BoBoiBoy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
BoBoiBoy
Logo boboiboy.png
Genre Pengembaraan, Komedi,Adiwira
Format Animasi CGI
Pelakon suara Nur Fathiah Diaz
Nur Sarah Alisya
Yap Ee Jean
Dzubir Mohammed Zakaria
Wong Wai Kay
Anas Abdul Aziz
Nizam Razak
Komposer lagu tema Yuri Wong
Jonathan Lee[1]
Lagu pembukaan "BoBoiBoy, Superhero Kita!", "Jagalah Bumi" (Musim 3, Episod 19 sahaja)
Lagu penutup "Bersedia" (sehingga Musim 3, Episod 19), "Jagalah Bumi" (Musim 3, Episod 20 hingga Episod 26)
Negara asal Malaysia
Bahasa Inggeris
Malaysia
Bilangan musim 3
Bilangan episod 52 (Senarai episod)
Penerbitan
Tempoh siaran 30 minit perkiraan (Musim 1)
21 minit (Musim 2)
21 minit (Musim 3)
Syarikat penerbitan Animonsta Studios
Syarikat pengedaran Media Prima
Penyiaran
Saluran asal TV3
Siaran asal 13 Mac 2011 – 11 Jun 2016
Diikuti oleh BoBoiBoy Galaxy
Pautan luar
Tapak sesawang rasmi
Tapak sesawang penerbitan Animonsta Studios
Animasi dan komik di Malaysia

BoBoiBoy ialah sebuah siri animasi Malaysia yang diterbitkan oleh Animonsta Studios. Ia berkisarkan kisah seorang adiwira kanak-kanak yang berkuasa super dan mampu berpecah menjadi tiga, bersama rakan-rakannya melindungi Bumi daripada ancaman makhluk asing yang ingin menakluki Bumi demi memburu koko.

Siri BoBoiBoy diterbitkan dalam format gambar HDTV[2]. Musim pertamanya bersiaran di TV3 mulai 13 Mac hingga 25 Disember 2011, dan Disney Channel Asia mulai 18 Jun 2011.[3] Musim kedua pula bersiaran di TV3 mulai 27 Mei 2012. Seperti Musim Pertama, musim ini juga akan terdiri daripada 26 episod.[4] Musim Ketiga pula mula bersiaran pada 5 Januari 2014 dan telah bersiaran sehingga episod 26.

Kisah[sunting | sunting sumber]

Musim pertama (2011)[sunting | sunting sumber]

Poster promosi BoBoiBoy

Kisah bermula apabila BoBoiBoy datang untuk bercuti di Pulau Rintis dengan tujuan asal untuk membantu datuknya Tok Aba menjaga kedai kokonya. Di situlah dia mula-mula bertembung dengan Adu Du dan konco-konconya Probe dan Komputer yang datang ke Bumi untuk mencari koko sebagai sumber tenaga, dan pada masa yang sama dia menemui Ochobot dari kapal angkasa mereka yang memberikannya kuasa super yang memanipulasi tiga elemen. BoBoiBoy turut berkawan baru dengan Ying, Yaya dan Gopal dan mereka turut menerima kuasa super tersendiri daripada Ochobot untuk menangkis pelbagai ancaman oleh geng Adu Du ke atas Bumi.

Barisan adiwira dilengkapi lagi dengan keluarnya watak permainan video bernama Papa Zola yang berjiwa waja dan mencuit hati dari permainan video. Kemuncak musim pertama adalah sebelum BoBoiBoy pulang ke ibu kota, dia menang dalam melawan Adu Du dengan Robot Pemusnah Mulakakus (yang diperoleh daripada menggadaikan kapal angkasanya).

Musim kedua (2012-2013)[sunting | sunting sumber]

Enam bulan kemudian, BoBoiBoy kembali untuk menetap dan bersekolah di Pulau Rintis, dan bersatu semula dengan kawan-kawan di samping berkenalan dengan seorang budak lelaki misteri bernama Fang yang memiliki kuasa bayang. Pada mulanya Fang berdingin dengan BoBoiBoy dan kawan-kawan, tetapi lama-kelamaan mereka sedar bahawa Fang adalah sekutu dan juga mendapat kuasa daripada Ochobot dari suatu insiden dengan Adu Du. Juga munculnya sebuah ancaman baru yang lebih kuat bernama Ejo Jo yang sekaum dengan Adu Du dan turut bersaing untuk mencari koko, akhirnya menyebabkan Probe hancur dimusnahkan oleh PETAI, iaitu robot suruhan Ejo Jo. Setelas berhempas - pulas, akhirnya Ejo Jo dapat mencuri tiga jam kuasa kawan BoBoiBoy. Maka, BoBoiBoy menyembunyikan diri di markas kotak Adu Du, lantas Ejo Jo datang dan menyuruh PETAI berlawan dengan BoBoiBoy. Selepas itu, robot PETAI akhirnya dapat ditewaskan dengan Fang yang menggunakan kuasa Naga Bayang menyebabkan dia pengsan kerana lemah selepas mengendalikan Naga Bayang. Akhirnya, Ejo Jo sendiri berlawan dengan BoBoiBoy.

