Litium

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari


3 -litiumberilium
H

Li

Na
Li-TableImage.png
Umum
Nama, Simbol, Nombor litium, Li, 3
Siri kimia Logam Alkali
Kumpulan, Kala, Blok 1, 2, s
Rupa putih/kelabu keperakan
Li,3.jpg
Jisim atom 6.941(2) g/mol
Konfigurasi elektron 1s2 2s1
Bilangan elektron per petala 2, 1
Sifat fizikal
Keadaan pepejal
Ketumpatan (sekitar suhu bilik) 0.534 g/cm³
Ketumpatan cecair pada takat lebur 0.512 g/cm³
Takat lebur 453.69 K
(180.54 °C, 356.97 °F)
Takat didih 1615 K

(1342 °C, 2448 °F)

Haba pelakuran 3.00 kJ/mol
Haba pengewapan 147.1 kJ/mol
Muatan haba (25 °C) 24.860 J/(mol·K)
Tekanan wap
P/Pa 1 10 100 1 k 10 k 100 k
pada T/K 797 885 995 1144 1337 1610
Sifat atom
Struktur hablur kubus berpusat jasad
Keadaan pengoksidaan 1
(oksida bes kuat)
Keelektronegatifan 0.98 (skala Pauling)
Tenaga pengionan pertama: 520.2 kJ/mol
kedua: 7298.1 kJ/mol
ketiga: 11815.0 kJ/mol
Jejari atom 145 pm
Jejari atom (kiraan) 167 pm
Jejari kovalen 134 pm
Jejari Van der Waals 182 pm
Lain-lain
Sifat kemagnetan tak magnetik
Rintangan elektrik (20 °C) 92.8 nΩ·m
Kekonduksian terma (300 K) 84.8 W/(m·K)
Pengembangan terma (25 °C) 46 µm/(m·K)
Kelajuan bunyi (rod halus) (20 °C) 6000 m/s
Modulus Young 4.9 GPa
Modulus ricih 4.2 GPa
Modulus pukal 11 GPa
Skala kekerasan Mohs 0.6
Nombor CAS 7439-93-2
Isotop
iso NA separuh hayat DM DE (MeV) DP
6Li 7.5% Li stabil dengan 3 neutron
7Li 92.5% Li stabil dengan 4 neutron
*Kandungan litium-6 adalah serendah 3.75% dalam
sampel semulajadi. Oleh itu, Litium-7
mempunyai kandungan sehingga 96.25%.
Rujukan


Litium atau nama asalnya Lithium, ialah adalah sejenis unsur kimia yang mempunyai nombor atom 3 dan tergolong didalam kumpulan logam alkali. Litium adalah sejenis logam lembut, berwarna putih keperakan dan sangat aktif terhadap air dan udara. Litium juga merupakan unsur logam paling ringan yang pernah dijumpai. Logam ini digunakan sebagai aloi pindahan haba di dalam bateri, dan salah satu komponen di dalam sesetengah ubat contohnya penstabil perasaan.


Sifat Sifat[sunting | sunting sumber]

Litium ialah logam yang paling ringan di dunia dan mempunyai ketumpatan yang hanya separuh daripada ketumpatan air. Seperti kebanyakan logam alkali, Litium sangat mudah bertindak balas terhadap air dan oleh sebab itu, Litium tidak didapati secara semulajadi. Apabila Litium dipanaskan, logam ini akan menghasilkan cahaya yang berwarna putih.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Disebabkan muatan habanya yang tinggi, Litium digunakan di dalam aplikasi pemindahan haba. Litium juga mempunyai keupayaan elektrokimia yang tinggi. Ini membolehkannya digunakan sebagai anod bateri. Kegunaan lain adalah seperti berikut:

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Litium (Yunani lithos, bererti "batu") telah ditemui oleh Johann Arfvedson pada 1817. Arfvedson menjumpai unsur ini di dalam mineral spodumen dan lepidolit (di dalam petalit), LiAl(Si2O5)2, semasa beliau menganalisa spesimen daripada pulau Utö di Sweden. Pada tahun 1818 Christian Gmelin merupakan orang pertama yang mencerap warna garam litium apabila dibakar, iaitu warna merah terang. Arfvendson dan Gmelin cuba mengasingkan unsur tersebut daripada garamnya namun kedua duanya gagal.

