Sundang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sundang ialah sejenis senjata tradisi yang digunakan oleh orang-orang Melayu, Bugis dan Sulu. Terdapat dua jenis sundang yang dikenal pasti iaitu sundang lipas berbentuk pedang dua mata dan sundang berbentuk keris besar sama ada berluk, lurus serta berlok atau lurus sahaja. Senjata ini lebih sesuai untuk melibas,melilit dan kurang sesuai untuk menikam. Senjata ini merupakan senjata lebih bersifat senjata menyerang bukan senjata menunggu musuh. Sundang keris merupakan senjata utama pada Silat Sundang Siliwangi dan Seni Kuntau Nakhoda Sug. Manakala Sundang Lipas juga merupakan senjata utama Silat Seni Gayong.

Sundang tidak digunakan untuk menikam seperti keris, ia lebih kepada menetak, melilis, melilit dan melibas. Saiz matanya agak besar dan lebih berat berbanding keris biasa. Hulu sundang juga lebih mirip kepada hulu pedang berbanding hulu keris. Ia popular di Filipina, Borneo, Brunei dan Sulawesi. Di Malaysia, ia dihasilkan di Terengganu, Kelantan, Patani dan Utara Semenanjung Malaysia.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.