Koma-koma

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Saffron crocus
A single shell-shaped violet flower is in sharp centre focus amdist a blurred daytime and overcast garden backdrop of soil, leaves, and leaf litter. Four narrow spine-like green leaves flank the stem of the blossom before curving outward. From the base of the flower emerge two crooked and brilliant crimson rod-like projections pointing down sideways. They are very thin and half the length of the blossom.
C. sativus kembang mekar dengan stigma kemerah-merahan.
Pengelasan saintifik
Alam: Plantae
Divisi: Spermatophytae
Subdivisi: Angiospermae
(tiada peringkat): Liliopsidae
Order: Asparagales
Keluarga: Iridaceae
Subkeluarga: Crocoideae
Genus: Crocus
Spesies: C. sativus
Nama binomial
Crocus sativus
L.
Koma-koma.

Koma-koma, kumkum atau safron merupakan sejenis rempah (Crocus sativus). Koma-koma merupakan antara rempah yang termahal di dunia yang mana harganya boleh mencecah ribuan ringgit per sekilo.

Perkataan pinjaman Inggeris "saffron" berasal dari perkataan Arab za'faran, bermaksud kuning, sejenis tumbuhan herba daripada kumpulan eloridaccesi adalah antara khazanah alam termahal di dunia. Herba yang digelar 'Emas Padang Pasir' ( Gold of the Desert ) juga dikenali sebagai 'Spice King', 'Spice Queen', 'Vegatable Gold', dan 'Flower of Love'. Ianya memang terkenal dengan khasiat serta kuasa pengubatnya sejak dari dulu lagi. Justeru itu disamping warnanya yang cukup menarik serta baunya yang harum maka ianya digunakan secara meluas dalam pemakanan, kecantikan dan perubatan.

Istilah Bahasa Melayu iaitu koma-koma[1] pula berasal dari variasi bahasa-bahasa Indik/Sanskrit seperti "kumkuma", "kuma-kuma", "kurkuma" atau "kungkuma".[2] Sesetengah buku masakan menyebutnya sebagai "bunga kumkum" - satu kata pinjaman langsung dari Bahasa Bengali.

Koma-koma berwarna kuning keemasan dan diambil dari sekuntum bunga yang berwarna ungu. Pokoknya berasal dari Timur Tengah, Greece, Turki, Iran dan Kashmir. Biasanya koma-koma boleh didapati di pasar-pasar di Morocco.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Koma-koma digunakan untuk menambah aroma dan menyerikan warna pada masakan seperti nasi beriani. Di Morocco ia digunakan untuk masakan yang dipanggil Tagine.

Sebagai tanaman terapi, koma-koma kaya dengan karbohidrat, minerals, mucilage serta vitamin B1 dan B2 (riboflavin dan tiamin), disamping banyak lagi bahan lain yang berkhasiat farmaseutikal. Struktur asas saintifik koma-koma, crocin menghasilkan warna, picrocrocin menghasilkan citarasa dan safranal menghasilkan aroma.

Antara keistimewaannya, koma-koma boleh membantu proses penghadaman, menguatkan ingatan, agen anti barah, merawat anemia (kekurangan zat besi), mengawal tekanan darah dan kolesterol, mengurangkan risiko serangan penyakit jantung, melancarkan pengaliran darah (haid), merawat penyakit saraf, keletihan, sembelit, bisa-bisa sendi, merawat penyakit saluran kencing (renal colic), kesuburan, menambah selera makan untuk kanak-kanak dan ia turut digunakan sebagai perangsang tenaga batin dan penenang.[perlu rujukan]

Koma-koma adalah antara rempah yang unik kerana citarasa, aroma dan kandungan warnanya boleh larut di dalam air. Ia digunakan dalam perubatan Yunani dan Ayurveda di India untuk merawat pelbagai penyakit seperti arthritis, sehinggalah kepada mati pucuk dan ketidaksuburan. Masyarakat India terutamanya wanita menggunakan koma-koma selepas tempoh bersalin bagi tujuan menguatkan rahim dan melancarkan perjalanan darah. Golongan bangsawan di zaman dahulu menggunakan larutan koma-koma sebagai topeng muka untuk menghilangkan ruam dan jerawat. Wanita zaman sekarang menggunakan koma-koma sebagai bedak asas. Ia bukan sahaja membuatkan kulit bertambah lembut malah semakin licin dan cerah.{[fakta}}

Masakan[sunting | sunting sumber]

Koma-koma juga sering dijadikan ramuan penting dalam masakan. Di dalam hidangan Timur Tengah, Eropah, India dan Malaysia, koma-koma banyak digunakan di dalam nasi, teh, kopi, dan makanan pencuci mulut. Di dalam industri tenusum koma-koma memberikan warna yang cantik kepada mentega dan keju serta digunakan dalam pembuatan aiskrim, jem dan ekstrak koma-koma. Selain menaikkan aroma, ia juga memberikan kebaikan dari segi kesihatan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]