Nas Adila

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Nas Adila
Nama lahirNas Adila binti Mohd. Dan
Kelahiran (1986-09-20) 20 September 1986 (umur 35)
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Berasal dariKuala Lumpur
Genre
  • Etnik Kreatif
  • Balada
  • Pop
  • Pop Dance
PekerjaanPenyanyi, pelakon, pengacara
InstrumenVokal
Tahun aktif2004–kini

Nas Adila Mohd. Dan (lahir 20 September 1986) merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Beliau juga merupakan antara 14 orang pelajar yang terpilih untuk menyertai Akademi Fantasia Musim 7 pada tahun 2009.[1]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Adila pernah bertunangan dengan seorang jejaka berkerabat diraja Kedah bernama Putera Megat Azizul Azree Datuk Baharin pada 2008, namun pertunangan tersebut berakhir pada 2009 diatas sebab-sebab peribadi. Sekitar tahun 2010, Adila mula dikhabarkan sudah menemui pengganti apabila beliau mulai rapat dengan seorang lagi bekas bintang kelahiran Akademi Fantasia Musim 6, iaitu Aliff Razali. Setelah hampir lima tahun bercinta, mereka akhirnya berkahwin pada 12 Disember 2015 dan kini dikurniakan dua cahaya mata.[2]

Kerjaya muzik[sunting | sunting sumber]

Kerjaya Adila bermula dengan menjadi penyanyi etnik kreatif setelah beliau merakamkan tiga album rakaman yang berjudul Kekasih Kerinduan, Istana Janji dan Cinta. Namun kesemua album tersebut gagal menaikkan namanya sebagai penyanyi baru pada ketika itu.

Pada awal 2009, Adila kemudian membuat keputusan untuk menyertai Akademi Fantasia Musim 7 dengan harapan namanya bakal kembali menyinar. Namun perjuangan beliau terhenti apabila telah tersingkir di konsert minggu kedua menjadikan beliau merupakan pelajar pertama yang tersingkir dalam musim ketujuh program realiti popular tersebut.[3]

Pada tahun 2010, Adila kemudian menerbitkan album mini yang berjudul Bidadari Syurga dimana sewaktu pelancaran album tersebut beliau muncul dengan imej baru yang serba hitam.[4] Perubahan imej tersebut adalah disebabkan beliau ingin menukarkan imej lama dirinya yang sebelum ini dikenali sebagai penyanyi etnik kreatif kepada penyanyi bergenre pop dance sebagai mengikuti peredaran perubahan genre muzik zaman sekarang. Beliau juga sanggup belajar menari dengan mengikuti kelas tarian dibawah bimbingan Linda Jasmine, iaitu bekas guru tari program realiti Akademi Fantasia demi menjayakan pelancaran album mini tersebut. Beberapa bulan selepas album tersebut dilancarkan, beliau kemudian berangkat ke negara jiran, iaitu Indonesia bagi menjalani proses penggambaran muzik video untuk single Bidadari Syurga. Beliau telah memilih dan menggunakan khidmat pelakon terkenal kelahiran Malaysia yang mencipta nama di negara jiran tersebut, Keith Foo sebagai model lelaki dalam muzik video tersebut.[5]

Akademi Fantasia 7[sunting | sunting sumber]

Konsert Lagu & penyanyi asal Ked.
Minggu 1 "Di Bawah Pohon Asmara" nyanyian Jaclyn Victor 13
Minggu 2 "Merawat Luka Terpendam" nyanyian Liza Hanim / "Asyik" nyanyian Amelina Tersingkir

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Teater[sunting | sunting sumber]

  • Kita (2010)

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

EP[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Lagu Album
2004 "Kekasih Kerinduan" Kekasih Kerinduan
"Disebut Jangan Dikenang Jangan"
2005 "Endang Ya Maulai"
"Seri Sedili"
2006 "Istana Janji" Istana Janji
"Akademi Cinta"
2008 "Cinta Kita" Cinta
2009 "I Love You" Bidadari Syurga
2010 "Bidadari Syurga"
2011 "Maaf"

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Budiey (Admin) (8 Mac 2009).[1] Budiey (Admin). Dicapai pada 8 Mac 2009.
  2. ^ Amri Hassan (31 Julai 2018).Hamil dua bulan, Nas Adila dan Aliff Razali bakal timang cahaya mata kedua Astro Gempak. Dicapai pada 31 Julai 2018.
  3. ^ Ehfan Shah (29 Mac 2009). [2] mStar Online. Dicapai pada 29 Mac 2009.
  4. ^ Budiey (Admin) (28 Januari 2010).[3] Sensasi Selebriti. Dicapai pada 28 Januari 2010.
  5. ^ Budiey (Admin) (23 Mac 2010). [4] Sensasi Selebriti. Dicapai pada 23 Mac 2010.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]