Unsur ini tidak berjaya diasingkan sehinggalah W.T. Brande dan Sir Humphrey Davy menggunakan kaedah elektrolisis ke atas litium oksida. Penghasilan komersil logam litium pula berjaya dilakukan oleh syarikat Jerman Metallgesellschaft AG melalui kaedah elektrolisis ke atas litium klorida dan kalium klorida.

Ragam kewujudan[sunting | sunting sumber]

Litium teragih secara meluas tetapi tidak wujud dalam alam semulajadi dalam bentuk tulennya. Oleh kerana kereaktifannya, ia selalunya dijumpai terikat dengan satu atau banyak unsur atau sebatian lain. Ia merupakan sebahagian kecil dalam hampir semua batuan igneus dan juga dijumpai dalam kebanyakan air garam semula jadi.

Sejak penghujung Perang Dunia kedua, penghasilan litium telah meningkat dengan banyaknya. Logam ini diasingkan daripada unsur lain dalam batuan igneus, dan juga diekstrak daripada air dalam mata air mineral. Lepidolite, spodumene, petalite, dan amblygonite adalah mineral yang penting yang mengandungi litium.

Di Amerika Syarikat, litium diperolehi daripada kolam air garam di Searles Lake yang kering, di California, dan daripada tempat di Nevada dan lain-lain lagi. Logam ini, berupa keperakan seperti natrium, kalium dan lain-lain ahli dalam siri logam alkali, dihasilkan secara elektrolisis daripada campuran litium yang terikat dan kalium klorida. Logam ini bernilai sebanyak US$ 300 per paun dalam tahun 1997.

Pengasingan (ikut *):

katod: \mbox{Li}^{+}\mbox{*} + \mbox{e}^{-} \to \mbox{Li*}

anod: \mbox{Cl}^{-}\mbox{*} \to   \frac{1}{2}\mbox{Cl}_2 (\mbox{gas}) + e^-

Istilah: gas e

Isotop[sunting | sunting sumber]

Litium mempunyai 2 isotop yang stabil iaitu Li-6 dan Li-7 dengan 92.5% litium dijumpai secara semulajadi ialah Li-7. Manakala terdapat enam radioisotop yang telah dikenal pasti dengan Li-8 adalah yang paling stabil dengan separuh hayat selama 838ms dan Li-9 dengan separuh hayat selama 178.3ms. Radioisotop yang lain mempunyai separuh hayat yang sangat kecil iaitu kurang daripada 8.5ms.

Isotop litium mempunyai jisim atom dalam julat antara 4.027 jar (Li-4) dan 11.0438 jar (Li-11). 'Mod reputan primer sebelum' Li-7 ialah pancaran proton dan 'mod reputan primer selepas' ialah pancaran beta (dengan sedikit pancaran neutron). Manakala hasil reputan primer sebelum Li-7 ialah isotop unsur 2 (helium) dan hasil primer selepas ialah isotop unsur 4 (berilium).

Litium-7 ialah salah satu unsur primordial (iaitu unsur yang dihasilkan semasa letupan besar nukleosintesis). Isotop litium membahagi semasa pelbagai proses semulajadi, termasuk pembentukan mineral (pemendakan kimia), metabolisme, penukaran ion (Li mengganti magnesium dan besi dalam tapak oktahendron dalam mineral lempung, di mana Li-6 lebih diutamakan daripada Li-7), hiperpenurasan dan perubahan batu.

Awasan[sunting | sunting sumber]

Seperti logam alkali yang lain, litium sangat mudah terbakar dan meletup apabila terdedah kepada udara dan air. Logam ini juga sangat mengkakis dan memerlukan pengendalian khas bagi menghalang sentuhan kulit. Litium perlu disimpan di dalam cecair hidrokarbon tidak mudah bakar seperti nafta. Selain itu, litium tidak memainkan peranan dalam biologi semulajadi dan dianggap sedikit toksik. Ini bermakna, jika litium digunakan sebagai drug, kepekatan darah perlu diawasi.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]