Tuntutan Sabah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
  Wilayah Kesultanan Sulu selepas Perjanjian 1878 - Dari Sungai Pandassan di Barat Laut sehingga ke Sungai Sibuku di selatan.[1]

Pertikaian terhadap Sabah, tuntutan terhadap Borneo Utara atau Tuntutan Sabah merujuk kepada tuntutan ke atas bahagian timur laut Sabah di Malaysia oleh Filipina. Sabah sebelum ini dikenali sebagai Borneo Utara sebelum pembentukan Persekutuan Malaysia pada 1963. Filipina menyatakan bahawa Sabah adalah sebahagian daripada negara Filipina kerana ia adalah jajahan Kesultanan Sulu, yang kemudiannya dijajah oleh British pada kurun ke-19. Walau bagaimanapun, pertikaian terhadap Sabah dilihat semakin sepi dan tidak dibangkitkan secara serius oleh kerajaan Filipina lagi.

Protokol Madrid 1885[sunting | sunting sumber]

Ketika penguasaan Sepanyol di seluruh Filipina, Sultan Sulu telah dipaksa untuk menandatangani sebuah dokumen, yang mana mengikut dokumen tersebut semua harta di Palawan dan Sulu (tetapi tidak di Borneo Utara) telah berada di bawah kekuasaan Sepanyol. Pada tahun 1885, Sepanyol telah menandatangani Protokol Madrid bersama United Kingdom dan disaksikan oleh Jerman bagi melepaskan kesemua tuntutannya ke atas bahagian utara Pulau Kalimantan yang memihak pada Great Britain.

Pencerobohan Pantai Timur Sabah[sunting | sunting sumber]

Pada 11 Februari 2013, telah berlaku satu pencerobohan di bahagian timur Sabah oleh kumpulan yang mendakwa diri mereka sebagai pengikut Jamalul Kiram III. Kehadiran mereka adalah disebabkan ingin menuntut pengiktirafan kedaulatan ke atas Sabah dan hak untuk selama-lamanya tinggal di negeri ini.[2] Namun, perlakuan ini telah ditentang sekeras-kerasnya oleh kerajaan Filipina.[3]

Perselisihan diplomatik[sunting | sunting sumber]

Pada 27 Julai 2020, Setiausaha Luar Filipina Teodoro Locsin Jr. menulis ciapan tweet yang dibalas dari Kedutaan AS di Manila mengatakan bahawa Sabah bukan berada dalam Malaysia. Menteri Luar Hishammuddin Hussein membalas tweet Locsin sebagai kenyataan tidak berasas yang boleh menjejaskan hubungan dua hala, dan pada 30 Julai 2020 menyaman kedutaan Filipina. Locsin kemudian menyaman kedutaan Malaysia.[4]

Selain itu, bekas Ketua Menteri Sabah Musa Aman, meminta Filipina untuk menarik balik pendirian untuk menuntut Sabah, dan berhenti membuat kenyataan 'basi' untuk tujuan politik dalaman. Bekas Menteri Luar, Anifah Aman, yang juga berasal dari Sabah, mengkritik Locsin atas kenyataannya.[5]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "British North Borneo company charter (page 4)". OpenLibrary.org. 1878. Dicapai pada 16 Mac 2013.
  2. ^ "Battle for control of Kampung Tanduo". Al Jazeera English. 25 Februari 2013. Dicapai pada 1 Mac 2013.
  3. ^ "Malaysia stand-off with Philippine group". BBC News Online. 15 Februari 2013. Dicapai pada 19 Februari 2013.
  4. ^ "Malaysia, Philippines in war of words over Sabah claim". Al Jazeera English. July 30, 2020. Dicapai pada August 2, 2020.
  5. ^ "Ex-chief minister Musa Aman slams Philippines over Sabah claim". The Straits Times. Aug 1, 2020. Dicapai pada August 2, 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]