Musim ketiga (2014-2016)[sunting | sunting sumber]

Setelah lama berhempas, BoBoiBoy akhirnya berjaya mengusir Ejo Jo dari Bumi, kemudian membantu Adu Du untuk menghidupkan kembali Probe. BoBoiBoy turut menjadi terkenal di khalayak umum setelah menyelamatkan sebuah kilang koko daripada Raksasa Koko. BoBoiBoy, Adu Du dan kawan-kawan berdepan dengan 3 Rob yang cuba merompak bank Pulau Rintis. Setelah 3 Rob ditangkap, datang pula 5 Panglima Scammer yang ingin membalas dendam kerana ditipu oleh Adu Du dan Probe. Mereka bertarung habis-habisan dan 5 Panglima Scammer kalah. Setelah itu, Papa Zola pula menangis kerana isterinya, Mama Zila terkurung dalam dunia game, lalu BoBoiBoy, Gopal dan Papa Zola masuk dalam dunia game untuk selamatkan Mama Zila. Selepas mereka kembali dari dunia game, Mama Zila tiba-tiba bertukar menjadi raksasa kerana melihat benda di hadapannya tidak tersusun dan bersepah. BoBoiBoy dapat menewaskan raksasa itu dan Mama Zila bertukar menjadi normal semula. Selepas itu, Adu Du berasa kosong sebab tak ada apa nak dibuat sejak jadi baik, maka Probe mencadangkan Adu Du untuk memancing. Selepas 3 jam, Adu Du masih berasa kosong, Probe melihat ada kasut di hadapan markasnya dan Adu Du terus bergegas masuk ke dalam markasnya. Ibunya, Ibu Bu menyuruh Adu Du supaya kembali jahat, lalu Ibu Bu datang ke kedai kokotiam Tok Aba dan melawan BoBoiBoy dan kawan-kawan. Selepas itu, Ibu Bu berpura-pura sakit dan Adu Du berasa marah dan kembali kepada kejahatan. Seterusnya, Adu Du membebaskan 3 Rob dan mencipta Raksasa Bawang untuk kalahkan BoBoiBoy tapi tidak berjaya. Jadi, Adu Du sempat mengambil sampel-sampel dari BoBoiBoy untuk mencipta robot barunya, BoBoiBot. BoBoiBoy pula menjadi semakin tertekan dan dapat mengetahui bahawa dia mempunyai kuasa Api yang telah muncul sebagai alter ego pada waktu malam dan secara tidak sengaja memulakan kebakaran di sekitar pulau. Adu Du mengambil kesempatan untuk memasukkan kuasa Api tersebut ke dalam BoBoiBot sebelum mendedahkan BoBoiBot sebagai pengganti BoBoiBoy sebagai superhero, menyebabkan penduduk Pulau Rintis lebih memilihkan BoBoiBot, terutamanya apabila BoBoiBot membuktikan diri lebih berkebolehan daripada BoBoiBoy. Dengan bantuan Probe yang cemburu dengan BoBoiBot, BoBoiBoy membangunkan kuasa Air yang baru dan berjaya mengalahkan BoBoiBot. Dalam 3 episod terakhir, identiti Fang telah diketahui dan mereka bertemu Kapten Kaizo, pemberontak lagenda. Kuasa mereka dirampas selepas kalah dengan Kapten Kaizo dan Leftenan Lahap. Akan tetapi, mereka terus mengejar Kapten Kaizo dengan kapal angkasa Adu Du untuk menyelamatkan Fang dan mendapatkan semula kuasa mereka.

BoBoiBoy Galaxy (2016)[sunting | sunting sumber]

BoBoiBoy Galaxy merupakan penjenamaan semula siri BoBoiBoy iaitu sambungan siri BoBoiBoy selepas BoBoiBoy: The Movie. BoBoiBoy Galaxy dijangka akan ditayangkan sekitar September hingga Disember 2016 dan mempunyai 104 episod.[5]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

BoBoiBoy merupakan keluaran sulung Animonsta Studios, syarikat penerbitan animasi yang ditubuhkan oleh Mohd. Nizam Abd Razak bersama tiga rakan lain[6](Mohd. Safwan Ab. Karim, Muhammad Anas Abdul Aziz dan Kee Yong Pin)[7], setelah mereka meninggalkan Les' Copaque Production, syarikat yang pernah diasaskan oleh Nizam dan Safwan dahulu dan terkenal kerana menghasilkan siri animasi Upin & Ipin dan filem Geng: Pengembaraan Bermula yang pernah diarah oleh Nizam. Syarikat Animonsta beroperasi di MAC3, fasiliti pengeraman pembangun kandungan Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDeC) di Cyberjaya.[8]

