Tunku Najihah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin
Tuanku Najihah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin | ||
---|---|---|
![]() | ||
Raja Permaisuri Agong X | ||
26 April 1994 - 25 April 1999 | ||
Pertabalan | 22 September 1994 | |
Negeri | Negeri Sembilan | |
Pendahulu | Tuanku Bainun | |
Pengganti | Tuanku Siti Aishah | |
Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan | ||
18 April 1967 – 27 Disember 2008 | ||
Pertabalan | 8 April 1968 | |
Pendahulu | Tunku Ampuan Durah | |
Pengganti | Tengku Aishah Rohani | |
Yang di-Pertuan Besar | Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman | |
Kelahiran | 1 September 1923 (Umur 99) | |
Seri Menanti, Negeri Sembilan |
![]() |
Daripada keturunan leluhur Yamtuan Radin ibni Raja Lenggang. |
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 |
Tuanku Najihah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin (dilahirkan pada Seri Menanti, Negeri Sembilan) merupakan Raja Permaisuri Agong ke-10 dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan. Baginda memperolehi pendidikan formal di Sekolah Tuanku Muhammad di Kuala Pilah. Kemudiannya, baginda mengikuti kursus bahasa dan program latihan khas untuk isteri diplomat semasa Seri Paduka Baginda Tuanku Ja'afar menjalani kursus khas Perkhidmatan Diplomatik di London.
1 September 1923 diBaginda ialah bekas pelajar di London School of Oriental Studies dan menjadi jawatankuasa "Associated Country of the World". Baginda juga menjadi Penaung berbagai-bagai pertubuhan wanita, antaranya Pertubuhan Pandu Puteri Negeri Sembilan, Lembaga Kebajikan Perempuan Islam dan Institut Wanita. Sebagai seorang ahli sukan yang gigih, Seri Paduka Baginda Tuanku Najihah handal bermain hoki, bola keranjang dan badminton dan baginda juga handal bermain golf, tenis dan menembak. Baginda menjadi Presiden Pasukan Badminton Tuanku Ampuan dan Penaung Pasukan Hoki Wanita Malaysia, Pasukan Bola Sepak Wanita Malaysia, Pasukan Golf Wanita Malaysia dan juga Penaung Persatuan Golf Wanita Malaysia.
Derma kurnia Seri Paduka Baginda terhadap kebajikan rakyat miskin, orang kurang upaya dan yang kurang bernasib baik memang sudah terbukti. Baginda sentiasa bersedia meluangkan masa demi menyokong sebarang usaha yang murni. Sebagai Penaung Rumah Kanak-kanak Tunku Ampuan Najihah di Temiang, baginda sentiasa memberikan perhatian khas terhadap penghuninya yang kurang upaya dan kurang bernasib baik.
Melukis ialah salah satu kegemaran Seri Paduka Baginda. Kaum kerabat Diraja yang lain juga gemar melukis kerana seni ini merangsang kreativiti, menanam sifat kesabaran, ketenangan dan penghargaan terhadap sesuatu yang indah.
Pasangan Diraja ini dianugerahkan dengan tiga putera dan tiga puteri. Puteri yang sulung ialah YAM Tunku Dara Tunku Naquiah, YAM Tunku Laksamana Tunku Naquiyuddin, YAM Tunku Muda Serting Tunku Imran, YAM Tunku Puteri Tunku Jawahir, YAM Tengku Puan Panglima Raja Selangor Tunku Irinah dan putera bongsu ialah YAM Tunku Panglima Besar Tunku Nadzaruddin.