Wikipedia Bahasa Breton
Wikipedia Bahasa Breton | |
---|---|
Maklumat umum | |
URL | http://br.wikipedia.org/ |
Jenis | Projek ensiklopedia internet |
Tersedia dalam | Breton |
Ditubuhkan | 2004 |
Pengurusan dan pentadbiran | |
Pemilik | Yayasan Wikimedia |
Kandungan dan sokongan | |
Keluaran | Ensiklopedia internet |
Komersial | Tidak |
Pendaftaran | Pilihan |
Pengguna | 34,786 |
Dilancarkan pada | Jun 2004 |
Lesen | Atribusi-Perkongsian Serupa 3.0 Tidak Mudah Alih Creative Commons dan Lesen Dokumentasi Bebas GNU |
Lokasi | |
Ibu pejabat | Miami, Florida |
sunting · sunting di Wikidata |
Wikipedia Bahasa Breton (Bahasa Breton: Wikipedia e brezhoneg) adalah Wikipedia versi bahasa Breton, yang dikendalikan oleh Yayasan Wikimedia. Ia ditubuhkan pada bulan Jun 2004; Pada bulan Ogos 2008 ia mempunyai lebih dari 20,000 artikel, menjadikannya Wikipedia terbesar ke-56 berdasarkan jumlah artikel. Mencapai 30,000 rencana[1] tonggak pada 25 Oktober 2009 menduduki tempat ke-51 daripada 250 bahasa Wikipedia; Pada bulan Februari 2010 ia memiliki lebih dari 31.000 artikel, menjadikannya Wikipedia ke-52 terbesar berdasarkan jumlah artikel dan pada bulan April 2011 ia mempunyai lebih dari 37,000 artikel, menjadikannya Wikipedia ke-52 terbesar berdasarkan jumlah artikel. Pada bulan Julai 2014 ensiklopedia mencapai 50,000 rencana, menjadi Wikipedia ke-71 terbesar berdasarkan jumlah rencana.
Pada 1 Januari 2017, ia mempunyai lebih dari 60,000 rencana, menjadikannya Wikipedia ke-73 terbesar berdasarkan jumlah rencana. Ia juga merupakan edisi Wikipedia kedua terbesar dalam bahasa Celtic, selepas Wikipedia Bahasa Wales tetapi lebih awal daripada Wikipedia Bahasa Ireland (walaupun bahasa itu mempunyai lebih banyak penutur).
Rencana ditulis dalam ortografi Peurunvan. Beberapa pelajar dari sekolah Diwan menyumbangkan jasa[2] dalam menubuhkan kelab ahli Wikipedia.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Les secrets de Wikipedia en breton (dalam bahasa Perancis)
- ^ La version en breton de Wikipedia a atteint 30 000 articles (dalam bahasa Perancis)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikipedia Wikipedia Bahasa Breton, ensiklopedia bebas |
- statistik wk.br (dalam bahasa Inggeris)
- statistik Edits Reverts (dalam bahasa Inggeris)
- Statistik untuk Wikipedia Bahasa Breton oleh Erik Zachte (dalam bahasa Inggeris)