Orang Cocos

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Orang Cocos atau Orang Melayu Cocos merupakan sebuah kumpulan etnik yang berada di Sabah, Malaysia Timur di Pulau Borneo. Mereka kebanyakannya terdapat di Kampung Cocos berhampiran Lahad Datu di Bahagian Tawau. Berasal dari Kepulauan Cocos (Keeling) (kini sebahagian dari Australia), mereka menetap daerah ini pada tahun 1950-an. Jumlah penduduk mereka adalah sekitar 4,000 orang di Sabah, kira-kira lapan kali lebih besar daripada penduduk yang tinggal di Kepulauan Cocos itu sendiri. Mereka diberikan status Bumiputera oleh kerajaan negeri Sabah. Bahasa mereka iaitu sebuah varian Melayu Piawai, penunjukan mempunyai ISO 639-3 coa.