Pergi ke kandungan

Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sultan Ismail Al-Khalidi
سلطان إسماعيل الخالدي
Sultan Johor
Pemerintahan8 Mei 1959 – 10 Mei 1981
Kemahkotaan10 Februari 1960
Didahului olehSultan Ibrahim Al-Masyhur
Diikuti olehSultan Iskandar Al-Haj
Menteri Besar
Lihat senarai
Tunku Mahkota Johor
Pemerintahan2 November 1895 – 8 Mei 1959
KeputeraanTunku Ismail ibni Sultan Ibrahim Al-Masyhur
(1894-10-28)28 Oktober 1894
Istana Semayam, Johor Bahru, Johor
Kemangkatan10 Mei 1981(1981-05-10) (umur 86)
Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor, Malaysia
Pemakaman11 Mei 1981
Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor, Malaysia
Pasangan1. Sultanah Ungku Tun Aminah binti Ungku Ahmad (k. 1920; m. 1977)
2. Sultanah Nora binti Tengku Panglima Raja Tengku Ahmad (k. 1977)
Anakanda1. Tunku Abdul Jalil
2. Tunku Kalthum Maimunah
3. Tunku Abdul Rahman
4. Sultan Iskandar Al-Haj
5. Tunku Abdul Rahman
6. Tunku Helen
7. Tunku Tun Maimunah
Nama diraja
Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim
WangsaWangsa Temenggung
AyahandaSultan Ibrahim Al-Masyhur
BondaSultanah Ungku Maimunah binti Ungku Abdul Majid
AgamaSunni Islam
Gaya bagi
Sultan Ismail Al-Khalidi

Rujukan gayaDuli Yang Maha Mulia
Gaya percakapanDuli Tuanku
Gaya alternatifTuanku
Almarhum Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Ibrahim

Sultan Sir Ismail Al-Khalidi ibni Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur KBE CMG (Jawi: سلطان سير إسماعيل الخالدي ابن سلطان سير إبراهيم المشهور ; 28 Oktober 1894 – 10 Mei 1981) ialah Sultan Johor Moden ke-3 dari tahun 1959 hingga tahun 1981. Baginda juga merupakan Canselor pertama Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Baginda dimahkotakan sebagai Sultan Johor di Istana Besar, Johor Bahru pada 10 Februari 1960.

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Sultan Ismail telah mendapat pendidikan awal di sebuah sekolah Melayu di Johor Bahru. Kemudian, baginda turut belajar bahasa Inggeris daripada seorang guru berbangsa Eropah. Ketika baginda berusia 10 tahun, baginda diiringi oleh kedua-dua paduka adinda, iaitu Tunku Aris Bendahara Abu Bakar dan Tunku Temenggong Ahmad serta lima orang sahabat baginda, iaitu Dato' Onn bin Dato' Ja'afar, Dato' Wan Idris bin Wan Ibrahim, Ismail bin Muhammadon, Abu Bakar bin Yahya, dan Ungku Sulaiman bin Ungku Mohd Khalid telah dihantar belajar ke England dengan menaiki kapal P&O Liner Bengal. Di England, baginda dan paduka-paduka adinda telah bersekolah di Rose Hill School, Tunbrigde Wells, Kent, kemudian di Alderburgh Lodge School serta di Roydon Hall, Norfolk. Basinda juga pernah belajar di Christ Church, Oxford. Pada tahun 1910, baginda diiringi Dato' Onn bin Dato' Ja'afar telah berangkat pulang ke Johor. Dalam tahun itu juga, baginda berdua telah dititahkan menyambung pelajaran di Malay College Kuala Kangsar (MCKK). Antara kerabat diraja yang menuntut bersama-sama baginda di MCKK ialah Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad (Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan), Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah ibni Almarhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah (Sultan Selangor), dan Almarhum Sultan Yusuf Izzudin Shah ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil (Sultan Perak). Dalam tahun 1913, baginda sekali lagi telah berangkat ke England. Baginda bersemayam di England selama tujuh tahun, dan dalam tempoh itulah baginda telah mendapat banyak pengetahuan dan pengalaman setelab melawat beberapa tempat di England dan Eropah. Pada hari Jumaat 5 Mac 1920, Sultan Ismail diringi paduka adindanya, Tunku Aris Bendahara Abu Bakar telah berangkat balik ke Johor.[1]

Sultan Ismail telah berkahwin sebanyak dua kali, iaitu dengan:

  • Sultanah Aminah binti Almarhum Ungku Ahmad berkahwin dengan Sultan Ismail pada 30 Ogos 1922.[2] Kemudian baginda sultanah mangkat pada 14 September 1977 akibat kemalangan jalanraya di Kulai pada bulan Ogos 1977. Baginda berdua dikurniakan 7 orang putera dan 3 puteri dimana beberapa daripadanya hidup sehingga dewasa:
  • Sultanah Nora binti Almarhum Tengku Panglima Raja Tengku Ahmad merupakan kerabat diraja Kelantan yang telah berkahwin dengan Sultan Ismail pada 13 November 1977.[6]

Sultan Ismail mangkat pada 10 Mei 1981 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor, Malaysia selepas dimasukkan ke hospital itu kerana gering. Baginda digantikan oleh anakandanya, Sultan Iskandar Al-Haj. Baginda dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru.

Sultan Ismail telah diabadikan namanya di beberapa tempat dan institusi seperti:

Anugerah dan kehormatan

[sunting | sunting sumber]

Tanah Melayu / Malaysia

[sunting | sunting sumber]

Antarabangsa

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Buku ALMARHUM SULTAN ISMAIL JOHOR 1894-1981
  2. ^ Morais (1969), m/s xxii
  3. ^ a b Johor15 diambil 6 Januari 2008
  4. ^ Morais (1965), m/s xxii
  5. ^ Who's who in Malaysia ... & Profiles of Singapore, Morais (1967), m/s xxii; Selamat Johor Tanda Kenangan
  6. ^ Morais (1979), m/s 67
  7. ^ Pengenalan Diarkibkan 2009-03-04 di Wayback Machine, Laman Web Rasmi Perpustakaan Sultan Ismail, diambil 1 Februari 2009
  8. ^ "Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 1958" (PDF).
  9. ^ "DK I 1975". awards.selangor.gov.my.
  10. ^ "Bintang Pahang untok Sultan Johor". Berita Harian. 23 April 1968. m/s. 5.
  11. ^ "No. 34396". The London Gazette (Supplement). 11 May 1937. m/s. 3098.
Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim
Tarikh keputeraan: 28 Oktober 1894 Tarikh kemangkatan: 10 Mei 1981
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Sultan Ibrahim Al-Masyhur
Sultan Johor
8 Mei 1959 – 10 Mei 1981
Diikuti oleh:
Sultan Iskandar Al-Haj