Ying

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ying
Watak BoBoiBoy
Kemunculan pertama BoBoiBoy Musim 1, Episod 1 (2011)
Kemunculan terakhir Akan diumumkan...
Disuarakan oleh Yap Ee Jean (Bahasa Melayu)
Chan Su Ling (Bahasa Inggeris Disney Channel dan YouTube)
Jessy Milianty (Bahasa Indonesia)
Informasi
Nama panggilanYing
Ah Meng (BoBoiBoy Petir/BoBoiBoy Halilintar)
GelaranYing
SpesiesManusia
JantinaPerempuan
PekerjaanWira
Pelajar di Sekolah Rendah Pulau Rintis
Lans Koperal dalam TAPOPS
KeluargaAunty Yang (Ibu)
Nenek Ying
AgamaCina
KewarganegaraanMalaysia Malaysia

Ying adalah seorang gadis ceria yang juga merupakan kawan karib kepada Yaya. Mereka sentiasa bersaing dalam setiap aspek tetapi tidak menjejaskan persahabatan mereka. Ying mempunyai kuasa untuk memanipulasi masa dan membolehkannya untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dengan pantas.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

BoBoiBoy[sunting | sunting sumber]

Musim 1[sunting | sunting sumber]

Ying ialah kawan baik kepada Yaya. Pada mulanya, Ying adalah seorang yang pemalu, tetapi apabila dia bersin dia akan menjadi seorang yang sangat ceria. Setelah Ying diberikan Jam Kuasa oleh Ochobot, dia mendapat kuasa larian kilat dan dengan kuasa ini, Ying boleh berlari ke serata dunia dalam sekelip mata tanpa berasa penat. Ini juga membuatkan musuh-musuh jahat susah untuk menangkap Ying.

Musim 2[sunting | sunting sumber]

Di Sekolah Rendah Pulau Rintis, Ying merupakan saingan kuat kepada Yaya apabila tiba waktu ujian, membuatkan mereka bersaing untuk mendapatkan nombor pertama. Walau bagaimanapun, mereka tetap saling menghormati antara satu sama lain dan masih mengekalkan persahabatan erat mereka.

BoBoiBoy: The Movie[sunting | sunting sumber]

Ochobot telah diculik oleh pasukan Tengkotak dengan tujuan menggunakannya untuk mencari Klamkabot, sebuah Sfera Kuasa purba dan berkuasa yang menyembunyikan diri di Bumi. Ying bersama kawan-kawannya telah berlumba dengan masa untuk menyelamatkan Ochobot dan pada masa yang sama mendedahkan rahsia di sebalik misteri Sfera Kuasa.

BoBoiBoy Galaxy[sunting | sunting sumber]

Tiga tahun telah berlalu sejak peristiwa yang telah berlaku dalam filem, Ying kembali ke Pulau Rintis bersama Yaya selepas pergi melancong. Kemudian mereka dilantik oleh Cici Ko menjadi Lans Koperal dalam pasukan TAPOPS untuk membantu ahli-ahli lain mencari dan melindungi Power-Power Sphera yang bertaburan di seluruh galaksi, Ying dan yang lain mengembara di galaksi dan tidak dibenarkan untuk berada di Bumi buat sementara waktu.

Kuasa[sunting | sunting sumber]

Templat:Stat

Kuasa Manipulasi Masa[sunting | sunting sumber]

Disebabkan Ochobot kehilangan sebahagian daripada ingatannya, kuasa Ying pada mulanya dianggap sebagai larian kilat, tetapi kemudiannya dia mendapat tahu bahawa kuasa dia sebenarnya adalah Kuasa Manipulasi Masa. Dengan kuasa ini, dia boleh membuatkan masa di persekitarannya menjadi perlahan ataupun laju. Ying tidak boleh menggunakan kuasanya dalam jangka masa yang lama dan jamnya akan menunjukkan jangka masa semasa dia menggunakan kuasa perlahankan masa. Dalam BoBoiBoy, Ying akan kehilangan kuasanya dan juga keberaniannya apabila dia bersin dan dia perlu bersin semula untuk mendapatkan kuasanya semula sebelum Ying mampu mengatasinya.

