Pergi ke kandungan

Sultan Abdul Jalil Shah I

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sultan Abdul Jalil Shah I
سلطان عبد الجليل شاه
Sultan Johor
Pemerintahan1570 – 1571
Didahului olehSultan Muzaffar Shah II
Diikuti olehSultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II
KeputeraanRaja Abdul Jalil ibni Raja Umar
1562
Kemangkatan1571
Kota Panchor, Kota Tinggi, Johor
WangsaWangsa Melaka-Johor
AyahandaSultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II
BondaRaja Fatimah binti Sultan Alauddin Riayat Shah II
AgamaSunni Islam

Sultan Abdul Jalil Riayat Shah I ibni Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II (Jawi: سلطان عبد الجليل شاه ابن سلطان علي جلا عبد الجليل شاه ; 1562 – 1571) ialah Sultan Johor ke-3 dari tahun 1570 hingga tahun 1571.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Nama asal baginda ialah Raja Abdul Jalil dan baginda merupakan anakanda kepada Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II, yang sebelum ini menjadi Raja Kelantan dari tahun 1565 hingga tahun 1570, dan Raja Fatimah binti Sultan Alauddin Riayat Shah II. Baginda juga merupakan cucunda kepada Sultan Johor pertama, Sultan Alauddin Riayat Shah II dan anakanda saudara kepada Sultan Johor ke-2, Sultan Muzaffar Shah II.

Melalui wasiat Sultan Muzaffar Shah II, Raja Abdul Jalil ditabalkan sebagai Sultan Johor yang bergelar Sultan Abdul Jalil Shah I ketika baginda berusia 8 tahun. Memandangkan baginda masih seorang kanak-kanak, pemerintahan Kesultanan Johor Lama dijalankan oleh ayahandanya. Namun, baginda mangkat mengejut pada tahun 1571 kerana dipercayai diracun dan baginda dikebumikan di Seluyut. Baginda kemudian digantikan oleh ayahandanya sebagai Sultan Johor ke-4 atas permintaan bondanya kepada para pembesar Kesultanan Johor Lama.

  • R.O. Winstedt (1992). A History of Johore. The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society (MBRAS). ISBN 9839961462.
  • Zakiah Hanum (2004). Asal Usul Negeri-Negeri Malaysia. Times Editions-Marshall Cavendish. ISBN 9812326081.
  • Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid (2011). The Encyclopedia of Malaysia : Volume 16, The Rulers of Malaysia. Archipelago Press. ISBN 9789813018549.

Nota kaki

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Sultan Abdul Jalil Shah I
Tarikh keputeraan: 1562 Tarikh kemangkatan: 1571
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Sultan Muzaffar Shah II
Sultan Johor
1570 – 1571
Diikuti oleh:
Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II