Pergi ke kandungan

Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Abdul Rahman Muazzam Shah I
Paduka Sri Al-Sultan Dan Yang di-Pertuan Besar Negari Johor Darul Takzim Ke XVII
Paduka Sri Al-Sultan Dan Yang di-Pertuan Besar Negari Pahang Darul Makmur Ke XXI
Fail:Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah.jpg
Abdul Rahman Muazzam Shah I
Sultan Johor ke XVIII
Pemerintahan13 Januari 1811 – 1819
Kemahkotaan19 Januari 1812
Pemasyhuran-
Didahului olehSultan Mahmud Shah III
Diikuti olehSultan Hussain Mu'azzam al-Wathiq Billah Shah I
Pemangku raja-
Sultan Riau-Lingga I -
Pemerintahan1811 – 1832
Kemahkotaan1811
Didahului oleh-
Diikuti olehSultan Muhammad II Muazzam Shah
Pemangku raja-
Raja Muda Johor -
Pemerintahan-
Kemahkotaan-
Didahului oleh-
Diikuti oleh-
Pemangku raja-
KeputeraanTengku Abdul Rahman Ibni Raja Mahmudd
1785
Tanjung Pinang, Bertam, Kepulauan Lingga,  Riau  Indonesia
Kemangkatan8 Ogos 1832
Kepulauan Lingga,  Riau,  Indonesia
Pemakaman9 Ogos 1832
Bukit Chengah (Chengkeh) di Daik, Kepulauan Lingga,  Riau,  Indonesia
Pasangan4 orang saja
Pasangan-
Anakanda11 Orang iaitu Sultan Sulaiman II Badrul Alam Shah, Sultan Muhammad II Muazzam Shah
Nama penuh
Raja Abdul Rahman Ibni Raja Mahmudd
Nama penuh
Nama diraja
-
Nama selepas mangkat
-
Kerabat-
Kerabat-
WangsaBendahara
AyahandaSultan Mahmud Shah III
Bonda-
AgamaIslam Sunni
PekerjaanSultan Riau Lingga
TandatanganTandatangan Abdul Rahman Muazzam Shah I
-
-
-
Raja Muda -
Keputeraan -
-
Kemangkatan -
-
Dimakamkan -
-

Sultan Abdul Rahman I Muazzam Shah ibni Sultan Mahmud Shah III (lahir sebagai Raja Abdul Rahman) merupakan Sultan Johor ke-18 dan termasuk Pahang serta jajahan takluknya (1811–1819).

Baginda juga merupakan Sultan Riau-Lingga yang pertama serta jajahan takluknya (1811–1832)

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan pada 1780 dengan gelaran Raja Jumaat. Baginda Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah merupakan anakanda ke-15 dan baginda juga merupakan putera kedua kepada pasangan Sultan Mahmud Shah III dan Cik Mariam anak pembesar Bugis bernama Dato' Syahbandar Tun Hassan.

Sultan Johor

[sunting | sunting sumber]

Perebutan kuasa antara pihak Tengku Abdul Rahman dan pihak Tengku Hussain (Tengku Long) anak sulung Sultan Mahmud Shah III telah berlaku apabila Tengku Abdul Rahman dilantik sebagai sultan Johor dahulu berbanding abang tirinya Tengku Hussain Shah.

Perlantikan Tengku Abdul Rahman disokong kuat oleh Belanda kerana akan mendapat kuasa mentadbir pelabuhan seluruh negeri Johor kecuali Riau dan Lingga. Beliau dengan itu dilantik Sultan Johor ke-16 dengan gelaran Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah pada 1812-1819.

British mula hendak campur tangan atas kepentingan Singapura dan cuba mempengaruhi Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah dengan melantik Tengku Hussain Shah sebagai Sultan Johor.

Kesultanan Riau - Lingga

[sunting | sunting sumber]

Dalam tahun 1818, dengan sokongan kuat dari Yang Dipertuan Muda Riau Raja Jaafar, baginda Tengku Abdul Rahman telah ditabalkan sebagai Sultan dan Yang di Pertuan Besar Lingga bergelar Sultan Abdul Rahman I Muazzam Shah ibni al-marhum Sultan Mahmud III Alam Shah dan diperakui oleh pihak Belanda (VOC).

Baginda merupakan pengasas kepada Kesultanan Lingga-Riau. Ketika era pemerintahan baginda, Riau telah menjadi pusat perkembangan dan penyiaran agama Islam. Pada 1 Syawal 1249H (1823) baginda telah mendirikan Masjid Raya di Pulau Penyengat di Riau yang masih ada sehingga hari ini.

Baginda mangkat di Lingga dan dimakamkan di Bukit Chengah (Chengkeh) di Daik, Kepulauan Lingga pada 9 Ogos 1832.

  • Carl A. Trcocki (2007). Prince of Pirates : The Temenggongs and the Developments of Johor and Singapore. NUS Press. ISBN 9789971693763.

Nota kaki

[sunting | sunting sumber]
Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah
Tarikh keputeraan: 1780 Tarikh kemangkatan: 9 Ogos 1832
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Sultan Mahmud Shah III
Sultan Johor
14 Januari 1812 – 29 Oktober 1830
Diikuti oleh:
Tiada
Kesultanan Johor Lama berakhir pada tahun 1830 akibat Perjanjian 29 Oktober 1830 antara Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar dengan Belanda yang menguatkuasakan Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 di Alam Melayu
Didahului oleh
Tiada
Kesultanan Riau-Lingga wujud selepas Perjanjian 29 Oktober 1830 dan Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah menjadi Sultan Riau-Lingga pertama
Sultan Riau-Lingga
29 Oktober 1830 – 9 Ogos 1832
Diikuti oleh:
Sultan Muhammad II Muazzam Shah

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]