Dalam BoBoiBoy: The Movie, Ying telah menerima peningkatan ke tahap kedua bagi kuasanya. Peningkatan kuasa ini membolehkan dia mengulang semula sesuatu peristiwa yang telah lepas. Sebagai contoh, apabila ada rakannya yang berada di dalam kesusahan dan tidak sempat menyelamatkannya, Ying boleh mengulang semula masa sebelum insiden itu berlaku dan Ying boleh memberi amaran awal sebelum perkara itu terjadi. Ying juga boleh menyerang musuhnya berulang-ulang kali semasa menggunakan kuasanya itu.

BoBoiBoy
Tahap 1
  • Larian Laju: Ying menggunakan kuasanya untuk berlari dalam kelajuan normal sambil memperlahankan masa di persekitarannya.
  • Seribu Tendangan Laju/Tendangan Laju/Tendangan Seribu Laju: Ying menyerang musuhnya dengan melompat di atasnya ssecara berulang-ulang dan bertubi-tubi.
  • Seribu Cakaran Laju: Ying mencakar musuhnya dengan lebih pantas secara berulang kali. Pertama kali digunakan dalam Musim 1, Episod 13, tetapi tidak terlihat.
  • Cakaran Laju: Serangan yang digunakan terhadap Raksasa Tidur dengan mencakarnya.
  • Perlahankan Masa/Kuasa Perlahankan Masa: Kuasa yang digunakan untuk memperlahankan masa Dan memperlahankan pengerakan musuh.
  • Tulisan Laju: Ying menggunakannya semasa dia menjawab ujian untuk bertulis dengan sangat laju sehingga dapat membakar kertas ujiannya apabila yaya marsh sehingga yaya mengaktifkan kuasa gravitinya.
  • Kuasa Kelajuan Masa/Kelajuan Masa: Kuasa yang digunakan untuk melajukan pergerakan.
  • Kelajuan Maksima/Kuasa Maksima: Kuasa yang digunakan untuk mengemas kelas dengan kelajuan tinggi.
  • Kayuhan Laju: Menggunakan kekuatan dan kelajuan kakinya membolehkan dia untuk mengayuh sampan dengan laju. Pertama kali digunakan dalam BoBoiBoy: The Movie.
  • Bebola Masa: Ying menghasilkan bebola gergasi untuk mengurung musuhnya dan masa di dalamnya menjadi perlahan sekaligus membatalkan segala serangan yang cuba dibuat oleh musuh. Pertama kali digunakan dalam BoBoiBoy: The Movie.
Tahap 2
  • Kuasa Ulangan Masa: Setelah mendapat tingkatan kuasa daripada Ochobot, Ying mampu mengundurkan masa ke belakang dan apabila musuh diserang dan Ying menggunakan kebolehannya. Kuasa Ying juga mempengaruhi masa dunia sebenar walaupun dia menggunakan kebolehannya berulang-ulang kali tetapi tidak akan mengubah masa sebenar.
Kuasa Kombo
  • Gerakan Kombo Y & Y: Gerakan kombo yang dilakukan bersama Yaya yang dimulakan dengan Kuasa Graviti Pemberat ke atas tanah sambil Ying menggunakan Larian Laju pada pusat kuasa Yaya untuk mengumpulkan tenaga, kemudian Yaya melepaskan Ying dengan Serangan Kombo Laju dan Padu kemudian diakhiri dengan Ying menerjah musuh berulang-ulang kali.
  • Serangan Kombo Y & Y: Serangan kombo yang dilakukan bersama Yaya yang dimulakan oleh Ying yang memusingkan Yaya dengan Pusingan Laju-laju yang melancarkan Yaya ke arah musuh dengan kelajuan yang sangat laju, diikuti oleh Yaya menumbuk musuh dengan Tumbukan Super Sonik dan Ying menerjah musuh dengan Tendangan Seribu Laju.
    • Pusingan Laju-laju: Digunakan untuk melancarkan Yaya ke arah musuh dengan kelajuan yang sangat laju.
BoBoiBoy Galaxy
  • Kuasa Slow-Mo: Membolehkan Ying memperlahankan kelajuan, sama ada untuk mengelak daripada serangan musuh, ataupun menghalang musuh daripada menyerang rakannya yang lain.
  • Larian Laju: Ying berlari dengan pantas sambil memperlahankan masa di persekitarannya apabila ying menggunakan mass ITU.
  • Seribu Tendangan Laju: Ying menendang musuhnya dengan melompat di atasnya ssecara berulang-ulang dan bertubi-tubi.
  • Kenderaan - Mini Skuter: Sebuah kenderaan istimewa yang diberikan oleh MotoBot yang menyerupai mini skuter.
    • Pecutan Laju: Ying menggunakan kenderaannya untuk memecut dengan pantas.
    • Kuasa Slow-Mo: Dengan mengadaptasi kuasanya dengan kenderaannya, Ying memperlahankan kelajuan di angkasa untuk menyerang musuh.
  • Jawapan Laju: Ying menggunakan kuasa masanya untuk menulis jawapan dengan laju dalam Ujian Kental. Kuasa ini hampir sama dengan kuasa lamanya, Tulisan Laju.
  • Lompatan Laju: Dengan kuasanya, Ying melepasi sungai lava dengan lompatan yang pantas.
  • Tendangan Laju: Teknik tendangan pantas ke arah musuh. Ia merupakan antara kuasa yang sering digunakan, kadang-kadang diserang bersama kuasa Yaya.
  • Seribu Serangan Laju: Kuasa ini digunakan dalam BoBoiBoy Galaxy: Kemunculan Lagenda.
  • Pukulan Laju: Ying menggunakan kuasanya untuk menampar bola dengan laju di udara.
  • Simbahan Gayung Laju: Ying berlari dengan pantas untuk mengisi air di dalam gayung dan terus menyimbah ke tubuh badan Roktaroka.
  • Momentum Tendangan Laju: Setelah Yaya mencampakkan batu-batu di hadapan, Ying mengumpulkan kuasanya di kaki lalu menendang batu-batu itu ke arah musuh dengan pantas.
  • Serangan Laju: mungkin menyerang musuh dengan pantas.
  • Seribu Balingan Salji: Ying melontarkan beberapa bola salji terhadap Mawas Ais dalam Lawak Kampus x BoBoiBoy Galaxy.
  • Putaran Laju: Ying memutarkan kayu stik untuk membuat api dalam Lawak Kampus x BoBoiBoy Galaxy.
  • Kelajuan Maksima: Ying membantu Anthony untuk membuat taufan lebih tinggi dan meretakkan ais untuk mendapatkan panel heksagon dalam Lawak Kampus x BoBoiBoy Galaxy.

