liar Tabin, Hutan Simpan Silabukan, Air Terjun Begahak dan Sungai Membatu.

Kemudahan Awam[sunting | sunting sumber]

Sekolah

  1. Sekolah Kebangsaan St. Stephens
  2. Sekolah Kebangsaan Silabukan
  3. Sekolah Menengah Kebangsaan Silabukan
  4. Pusat Latihan Islam Lahad Datu[1]

Perkampungan[sunting | sunting sumber]

  1. Kampung Bakapit
  2. Kampung Bikang
  3. Kampung Long Danau
  4. Kampung Remang
  5. Kampung Segangan Hilir
  6. Kampung Segangan Ulu
  7. Kampung Silabukan Peringkat 1
  8. Kampung Silabukan Peringkat 2
  9. Kampung Silabukan Peringkat 3
  10. Kampung Silabukan Peringkat 4

Rujukan[sunting | sunting sumber]