Pergi ke kandungan

Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II
سلطان علي جلا عبد الجليل شاه
Sultan Johor
Pemerintahan1571 – 1597
Didahului olehSultan Abdul Jalil Shah I
Diikuti olehSultan Alauddin Riayat Shah III
Raja Kelantan
Pemerintahan1565 – 1570
Didahului olehSultan Ibrahim
Diikuti olehSultan Ibrahim
KeputeraanRaja Umar ibni Raja Ahmad
(tarikh dan tempat kelahiran tidak diketahui)
Kemangkatan1597
Kota Batu Sawar, Kota Tinggi, Johor
PasanganRaja Fatimah binti Sultan Alauddin Riayat Shah II
Anakanda1. Sultan Abdul Jalil Shah I
2. Sultan Alauddin Riayat Shah III
Wangsa1. Wangsa Langkasuka-Kelantan (sebagai Raja Kelantan)
2. Wangsa Melaka-Johor (sebagai Sultan Johor)
AyahandaRaja Ahmad ibni Raja Muhammad
BondaRaja Kamala Dewi bint Sultan Mahmud Shah I
AgamaSunni Islam

Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II ibni Raja Ahmad (Jawi: سلطان علي جلا عبد الجليل شاه ابن راج أحمد ; mangkat pada tahun 1597) ialah Raja Kelantan dari tahun 1565 hingga tahun 1570.[1] Baginda kemudian menuruni takhta Kerajaan Kelantan dan berpindah ke Johor untuk menjalankan pemerintahan Kesultanan Johor Lama bagi pihak anakandanya yang juga Sultan Johor ke-3, Sultan Abdul Jalil Shah I yang masih kecil. Apabila Sultan Abdul Jalil Shah I mangkat mengejut kerana dipercayai diracun, baginda diangkat menjadi Sultan Johor ke-4 dari tahun 1571 hingga tahun 1597 atas permintaan isterinya, Raja Fatimah binti Sultan Alauddin Riayat Shah II.[2]

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Raja Umar ialah anakanda kepada Raja Ahmad ibni Raja Muhammad dan baginda berasal dari Pahang. Baginda berkahwin dengan Raja Fatimah binti Sultan Alauddin Riayat Shah II dan dikurniakan seorang putera yang bernama Sultan Abdul Jalil Shah I. Baginda juga merupakan menantu kepada Sultan Johor pertama, Sultan Alauddin Riayat Shah II dan adinda ipar kepada Sultan Johor ke-2, Sultan Muzaffar Shah II. Baginda juga mempunyai seorang putera hasil perkahwinannya dengan isteri lain iaitu Sultan Alauddin Riayat Shah III.

Perlantikan

[sunting | sunting sumber]

Pada asalnya, pembesar ingin mengangkat anakanda Sultan Muzaffar Shah II iaitu Raja Abdullah untuk menjadi Sultan Johor yang baru bagi menggantikan Sultan Abdul Jalil Shah I. Tetapi hasrat pembesar tersebut dibantah oleh Raja Fatimah kerana baginda mahukan suaminya untuk ditabalkan sebagai Sultan Johor. Maka, Raja Umar ditabalkan sebagai Sultan Johor yang bergelar Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II. Tun Sri Lanang pula dilantik sebagai Bendahara Johor.

Menentang Portugis

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1581, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II berpindah ke Tanah Putih dan bersemayam di sana selama dua tahun. Pada tahun 1583, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II berpindah ke Johor Lama dan membaik pulih semula Kota Johor Lama. Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II juga bersahabat semula dengan Aceh.

Pada bulan Januari 1586, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II dengan angkatan 100 kapal telah menyerang Melaka dan hampir dapat menawan semula Melaka. Pada 21 Julai 1587, angkatan Portugis yang diketuai oleh Antonio de Noronha datang ke Johor untuk membedil Kota Johor Lama dan merampas harta.

Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II berundur ke Batu Sawar pada tahun 1587. Pada tahun 1589, Batu Sawar diserang dan Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II melarikan diri. Apabila Portugis pulang ke Melaka, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II berpindah semula ke Batu Sawar dan memulihkan semula kekuatan. Pada tahun 1596, Raja Fatimah mangkat dan dikebumikan di Seluyut bersebelahan anakandanya Sultan Abdul Jalil Shah I dan kakandanya Sultan Muzaffar Shah II.

Kemangkatan

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1597, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II mangkat di Batu Sawar dan baginda kemudian digelar "Marhum Batu Sawar".

  • R.O. Winstedt (1992). A History of Johore. The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society (MBRAS). ISBN 9839961462.
  • Zakiah Hanum (2004). Asal Usul Negeri-Negeri Malaysia. Times Editions-Marshall Cavendish. ISBN 9812326081.
  • Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid (2011). The Encyclopedia of Malaysia : Volume 16, The Rulers of Malaysia. Archipelago Press. ISBN 9789813018549.
  • Trocki, Carl A., Prince of Pirates: the Temenggongs and the Development of Johor and Singapore, 1784-1885, University of Hawaii Press, 1979, ISBN 9789971693763
  • Borschberg, Peter, Admiral Matelieff's Singapore and Johor (1606-1616), NUS Press Singapore, 2016, ISBN 9789814722186
  • Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu, Jilid 4, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999, ISBN 9836252185

Nota kaki

[sunting | sunting sumber]
  1. "Kelantan". The Royal Ark. Christopher Buyers. 2008. Dicapai pada 3 Februari 2010.
  2. Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu, Jilid 4, 1999, ms 2003

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II
Tarikh kemangkatan: 1597
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Sultan Ibrahim
Raja Kelantan
1565 – 1570
Diikuti oleh:
Sultan Ibrahim
Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II
Tarikh kemangkatan: 1597
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Sultan Abdul Jalil Shah I
Sultan Johor
1571 – 1597
Diikuti oleh:
Sultan Alauddin Riayat Shah III