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

  • Sut Lanun: Ying memakai pakaian pencuci kapal angkasa lanun untuk menyertai operasi penyamaran Kapten Kaizo di Koloni Lanun Angkasa.

Rupa[sunting | sunting sumber]

Fail:Ying.png
Ying dalam BoBoiBoy: The Movie.

Ying memakai cermin mata yang berkanta bulat dan berbingkai biru. Dia memakai topi bulu berwarna kuning yang dihiasi dengan sebiji lencana bulat yang bergambar watak raksasa hijau dan Yaya di atas kepalanya dan latar belakang merah jambu. Dia memakai baju berlengan panjang yang berjalur biru, kuning dan putih, beralas anak baju yang separuh kuning dan separuh jingga di bawah dan tepi berbiru tua.

Dalam musim pertama, dia memakai seluar biru yang menutupi lututnya, dan kasut sukan berwarna kuning. Ying juga bercermin mata yang berwarna biru. Apabila dia bersin dan hilang kuasa, cermin matanya akan jatuh pada matanya, tetapi apabila dia bersin dan memulihkan kuasanya semula, cermin matanya akan naik ke atas topi (hanya berlaku dalam musim pertama).

Dalam musim kedua, rambut Ying mula memanjang. Dia juga memakai dua pin pada topinya.

Dalam musim ketiga, rambut Ying dipanjangkan lagi, poligon Ying bertambah dan ada sedikit perubahan pada seluar Ying.

Dalam BoBoiBoy Galaxy, Ying memakai baju berwarna kuning dengan jalur biru dan putih yang mendatar di kedua-dua lengannya yang panjang, berseluar jeans berwarna biru gelap dan berkasut kelabu dan kuning. Topinya kini berwarna kuning dan biru muda dengan dua biji lencana bulat.