Konsep asal cerita BoBoiBoy berkisarkan makhluk asing yang tiba ke Bumi lalu ketagih akan kopi dan mahu menyaingi keenakan kopi yang dihidangkan di kedai kopi datuk kepada watak utama.[6] Tidak lama kemudian, konsepnya diolah semula kepada serangan makhluk asing ke Bumi untuk memburu koko, "kerana ia lebih dekat dengan jiwa kanak-kanak".[9]

Siri BoBoiBoy diterbitkan dalam dua versi bahasa serentak, iaitu bahasa Malaysia untuk pasaran tempatan dan bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa, kedua-duanya memanfaatkan bakat pelakon suara tempatan yang terdiri daripada pelbagai kaum dan umur. Untuk dialog bahasa kebangsaan, Nur Fathiah Diaz, bekas pelantun suara watak Upin & Ipin, dipelawa kembali ke bidang lakonan suara untuk menghidupkan watak utama siri ini, iaitu BoBoiBoy.[7]

Projek Filem BoBoiBoy[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: BoBoiBoy: The Movie

Animonsta Studios mula mengumumkan projek penghasilan filem BoBoiBoy: The Movie pada bulan Mei 2013. Mereka menjangkakan filem tersebut dapat ditayangkan pada 2014, tetapi akhirnya ditangguhkan pada 2015 dan ditangguhkan lagi pada 2016. Pihak Animonsta Studios telah menyiarkan teaser rasmi untuk filem tersebut pada 16 Februari 2015. Filem ini ditayangkan di Malaysia pada 3 Mac 2016 dan di Indonesia pada 13 April 2016.[10]

Sekuel[sunting | sunting sumber]

Selepas BoBoiBoy: The Movie, Animonsta bercadang untuk membuat dua lagi filem BoBoiBoy dengan pengarah, Nizam Razak mengatakan bahawa mereka sudah mempunyai idea untuk filem kedua.

Siaran TV[sunting | sunting sumber]

Negara/Rantau Saluran Mula Tayangan Catatan
 Malaysia TV3 13 Mac 2011 Musim pertama hingga kini
Disney Channel Malaysia 11 Jun 2011 Musim pertama hingga kini
 Indonesia Global TV 5 Mei 2012 Musim pertama dan kedua
MNCTV 20 Oktober 2014 Musim pertama hingga kini
Disney Channel Asia 11 Jun 2011 Musim pertama hingga kini
 Singapura
 Brunei
 Thailand
 Filipina
 Vietnam
 Kemboja
Disney Channel Asia 11 Jun 2011 Musim pertama hingga kini

Episod[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Lyrics for the BoBoiBoy Theme song, The Official Blog of Animonsta Studios, 20 Jun 2010. Dicapai pada 12 Februari 2011.
  2. BoBoiBoy Trailer HD, 9 Jun 2010. Dicapai pada 12 Februari 2011.
  3. It's raining premieres on Disney this June, The Philippine Star, 31 Mei 2011. Dicapai pada 3 Jun 2011.
  4. Animonsta Brings Local Hero to Southeast Asia, BERNAMA melalui Malaysian Digest, 28 Januari 2012.
  5. "Animonsta Signs With A Global Toy Company, TOMY" Animonsta Studios. 2 September 2014. Diperoleh pada 9 September 2015.
  6. 6.0 6.1 "Boboiboy kelahiran sulung Animonsta". Utusan Malaysia. 12 November 2009. Dicapai pada 12 Februari 2011.  line feed character dalam |title= di posisi 10 (bantuan); Check date values in: |access-date= (bantuan)
  7. 7.0 7.1 "BoBoiBoy saingan Upin & Ipin?". Utusan Malaysia. 26 November 2010. Dicapai pada 12 Februari 2011.  line feed character dalam |title= di posisi 23 (bantuan); Check date values in: |access-date= (bantuan)
  8. "Monstas on the loose". The Star. 8 Disember 2009. Dicapai pada 13 Februari 2011.  line feed character dalam |title= di posisi 12 (bantuan); Check date values in: |access-date= (bantuan)
  9. [http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BoyNizam/Article/print_html Boy Nizam], Berita Harian, 13 Ogos 2011. Dicapai pada 27 Januari 2012.
  10. "Kenyataan Rasmi BoBoiBoy" Facebook. 3 Ogos 2015. Diperoleh pada 9 September 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]