Sukan Paralimpiad Malaysia 2010

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sukan Paralimpiad Malaysia XV
Bandar tuan rumahMelaka
Penyertaan pasukan15
Penyertaan atlet1,368
Sukan16
Acara314
Upacara pembukaan21 November 2010
Upacara penutupan26 November 2010
Pembukaan dirasmikan olehAhmad Shabery Cheek
Menteri Belia dan Sukan
Tempat upacaraStadium Hang Jebat

Sukan Paralimpiad Malaysia 2010 merupakan sebuah temasya sukan yang telah diadakan di Melaka dari 21 hingga 26 November 2010. Temasya ini merupakan temasya Sukan Paralimpiad Malaysia yang ke-15. Temasya ini telah dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Ahmad Shabery Cheek pada 21 Disember di Stadium Hang Jebat.[1]

Gelaran olahragawan terbaik dimenangi oleh Muhammad Ziyad Zolkefli dari Kuala Lumpur manakala gelaran olahragawati terbaik dimenangi oleh Nur Suhana Ramlan dari Johor.[2]

Pembangunan dan persiapan[sunting | sunting sumber]

Setiap tempat pertandingan bagi temasya ini terletak di sekitar daerah Melaka Tengah dan Alor Gajah, Melaka;[3]

Daerah Tempat Sukan
Melaka Tengah Stadium Hang Jebat Boling padang, goalball, olahraga, renang
Stadium Mini Bistari, Ayer Keroh Boccia
Gelanggang Bola Keranjang Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah Bola keranjang kerusi roda
Pusat Boling Antarabangsa Melaka Boling
Kompleks Belia dan Sukan Ayer Keroh Futsal, Powerlifting
Melaka Marina and Harbour Lumba layar
Taman Perbandaran Bukit Serindit Lumba basikal
Arena Petanque Hang Jebat, Kampung Gelam Petanque
Sekolah Tinggi Seri Kota, Ayer Leleh Ping pong
Dewan Bestari Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah Badminton
Kompleks Tenis Hang Tuah Jaya Tenis kerusi roda
Alor Gajah Universiti Teknologi Mara Catur

Pemasaran[sunting | sunting sumber]

[sunting | sunting sumber]

Logo memaparkan perkataan “Paralimpiad Malaysia” dan dimantapkan lagi dengan logo rasmi Paralimpik yang menunjukkan komitmen Majlis Paralimpik Malaysia didalam merealisasikan peranan melalui acara sukan setiap dua tahun. Logo ini melambangkan kekuatannya dan keazaman pergerakan Paralimpik di peringkat global, bagi membantu menyebarkan semangat dan idea Paralimpik kepada rakan dan taulan, jauh dan dekat. Nombor siri menunjukkan rekod cemerlang lebih dua dekad sejak 1982 menunjukkan konsistensi, kestabilan, kekuatan dan keazaman serta kesediaan Paralimpiad Malaysia untuk memainkan peranan lebih besar dan mencabar dialaf baru ini.[4]

Maskot[sunting | sunting sumber]

Maskot temasya ini merupakan seekor kancil dinamakan sebagai “JANTAN”, nama timangan remaja lelaki yang popular di Melaka. Sang kancil merupakan binatang lagenda kecil Malaysia yang terkenal dengan ketangkasan fizikal dan kecerdasan mindanya. Sang kancil merupakan lagenda dalam cerita rakyat yang memaparkan karakternya yang arif, bijaksana dan pantas berfikir untuk meloloskan dirinya daripada pelbagai situasi merbahaya, terutama ketika menghadapi ancaman musuh. Sama seperti atlet lain yang cergas sepenuhnya, atlet Paralimpik juga memiliki apa jua yang diperlukan untuk menghadapi segala cabaran. [4]

Penyertaan[sunting | sunting sumber]

Sebanyak 15 pasukan yang menyertai temasya ini melibatkan pasukan dari 13 negeri dan dua wilayah persekutuan. Kontinjen dari WP Putrajaya bertanding dalam kontinjen WP Kuala Lumpur.

Acara sukan[sunting | sunting sumber]

Terdapat 16 sukan dipertandingkan dalam temasya ini;[3]

Pungutan pingat[sunting | sunting sumber]

Sarawak kekal menjadi juara keseluruhan temasya diikuti Johor dan Kuala Lumpur.[2]  *   Tuan rumah (Melaka)

Jadual pingat Sukan Paralimpiad Malaysia 2010
KedudukanNegeriEmasPerakGangsaJumlah
1 Sarawak689174233
2 Johor542828110
3 Kuala Lumpur413546122
4 Selangor31252884
5 Melaka*23333389
6 Pulau Pinang16202359
7 Negeri Sembilan16142252
8 Terengganu15101237
9 Sabah117725
10 Kedah1091130
11 Kelantan9121435
12 Pahang75820
13 Perak581023
14 Labuan57618
15 Perlis37616
Jumlah (15 negeri)314311328953


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Majlis Perasmian Pembukaan". Diarkibkan daripada yang asal pada 26 November 2010. Dicapai pada 18 Februari 2023.
  2. ^ a b https://www.nsc.gov.my/wp-content/uploads/2020/11/Buletin-MSN-Edisi-3.pdf
  3. ^ a b http://paralampiad.blogspot.com/2010/
  4. ^ a b "Logo & Maskot". Diarkibkan daripada yang asal pada 24 November 2010. Dicapai pada 18 Februari 2023.