Pergi ke kandungan

Sultan Abdullah Ma'ayat Shah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Abdullah Ma'ayat Shah
Sultan Johor
Pemerintahan1615–1623
Didahului olehSultan Alauddin Riayat Shah III
Diikuti olehSultan Abdul Jalil Shah III
Anakandaorang iaitu ; Raja Bajau bin Sultan Abdullah Ma'ayat Shah
KerabatMelaka
AyahandaSultan Muzaffar Shah
Bonda-
AgamaIslam
TandatanganTandatangan Abdullah Ma'ayat Shah

Setelah menaiki takhta baginda memakai gelaran Sultan Abdullah Ma'ayat Shah Zilullah fil-Alam Khalifat ul-Muminin ibni Almarhum Sultan Muzaffar Shah II, Sultan Johor ke-6 dari 1615-1623 dan bersemayam di Batu Sawar, Kota Tinggi, Johor.

Baginda juga dikenal dengan panggilan Raja Abdullah, Raja Bongsu, Raja Di Hilir, Yang Di Pertuan Hilir, dan Raja Seberang.

Beliau adalah putera kepada Sultan Muzaffar Shah II dan diangkat oleh Sultan Iskandar Muda,Acheh sebagai Sultan Johor bagi menggantikan Sultan Alauddin Riayat Shah III, Sultan Johor ke-6 yang dihukum bunuh oleh Sultan Iskandar Muda apabila Acheh menewaskan Johor pada tahun 1615.

Peranan semasa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah III

[sunting | sunting sumber]

Pada masa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah III, Raja Abdullah dipertanggungjawabkan menguruskan pentadbiran negeri. Baginda mendirikan kota kediamannya di Pengkalan Raya, Batu Sawar. Baginda memainkan peranan penting mewujudkan persahabatan dengan Belanda pada tahun 1602. Dia juga mempengaruhi Sultan Alauddin Riyat Shah III supaya tidak mematuhi amaran Portugi bagi memutuskan hubungan dengan Belanda. Raja Abdullah datang ke kapal Belanda di Melaka, dan meminta bantuan Belanda berperang dengan Aceh.Pada tahun 1613, Aceh di bawah pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam menyerang dan mengalahkan Johor. Raja Abdullah ditawan bersama-sama Sultan Alauddin Riayat Shah III ke Aceh. Semasa di Aceh, Raja Abdullah telah dikahwinkan dengan adinda Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Kemudian Raja Abdullah dihantar pulang ke Johor dengan diiringi oleh pasukan Aceh. Pada tahun 1618, Sultan Abdullah Ma'ayat Shah berpindah ke Lingga (Daik) dengan meminta bantuan Belanda dan Orang Laut untuk melawan Acheh. Kemudian Sultan Abdullah Ma'ayat Shah menceraikan istrinya yang juga adinda daripada Sultan Acheh Iskandar Muda. Kejadian ini membuat murka Sultan Iskandar Muda, kerana adik baginda yang dicintainya diceraikan oleh Sultan Abdullah. Baginda memerintahkan pasukannya untuk menghancurkan Batu Sawar, ibukota daripada Kerajaan Johor Lama dan menyerang Pulau Lingga untuk memburu Raja Bujang (anak Sultan Alauddin Riayat Shah III) pada tahun 1623. Sultan Abdullah Ma'ayat Shah melarikan diri bersama-sama Raja Bujang ke Pulau Tambelan. Sultan Abdullah Ma'ayat Shah mangkat di Pulau Tambelan,[1][2] [3] dan digelar "Marhum Pulau Tambelan".

  • R.O. Winstedt (1992). A History of Johore. The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society (MBRAS). ISBN 9839961462.
  • Zakiah Hanum (2004). Asal Usul Negeri-Negeri Malaysia. Times Editions-Marshall Cavendish. ISBN 9812326081.
  • Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid (2011). The Encyclopedia of Malaysia : Volume 16, The Rulers of Malaysia. Archipelago Press. ISBN 9789813018549.

Nota kaki

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Tun Ahmad Sarji, 2011, ms 69
  2. ^ "Menilik Kejayaan Tambelan Timbalan Riau". Robby Tambelan. Robby Tambelan. 2010. Dicapai pada 28 Julai 2012.
  3. ^ "Sejarah Pulau Tambelan". Informasi Serba Ada. Informasi Serba Ada. 2011. Dicapai pada 28 Julai 2012.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]


Penyandang Terdahulu Sultan Johor ke-7
1615 – 1623
Penyandang Kemudian
Sultan Alauddin Riayat Shah III Sultan Abdul Jalil Shah III