Anjing gunung Formosa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Anjing gunung Formosa
Formosan nina.jpg
Nama lain Anjing Formosa
Anjing kebangsaan
Anjing negara
Anjing Taiwan
Anjing Takasago
Negara asal Taiwan
Ciri
Berat Jantan 14–18 kg (31–40 lb)
Betina 12–16 kg (26–35 lb)
Tinggi Jantan 48–52 cm (19–20 in)
Betina 43–47 cm (17–19 in)
Bulu Licin dan berminyak
Warna Hitam, kuning kebumian, atau kuning
Saiz seperinduk 10–12 ekor anak anjing
Jangka hayat 10–13 tahun
Nota Baka diterima secara sementara, tidak layak untuk CACIB. Baka ini diiktiraf dengan pedigri daripada Kelab Kenel Taiwan.
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing gunung Formosa (Bahasa Inggeris: Formosan mountain dog), anjing Formosa (Bahasa Cina: 福爾摩莎犬, Fúěrmóshā quǎn; Bahasa Inggeris: Formosan dog), anjing Taiwan (Bahasa Cina: 台灣犬, Táiwān quǎn; Bahasa Inggeris: Taiwan dog, Taiwanese dog), anjing asli Taiwan (Bahasa Cina: 台灣土犬, Táiwān tǔ quǎn, 台灣土狗, Táiwān tǔ gǒu; Bahasa Inggeris: Taiwanese native dog), atau anjing Takasago (Bahasa Cina: 高砂犬, Gāoshā quǎn; Bahasa Inggeris: Takasago dog) ialah satu baka atau baka tempatan anjing kecil atau sederhana asli di Taiwan. Ia sangat menyesuaikan diri terhadap rupa bumi tidak sekata dan berhutan tebal di Taiwan, menjadi baka separa liar sebelum kedatangan kuasa asing dan penjajah. Walaupun ada adaptasi ini, anjing Formosa mengekalkan potensi untuk dilatih, dan kini digunakan sebagai anjing pemburu, anjing pengawal, anjing lagak, anjing penyelamatan, atau hanya sebagai teman.[1][2] Anjing Formosa dikelaskan dalam satu jenis sederhana dan dua jenis kecil.[3] Walau bagaimanapun, kini anjing gunung Formosa berdarah jati masih hampir pupus kerana usaha pemuliharaan terbatas Taiwan dan kerajaannya. Anjing asli (Cina tradisional: 土狗) ialah nama umum di Taiwan kini untuk menyatakan bahawa seseekor anjing itu ialah anak anjing Formosa dengan anjing asing, ia kerap dikelirukan dengan anjing asli Taiwan (Cina tradisional: 台灣土狗).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Meredith Dodge (5 November 2005). "The Formosan dog: A breed apart". Taipei Times. Diperoleh pada 7 Februari 2007. 
  2. Fred Lanting (2003). "Judging in Tense Times - World Tension and the Dog Show". SiriusDog.com. Diperoleh pada 7 Februari 2007. 
  3. "Guan Hua Magazine, rare animals of Taiwan #9, The Formosan dog (Mei 1986)". Diperoleh pada 25 Januari 2009. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]