Laluan Seremban
Laluan Seremban لالوان سرمبن | |||
---|---|---|---|
1![]() ![]() | |||
![]() Set tren KTM Kelas 92 di Persimpangan Bangsar kearah KD19 Pelabuhan Klang | |||
Umum | |||
Jenis | Kereta api komuter | ||
Sistem | KTM Komuter | ||
Status | Beroperasi | ||
Lokasi | Selangor Kuala Lumpur Negeri Sembilan Melaka | ||
Terminal | KC05 Batu Caves KB17 Pulau Sebang/Tampin | ||
Stesen | 26 (setakat tahun 2022) | ||
Perkhidmatan | Batu Caves - Pulau Sebang/Tampin | ||
Nombor laluan | 1 (biru) | ||
Laman sesawang | www | ||
Operasi | |||
Dibuka | Ogos 14, 1995 | ||
Pemilik | Keretapi Tanah Melayu | ||
Pengendali | Keretapi Tanah Melayu | ||
Ciri | Pada gred | ||
Depot | Sentul Seremban | ||
Stok kereta api | KTM Kelas 92 (37 set tren 6-gerabak) KTM Kelas 83 (15 set tren 3-gerabak) KTM Kelas 81 (4 set tren 3-gerabak) | ||
Teknikal | |||
Panjang aliran | 135 km (84 bt) | ||
Tolok landasan | 1,000 mm (3 kaki 3 3⁄8 in) tolok meter | ||
Pengelektrikan | Di atas | ||
Kelajuan operasi | 120 km/j (75 mph) | ||
|
Laluan Seremban ialah salah satu daripada dua perkhidmatan KTM Komuter yang disediakan oleh Keretapi Tanah Melayu. KTM Komuter ialah perkhidmatan kereta api komuter berelektrik yang pertama diperkenalkan pada 1995, berkhidmat terutamanya untuk komuter di Kuala Lumpur dan di kawasan pinggir bandar berhampiran. Jajaran ini merupakan mod pengangkutan popular untuk komuter yang berfungsi di Kuala Lumpur, kerana boleh mengeliling bandar raya tanpa masalah kesesakan lalu lintas. Koc-koc adalah moden dan berpenyaman udara. Untuk yang memandu ke stesen/perhentian kereta api, kemudahan 'Park & Ride' disediakan pada caj nominal.
Stesen-stesen[sunting | sunting sumber]
Kod Stesen | Nama Stesen | Jenis Platform | Stesen Pertukaran/Nota |
KC05 | Batu Caves | Sisi | Terminal Utara. |
KC04 | Taman Wahyu | Sisi | |
KC03 | Kampung Batu | Sisi | Stesen sambungan ke PY13 Laluan Putrajaya. |
KC02 | Batu Kentomen | Sisi | |
KC01 | Sentul | Pulau & Sisi | |
KA04 | Putra | Sisi | Stesen biasa bersama Laluan Pelabuhan Klang. Berjalan jarak 600 meter ke SP4 AG4 PWTC pada LRT Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling. |
KA03 | Bank Negara | Sisi | Pertukaran antara platform ke Laluan Pelabuhan Klang, berjalan jarak 250 meter ke SP6 AG6 Bandaraya pada Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling. |
KA02 | Kuala Lumpur | Pulau & Sisi | Stairless cross-platform interchange ke Laluan Pelabuhan Klang dan berjalan jarak 200 meter ke KJ14 Pasar Seni pada LRT Laluan Kelana Jaya & SBK16 Pasar Seni untuk MRT Laluan Kajang. |
KA01 KS01 | KL Sentral | Pulau | Stesen biasa bersama Laluan Pelabuhan Klang dan Laluan Skypark. Stesen terminal untuk perkhidmatan ulang-alik KL Sentral-Pelabuhan Klang semasa waktu puncak. Pertukaran ke KJ15 KL Sentral untuk LRT Laluan Kelana Jaya, KE01 KLIA Ekspres, KT01 KLIA Transit, 200 meter berjalan kaki ke MR1 KL Monorail & dan 600 meter berjalan kaki ke SBK15 Muzium Negara untuk Laluan Kajang. Bas perantara T819 ke SBK13 Pusat Bandar Damansara untuk Laluan MRT Sungai Buloh–Kajang. |
KB01 | Mid Valley | Sisi | Jambatan sambungan ke KD01 KJ17 Abdullah Hukum untuk KTM Laluan Pelabuhan Klang dan LRT Laluan Kelana Jaya melalui KL Eco City |
KB02 | Seputeh | Sisi | |
KB03 | Salak Selatan | Sisi | |
KB04 | Bandar Tasik Selatan | Sisi | Stesen pertukaran ke:
Bas perantara T410 ke KG26 Taman Connaught untuk MRT Laluan Kajang. |
KB05 | Serdang | Sisi | Bas ke Mines Wellness City, Putrajaya and Cyberjaya. |
KB06 | Kajang | Pulau & Sisi | Stesen pertukaran ke KG35 MRT Laluan Kajang. |
KB06B | Kajang 2 | Sisi | |
KB07 | UKM | Sisi | Bas ulang-alik ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) |
KB08 | Bangi | Pulau & Sisi | |
KB09 | Batang Benar | Sisi | |
KB10 | Nilai | Sisi | Bas ulang-alik ke KLIA & klia2. |
KB11 | Labu | Sisi | |
KB12 | Tiroi | Sisi | |
KB13 | Seremban | Pulau & Sisi | |
KB14 | Senawang | Sisi | |
KB15 | Sungai Gadut | Pulau | Terminal Selatan (waktu puncak sahaja). |
KB16 | Rembau | Pulau | |
KB17 | Pulau Sebang/Tampin | Pulau | Terminal Selatan. |
Peta laluan[sunting | sunting sumber]
- Peta laluan rasmi, mulai 11 Mei 2012 Diarkibkan 2015-02-06 di Wayback Machine
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
- Tapak sesawang rasmi Keretapi Tanah Melayu
- Tapak sesawang rasmi KTM Komuter
- Keretapi.com - Tapak sesawang peminat kereta api Diarkibkan 2009-03-23 di Wayback Machine
- Tapak sesawang Kelab Peminat Keretapi Tanah Melayu
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
Galeri[sunting | sunting sumber]
Bahagian KTM Komuter di KL Sentral
Bahagian dalaman (terubah suai—dengan dinding terpotong terbuka dan bar pegangan tambahan) bagi sebuah EMU Kelas 81 KTM