Tabir Zulaikha

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Tabir Zulaikha
GenreDrama, cinta, konflik, keluarga
Ditulis olehNieza Nahar
PengarahKas Roshan
Dibintangi oleh
Tasha Shilla
Aiman Hakim Ridza
Lagu pembukaan"Mata Kunci Cinta" oleh Aisha Hanim
Lagu penutup"Mata Kunci Cinta" oleh Aisha Hanim
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod18
Penerbitan
Penerbit eksekutifAzlina Sanimin
PenerbitSuriyati Sidek
Tempoh siaran48 minit
Syarikat penerbitan
Creative Skills Solutions
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal28 Januari 2015 – 26 Mac 2015
Kronologi
MengikutiZahira
Diikuti olehBencinta

Tabir Zulaikha merupakan sebuah siri drama romantik Malaysia 2015 arahan Kas Roshan terbitan Creative Skill Solutions, dibintangi oleh Tasha Shilla dan Aiman Hakim Ridza. Siri ini disiarkan di Slot Samarinda TV3 dari 28 Januari hingga 26 Mac 2015 menggantikan Zahira.[1][2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Zulaikha membesar menjadi seorang gadis yang cantik, bijak dan berpegang teguh kepada pendiriannya. Zulaikha juga berbakat dalam memain biola. Feroz cemburu melihat keakraban Zulaikha dan Adami. Dia berniat mahu menyingkirkan Zulaikha kerana sejak kecil, Datuk Aziz lebih sayangkan Zulaikha berbanding dirinya, walaupun dia anak Wan Rozita, isteri Datuk Aziz sendiri.

Zulaikha semakin sayang kepada Adami dan membuat keputusan untuk meluahkan rasa hatinya. Zulaikha terkejut apabila ibu bapanya telah menyampaikan wasiat Datin Wan Rozita supaya mengahwinkan Zulaikha dengan Datuk Aziz. Zamrin dan Musalmah merayu Zulaikha agar menerima Datuk Aziz sebagai suaminya kerana itu ialah cara terbaik untuk membalas budi mereka. Akhirnya, Zulaikha bersetuju selepas Adami Akhil berbohong bahawa dia tidak pernah mencintai Zulaikha.

Datuk Aziz sedar bahawa Zulaikha tidak rela dan tidak mencintainya. Walaupun begitu, Datuk Aziz tetap menjaga Zulaikha dengan penuh kasih sayang dan telah mewasiatkan semua harta dan syarikatnya kepada Zulaikha. Tindakan Datuk Aziz mengundang kemarahan Feroz kerana dia rasa Zulaikha telah merampas haknya. Jadi, Feroz telah mengupah Ammar (Shah Jaszle) untuk memerangkap Zulaikha.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Tabir Zulaikha diarahkan oleh Kas Roshan dan diterbitkan oleh Suriyati Sidek untuk Creative Skill Solutions. Drama ini memerlukan Tasha Shilla mempelajari bermain biola. Penggambaran dijalankan selama dua bulan, di sekitar Kuala Lumpur, Bangi, Kajang dan Pahang, Ketika sesi penggambaran dijalankan, Tasha berdepan dengan kontroversi berkaitan isu pengiring VIP.[3][4]

Muzik dan runut bunyi[sunting | sunting sumber]

No. TajukArtis Masa
1. "Mata Kunci Cinta"  Aisha Hanim 4:25
2. "Selagi Nafas"  Kamal Hamidi 3:51
3. "Cinta Jangan Pergi"  Bimasakti 4:33
4. "Cinta Awangan"  Aiman & Friends 3:02
5. "Pasti Sempurna"  Kristal ft. Ronnie Hyper Act 3:42
6. "Aku"  Najwa Latif 3:36

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Drama Bersiri TABIR ZULAIKHA Lakonan Tasha Shilla". Sensasi Selebriti. 12 Februari 2015. Dicapai 29 Disember 2015. 
  2. ^ Syanty Octavia Amry (17 Februari 2015). "Tabir Zulaikha: Kisah cinta dan dendam". Harian Metro. Dicapai 29 Disember 2015. 
  3. ^ Aqmar Mustaza (12 Mac 2015). "Tabir Zulaikha cabar kemampuan pengarah". Sinar Harian. Dicapai 29 Disember 2015. 
  4. ^ "Drama Tabir Zulaikha lakonan Tasha Shilla dan Aiman Hakim Ridza". Hye Bro!. 12 Mac 2015. Dicapai 29 Disember 2015. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

: Samarinda, Isnin - Rabu 10:00 Malam
Sebelumnya Tabir Zulaikha Berikutnya
Zahira Bencinta