Pergi ke kandungan

Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah V
سلطان عبد الجليل معظم شاه
Sultan Johor-Pahang
Pemerintahan20 Ogos 1760 – 29 Januari 1761
Didahului olehSultan Sulaiman Badrul Alam Shah
Diikuti olehSultan Ahmad Riayat Shah
BendaharaTun Hassan (1748 – 1770)
Yang Dipertuan MudaDaeng Kemboja (1745 – 1777)
TemenggungTun Abdul Jamal (1757 – 1802)
KeputeraanRaja Abdul Jalil ibni Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah
11 Mac 1738
Kemangkatan29 Januari 1761
Kuala Selangor, Selangor
Pemakaman29 Januari 1761
Batangan, Kepulauan Riau
Pasangan1. Raja Embun binti Engku Inche Hussain
2. Tengku Puteh binti Yang Dipertuan Muda Daeng Chelak
Anakanda1. Sultan Ahmad Riayat Shah
2. Sultan Mahmud Riayat Shah III
WangsaWangsa Bendahara
AyahandaSultan Sulaiman Badrul Alam Shah
BondaInche Che’ Puan Perak
AgamaSunni Islam

Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah V ibni Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (Jawi: سلطان عبد الجليل معظم شاه ابن سلطان سليمان بدر العالم شاه ; 11 Mac 1738 – 29 Januari 1761) ialah Sultan Johor ke-13 dan Sultan Pahang ke-20 (Sultan Johor-Pahang ke-7) dari tahun 1760 hingga tahun 1761.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Raja Abdul Jalil merupakan anakanda Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah dan Inche Che’ Puan Perak. Baginda diputerakan pada tahun 1738 dan mempunyai ramai adik-beradik berlainan bonda. Baginda amat dikenali dengan gelaran "Raja di Baroh" dan baginda dikatakan menetap di Kuala Selangor. Baginda berkahwin dengan Tengku Puteh binti Yang Dipertuan Muda Daeng Chelak daripada suku Bugis dan hasil perkahwinan ini, baginda dikurniakan dua orang putera iaitu Raja Ahmad dan Raja Mahmud dan kemudian kedua-dua anakanda baginda menjadi Sultan Johor. Baginda juga berkait rapat dengan konflik daerah-daerah orang Minangkabau di Rembau, Johol, Sungai Ujong dan Jelebu. Daerah-daerah tersebut didapati tidak lagi mahu bernaung di bawah kekuasaan Kesultanan Johor Lama dan akhirnya dimerdekakan. Baginda mangkat pada 29 Januari 1761 dan dimakamkan di Batangan, Kepulauan Riau berhampiran makam ayahandanya.

Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah
Tarikh keputeraan: 11 Mac 1738 Tarikh kemangkatan: 29 Januari 1761
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah
Diangkat menjadi Sultan Johor selepas mengalahkan Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah dengan bantuan Opu Bugis Daeng Lima Bersaudara pada tahun 1722
Sultan Johor-Pahang
20 Ogos 1760 – 29 Januari 1761
Diikuti oleh:
Sultan Ahmad Riayat Shah