Pergi ke kandungan

Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah
سلطان سليمان بدر العالم شاه
Sultan Johor-Pahang
Pemerintahan4 Oktober 1722 – 20 Ogos 1760
Didahului olehSultan Abdul Jalil Rahmat Shah
Diikuti olehSultan Abdul Jalil Muazzam Shah V
Bendahara
Lihat senarai
  • 1. Tun Abbas (1722 – 1736)
    2. Tun Hassan (1748 – 1770)
Yang Dipertuan Muda
Lihat senarai
Temenggung
Lihat senarai
  • 1. Tun Muhammad Tahir (Mutahir) (1722 – 1747)
    2. Tun Abdul Majid (1747 – 1757)
    3. Tun Abdul Jamal (1757 – 1802)
KeputeraanRaja Sulaiman ibni Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV
11 November 1699
Kemangkatan20 Ogos 1760(1760-08-20) (umur 60)
Kepulauan Riau
Pemakaman20 Ogos 1760
Batangan, Kepulauan Riau
Pasangan1. Inche Che’ Puan Perak
2. Wan Mak
3. Cik Sunah
4. Puteri Kanun Sitiawan
Anakanda1. Raja Ibrahim
2. Raja Mansur
3. Raja Sabtu (Abdu)
4. Raja Hawa
5. Raja Muhammad
6. Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah V
7. Raja Abdul Kadir
8. Raja Osman
9. Raja Arif Pulai
10. Raja Ismail
11. Raja Said
12. Raja Yaakub
13. Raja Kechil Singait
14. Raja Teh (putera)
15. Raja Bongsu Asad Ahmad
16. Raja Shamsuddin
17. Raja Besar Seberang
18. Raja Hamid
19. Raja Bakul
20. Raja Teh (puteri)
21. Raja Sunit (Sunah)
22. Raja Lebar
23. Raja Itam
24. Raja Salamah
25. Raja Jemaah
26. Raja Wok
27. Raja Tengah
28. Raja Khadija
29. Dato’ Rambut Panjang
WangsaWangsa Bendahara
AyahandaSultan Abdul Jalil Riayat Shah IV
BondaInche Nusamah
AgamaSunni Islam

Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah ibni Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV (Jawi: سلطان سليمان بدر العالم شاه ابن سلطان عبد الجليل رعاية شاه ; 11 November 1699 – 20 Ogos 1760) ialah Sultan Johor ke-12 dan Sultan Pahang ke-19 (Sultan Johor-Pahang ke-6) dari tahun 1722 hingga tahun 1760.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Raja Sulaiman merupakan anakanda kepada Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV yang merupakan Sultan Johor ke-10 dan Sultan Johor pertama daripada Wangsa Bendahara Johor. Selepas kemangkatan Sultan Abdul Jalil Riayat Shah lV, Raja Sulaiman telah mengundang Opu Bugis Daeng Lima Bersaudara yang diketuai oleh Daeng Parani untuk datang ke Johor bagi membantu baginda untuk melawan Sultan Johor ke-11, Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah atau lebih dikenali sebagai "Raja Kechil". Sebelum Opu Bugis Daeng Lima Bersaudara menyatakan persetujuan untuk membantu Raja Sulaiman, kedua-dua belah pihak telah membuat perjanjian di mana mereka bersetuju bahawa sekiranya Raja Sulaiman berjaya mengalahkan Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah, maka salah seorang daripada Opu Bugis Daeng Lima Bersaudara akan dilantik sebagai Yang Dipertuan Muda Riau, nasihat Yang Dipertuan Muda Riau perlu sentiasa diikuti oleh Sultan Johor dan jawatan Yang Dipertuan Muda Riau dikhaskan untuk waris Opu Bugis Daeng Lima Bersaudara sahaja.

Pemerintahan

[sunting | sunting sumber]

Selepas Raja Sulaiman berjaya mengalahkan Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah dengan bantuan daripada Opu Bugis Daeng Lima Bersaudara, maka pada tahun 1722, Daeng Marewah telah dipilih oleh Opu Bugis Daeng Lima Bersaudara untuk memegang jawatan sebagai Yang Dipertuan Muda Riau pertama. Selepas itu, Opu Bugis Daeng Lima Bersaudara menabalkan Raja Sulaiman sebagai Sultan Johor ke-12 dengan gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.

Selepas diusir dari Johor dan pulang ke Siak, Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah telah melakukan perluasan wilayah Kesultanan Siak yang bermula dengan Rokan dan kemudiannya membangunkan pertahanan armada laut di Bentan.

Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah mangkat pada tahun 1746 dan dimakamkan di Buantan manakala Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah mangkat pada 20 Ogos 1760 di Kepulauan Riau dan baginda digelar "Marhum Batangan".

  • "A History of Johore (1365—1895 A.D.)" [Sejarah Johor (1365—1895 A.D.)]. Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society (dalam bahasa Inggeris). 10. 1932. Dicapai pada 21 Ogos 2018 – melalui JSTOR.
Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah
Tarikh keputeraan: 11 November 1699 Tarikh kemangkatan: 20 Ogos 1760
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah
Diangkat menjadi Sultan Johor selepas mengalahkan Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV dan menawan pusat pemerintahan Kesultanan Johor pada ketika itu iaitu Panchor pada tahun 1718
Sultan Johor-Pahang
4 Oktober 1722 – 20 Ogos 1760
Diangkat menjadi Sultan Johor selepas mengalahkan Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah dengan bantuan Opu Bugis Daeng Lima Bersaudara pada tahun 1722
Diikuti oleh:
Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah V