Tasik Temenggor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tasik Temenggor
Lokasi Semenanjung Malaysia
Koordinat N5.543995 E101.333191
Jenis tasik Kolam air
Negara cekungan Malaysia
Kawasan permukaan 152 kilometer
Pulau Pulau Banding

Tasik Temenggor merupakan empangan bagi janakuasa hidroelektrik di utara negeri Perak. Empangan ini di bina pada tahun 1970 dan siap 1974. Air dari empangan ini disalurkan sebagai bekalan air minuman bagi penduduk negeri Perak dan Pulau Pinang.

Empangan ini seluas 152 km persegi dan mengandungi 6,050 juta cubic air meliputi Hutan Simpan Belum seluas 117,500 hektar.

Jarak dari Ipoh ke Tasik Temenggor ialah 200 km ke arah Gerik menuju ke Jeli di Kelantan. Laluan tersebut ialah Lebuh raya Timur Barat. Dari Ipoh atau Pulau Pinang menuju ke Kelantan, anda perlu mengisi minyak penuh-penuh di Gerik dan pulau Banding terlebih dahulu kerana tidak ada stesen minyak di persisiran lebuhraya Timur Barat sehingga ke Jeli (stesen minyak Esso Batu Melintang) dan stesen minyak Petronas pekan Jeli. Di bahagian tengah ada sebuah pulau dikenali sebagai Pulau Banding atau Tasik Banding. Sebuah kem tentera dibina di kawasan ini bagi menjaga keselamatan Empangan Temenggor.

Aktiviti rekreasi[sunting | sunting sumber]

Jabatan Perikanan Perak ditugaskan melaksanakan Pelan Pengurusan Tasik Temenggor. Tasik Temenggor terbahagi kepada Zon Pemuliharaan, Zon Perikanan Rekreasi dan Zon Komersil.Zon Pemuliharaan merangkumi bahagian utara Tasik Temenggor iaitru Sungai Kejar, Sungai Tiang dan Sungai Gadong.


Kemalangan[sunting | sunting sumber]

Pada 15 Disember 2007, 3 anggota tentera terbunuh apabila pokok balak menghempap khemah mereka.Panglima II Briged Brig Jen Datuk Fazlurrahman Mohamad Irfan menyatakan 3 mangsa itu dari 21 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Pengkalan Chepa, Kelantan yang membuat rondaan di Hutan Belum.

Mereka yang terbunuh ialah Kpl Fauzi Yamat, 35, berasal dari Kelantan; Prebet Mohd Yazman Yaakub, 35, dari Pasir Putih, Kelantan dan Prebet Roslin Hassan, 22, dari Setiu, Terengganu. Tentera yang cedera ialah Lt Shah Amirul Izham Shamsul Kamar; Lans Kpl Mohd Yusri Yusuf, Prebet Mohd Izham Ishak dan Prebet Amar Mohamad Nordin. Mangsa dikeluarkan dengan helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)[1].

Ternakan ikan air tawar[sunting | sunting sumber]

Tasik Temenggor dibangunkan sebagai lokasi ternakan ikan air tawar. Ikan sungai terdedah kepada kepupusan akibat pembuangan sisa toksik, penyeludupan dan penggunaan bahan kimia serta bom ikan , renjatan kuasa elektrik dan tuba.

Sejak 1997, Jabatan Perikanan Perak mengeluarkan baka induk dan benih ikan air tawar melalui Pusat Perikanan Darat (PPD) di Banding . PPD Banding beroperasi sepenuhnya pada 1 November 2006 sebagai pusat pengembangan yang memberi khidmat nasihat teknikal, pusat sumber maklumat dan rujukan.

Ikan yang bernilai tinggi seperti ikan Kelah, Temoleh, Baung, Kelabau, Tengas, Loma, Tengalan, Sebarau dan Lampam sungai dapat dijadikan ikan pekasam. Udang galah banyak terdapat di Sungai Perak, Sungai Kinta dan Sungai Kampung Dew di Kamunting, Taiping.

Syarikat usahasama Malaysia-Norway, Trapia Malaysia Sdn Bhd mengusahakan ternakan ikan tilapia di Tasik Banding secara komersial. Tasik Temengor disasarkan mengeluarkan 40,000 tan metrik ikan setahun daripada aktiviti ternakan ikan dalam sangkar menjelang 2013.[2]

Daya tarikan pelancong[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]