Perwatakan[sunting | sunting sumber]

Ying adalah seorang yang pemalu tetapi setelah mendapat kuasa, dia menjadi seorang yang berani. Dia seorang yang sangat pandai di kalangan rakan-rakannya disebabkan kelebihan dia yang boleh membaca dan mempelajari sesuatu dengan pantas, sehinggakan dia dapat melompat kelas. Sebenarnya, Ying muda setahun daripada rakan-rakannya yang lain. Oleh sebab itu, dia berada di kelas 5 Jujur, iaitu kelas murid berumur 11 tahun. Dia juga seorang yang berusaha bersungguh-sungguh dalam bidang perlawanan dan peperiksaan, terutamanya dengan pesaing ketat peperiksaannya iaitu kawan baiknya, Yaya.

Dalam musim pertama, dia suka membuat usikan membuat panggilan telefon lalu muncul di depan penerima panggilan, walaupun sebelum menerima kuasanya (dengan menggunakan telefon bimbit). Ini semakin mudah setelah Ying menerima kuasanya, kerana dia tidak perlu dekat dengan penerima panggilan untuk memulakan usikan.

Walaupun perwatakannya sentiasa bertukar-tukar, namun dia tetap fokus dalam setiap perlawanan dan pertarungan. Dia akan berusaha untuk membantu kawan-kawannya yang berada dalam kesusahan. Jika ada serangan musuh yang laju, Ying adalah orang pertama yang akan mendapatkan kawan-kawannya yang tidak sempat mengelak.

Semasa dia terkena Pistol Emosi Y, dia berubah menjadi orang penakut dan juga pengecut. Kerana itu, dia mempunyai tabiat bersembunyi sendiri dengan daun besarnya.

Semasa dia dipengaruhi oleh EmotiBot, dia, bersama dengan Yaya, berubah menjadi orang yang suka menari sambil memberikan saran kepada BoBoiBoy dan kawan-kawan.

Hubungan[sunting | sunting sumber]

Templat:Hubungan

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Ying adalah orang termuda dalam geng BoBoiBoy.
  • Dalam surat peminat, genre kegemaran Ying dikatakan fantasi.
  • Dia berkaum Cina, orang yang menyuarakannya adalah berkaum Cina juga.
  • Pengembaraan adalah hobinya, selain mengumpul setem dan bermain permainan video seperti yang dinyatakan dalam siri BoBoiBoy.
  • Ying sangat suka main permainan video. Permainan video kegemaran Ying ialah Papa Zola 5: Kebenaran di Lorong Kegelapan. Namun begitu, Ying hanya main permainan video ini selama 30 minit sehari sahaja.
  • Ying ialah seorang yang sangat pandai sehinggakan dia dapat melompat kelas yang setahun lebih tua darinya.
  • Ying adalah seorang yang pantang tentang hal peperiksaan. Setiap kali tiba masa peperiksaan, Ying akan bersaing dengan kawan baiknya sendiri, iaitu Yaya. Hari peperiksaan adalah satu-satunya hari di mana mereka akan bermusuhan.
  • Menurut surat peminat, Ying dan Fang memakai cermin mata adalah kerana ia nampak menarik, bukan disebabkan oleh mereka rabun jauh.
  • Makanan kegemaran Ying adalah tosai manakala minuman kegemarannya adalah teh.
  • Ying menjadi watak pertama di kalangan rakan-rakannya yang warna matanya berubah sepanjang siri. Pada asalnya, dia mempunyai mata yang berwarna perang, dan kemudian berubah menjadi warna biru. Watak yang kedua ialah Fang.
  • Ying mendapatkan peringkat ke-8 dalam BoBoiBoy: Watak-Watak Terkuat.
  • Menurut BoBoiBoy Galaxy, dia berasa jijik terhadap labah-labah.
  • Dalam BoBoiBoy Galaxy Musim 1, Episod 13, garis besar kasutnya bersinar apabila dia akan menggunakan kuasanya.
  • Kelemahan Ying ialah dia akan bersin sehingga dia akan kehilangan kuasanya.
    • Walau bagaimanapun dalam surat peminat di Majalah Komik BoBoiBoy Isu #75, dia berlatih untuk menghilangkan kelemahannya dalam tempoh masa yang sama.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Video[sunting | sunting sumber]

BoBoiBoy Reborn[sunting | sunting sumber]

Monsta Keren[sunting | sunting sumber]

Monsta[sunting | sunting sumber]