Zaman Prasejarah di Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Zaman Prasejarah Di Malaysia)
Lompat ke: pandu arah, cari

Zaman Prasejarah di dunia biasanya dibahagikan kepada empat iaitu Zaman Paleolitik, Zaman Mesolitik, Zaman Neolitik, dan Zaman Logam. Tempoh masa bagi setiap zaman tersebut tidak sama antara satu sama lain di tempat lain.Tempoh masa itu bergantung kepada tahap kemajuan di sesuatu tempat itu.

Di Malaysia, ahli sejarawan telah membahagikan zaman prasejarah di Malaysia kepada tiga zaman sahaja iaitu:[1]

Penyelidikan dahulu mengatakan, wujud Zaman Mesolitik yang bercirikan kepada alat batu Hoabinh seperti yang terdapat di Vietnam. Walau bagaimanapun, penyelidikan terkini oleh Pusat Arkeologi Malaysia Universiti Sains Malaysia telah membuktikan Malaysia tidak mengalami Zaman Mesolitik. Keadaan ini disebabkan alat batu seperti alat batu Hoabinh telah wujud di Bukit Jawa, Lenggong, Perak, kira-kira 200 000 hingga 300 000 tahun dahulu iaitu pada awal Zaman Paleolitik.

Zaman paleolitik[sunting | sunting sumber]

Zaman paleolitik di Malaysia bermula kira-kira 200,000 hingga 300,000 tahun dahulu. Ciri-ciri petempatan manusia Zaman Paleolitik ialah:

  • hidup berpindah-randah,
  • biasanya tinggal dikawasan terbuka di luar gua,di dalam gua,dan sekitar tasik.

Ciri-ciri dan peralatan adalah seperti yang berikut:

  • memburu binatang liar
  • memungut hasil hutan
  • peralatan batu berupa batu serpihan

Ciri-ciri kepercayaan:

  • mengamalkan animisme iaitu percaya bahawa setiap benda seperti batu dan pokok mempunyai semangat a9juwa dan roh)orang mati
  • mengamalkan upacara perkuburan

Lokasi Zaman Paleolitik di Malaysia:

Pada tahun 1990, manusia perak iaitu rangka manuasia zaman paleolitik telah ditemui di Perak.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Sejarah Oleh Nadira Yusop & Azizah Abu Chik