Penang Sentral

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Penang Sentral adalah hab berbagai jenis pengangkutan serta pusat pembangunan komersial yang sedang dalam pembinaan di negeri Pulau Pinang, Malaysia. Kerja-kerja pembinaan hab pengangkutan ini telah dimulakan sejak sesi suku pertama 2009 dan dianggarkan siap pada tahun 2011. Dalam pada itu, Penang Sentral juga dibayangkan akan menjadi pusat pembangunan komersial yang menyeluruh yang akan beroperasi sepenuhnya dalam tahun 2015.[1] Ia juga dibayangkan akan menjadi hab pengangkutan yang menghubungkan pengangkutan darat yang meliputi perkhidmatan bas dan keretapi selain dari pengangkutan laut. Sekarang, terdapat sebuah terminal bas sementara yang sedang digunakan yang telah siap dibina dengan kos anggaran RM5 juta yang boleh menampung 4,500 orang penumpang dalam sehari.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "First Phase Of Penang Sentral To Be Ready By 2011". Bernama. 2008-07-19. Diperolehi pada 2008-07-21. 
  2. "Work on Penang Sentral project to start next year". The Star. 2008-07-20. Diperolehi pada 2008-07-21. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]