Sukan Paralimpiad Malaysia 2008

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sukan Paralimpiad Malaysia XIV
Bandar tuan rumahKuala Lumpur
Penyertaan pasukan15
Penyertaan atlet1,892
Sukan14
Upacara pembukaan3 Mei 2008
Upacara penutupan9 Mei 2008
Pembukaan dirasmikan olehIsmail Sabri Yaakob
Menteri Belia dan Sukan
Tempat upacaraStadium Nasional Bukit Jalil

Sukan Paralimpiad Malaysia 2008 merupakan sebuah temasya sukan yang telah diadakan di Kuala Lumpur dari 3 hingga 9 Mei 2008. Temasya ini merupakan temasya Sukan Paralimpiad Malaysia yang ke-14. Temasya ini telah dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Ismail Sabri Yaakob pada 9 Mei di Stadium Nasional Bukit Jalil.[1]

Pembangunan dan persiapan[sunting | sunting sumber]

Setiap tempat pertandingan bagi temasya ini terletak di sekitar Lembah Klang, kecuali acara lumba layar yang diadakan di Port Dickson;[1]

Kawasan Tempat Sukan
Lembah Klang Stadium Juara, Bukit Kiara Badminton, Boccia, Boling padang
Universiti Putra Malaysia Bola keranjang kerusi roda, Bola sepak, Catur, Ping pong
Stadium Nasional Bukit Jalil Olahraga
Pusat Latihan Pemulihan dan Perindustrian Bangi Goalball
Dewan Pusat Sukan, Universiti Putra Malaysia Powerlifting
Pusat Tenis Nasional Tenis kerusi roda
Megalane Endah Parade, Sri Petaling Boling sepuluh pin
Pusat Akuatik Nasional Renang
Port Dickson Admiral Marina & Leisure Club Port Dickson Lumba layar

Penyertaan[sunting | sunting sumber]

Sebanyak 15 pasukan yang menyertai temasya ini melibatkan pasukan dari 13 negeri dan dua wilayah persekutuan. Kontinjen dari WP Putrajaya bertanding dalam kontinjen WP Kuala Lumpur.

Acara sukan[sunting | sunting sumber]

Terdapat 14 sukan dipertandingkan dalam temasya ini;[1]

Keputusan[sunting | sunting sumber]

Sarawak telah dinobatkan sebagai kontinjen terbaik setelah meraih 227 pingat terdiri daripada 126 pingat emas, 61 pingat perak dan 40 pingat gangsa. Gelaran olahragawan dan olahragawati juga dinobatkan kepada atlet negeri Sarawak iaitu Mohd Zamry Sapiee dan Catherine Timbang Siang dalam sukan renang.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Paralimpik ke-14 cungkil bakat baru OKU" (PDF). Utusan Malaysia. 3 Mei 2008. Dicapai pada 18 Februari 2023.
  2. ^ https://bn4.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=328020&extra=page%3D1&mobile=2&mobile=