Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
Penang International Airport
IATA: PENICAO: WMKP
Rumusan
Jenis lapangan terbang Public
Pengendali Malaysia Airports Holdings Berhad
Destinasi George Town, Pulau Pinang, Malaysia
Lokasi George Town, Pulau Pinang
Ketinggian AMSL 11 ft / 3 m
Koordinat 05°17′49″N 100°16′36″E / 5.29694°U 100.27667°T / 5.29694; 100.27667
Landasan
Arah Panjang Permukaan
m ft
04/22 3,352 10,997 Asphalt
Sumber: DAFIF[1][2]

Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang atau juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (kod IATA: PEN) adalah sebuah lapangan terbang untuk operasi kawasan sekitar Pulau Pinang. Ia terletak di Bayan Lepas, iaitu 16 km dari George Town, ibu negeri Pulau Pinang. Bagi menampung jumlah penumpang yang kian meningkat, Malaysia Airport akan membelanjakan kira-kira RM36 juta bagi menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di sini termasuk membina satu tempat meletak pesawat dan 32 kaunter pendaftaran baru yang dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2008. Pada tahun lepas, LTAPP mengendalikan 3.1 juta penumpang.Kini LTAPP menjadi hub bagi syarikat penerbangan tambang murah FireFly bermula April 2007

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1935, Lapangan Terbang Pulau Pinang telah dibuka dengan rasminya berikutan pendaratan sebuah kapal terbang dari Syarikat Penerbangan Imperial, 'Arethusa' di lapangan terbang ini. Upacara pendaratan ini telah disaksikan oleh sebahagian besar penduduk-penduduk Pulau Pinang, termasuk Residen Councillor Pulau Pinang.

Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas Pulau Pinang

Lapangan terbang ini adalah berbentuk bulat, panjang garis lintangnya ialah 1,000 ela dan dikelilingi oleh tembok setinggi 4 kaki untuk menghalang banjir disebabkan air pasang. Pendaratan kapal terbang ini telah dilakukan di atas dua landasan, satu daripadanya landasan tar sepanjang 930 ela dan lebar 60 ela, satu lagi landasannya ialah sepanjang 800 ela dan lebarnya 200 ela dibina di atas tanah yang ditanam rumput.

Di samping itu lapangan terbang ini mengandungi beberapa bangunan antaranya sebuah terminal yang dibina di Bangunan Kawalan, sebuah kelab dan dua buah 'Hanger' yang diperbuat daripada besi waja. Dengan pembukaan lapangan terbang ini, ia merupakan satu detik bersejarah dalam perkembangan sistem perhubungan dan pengangkutan di Malaysia. Ia telah memberi perkhidmatan penerbangan tempatan antara Kuala Lumpur, Singapura dan Pulau Pinang, di samping perkhidmatan pendaratan penerbangan di antara Eropah dengan negara-negara Asia Tenggara dan Australia.

Bangunan terminal[sunting | sunting sumber]

Penerbangan Terus Penang-Taipei dengan Xiaman Airlines

Antara kemudahan yang disediakan dalam bangunan terminal, kafe, kedai bebas cukai, kaunter tiket & Pejabat penerbangan seperti MAS, Firefly,AirAsia, Jatayu Airlines, China Airlines dan Singapore Airlines. Antara kemudahan lain :

  • Kaunter Daftar Masuk (32)
  • 14 Pintu Berlepas
  • 8 Titi Udara
  • 3 Kaunter Tuntutan Bagasi
  • 808 lot letak kereta
  • Travel Agensi
  • Kaunter Penerangan
  • Ruang Istirehat VIP
  • Mesin ATM
  • Pertukaran Wang Asing
  • Penempahan Hotel
  • Khidmat teksi
  • Kuarantin haiwan

Kompleks kargo[sunting | sunting sumber]

LTAPP mempunyai 2 kompleks kargo, dimana kompleks utama digunakan oleh MAS Cargo sebagai pusat operasi. Pada tahun 2006 LTAPP telah mengendalikan sebanyak 225,957,020 metrik tan kargo

Kemudahan di Kompleks Kargo:

  • Gudang 270,000m² (2,906,255sq ft)
  • 7 x 747 Freighter Lot
  • Zon Transit
  • Zon Perdagangan Bebas
  • Baikpulih Pesawat
  • Pengimbas X-RAY
  • Pusat Courier Laju

Syarikat penerbangan dan destinasi[sunting | sunting sumber]

=Passenger Terminal[sunting | sunting sumber]

  • AHK Airlines : Bangkok.
  • Air Asia : Hong Kong, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur, Kuching, Langkawi,Jakarta, Surabaya, Medan, Singapore, Melbourne, Gold Coast, Perth, Sydney, Chengdu, Hangzhou, Beijing, Shanghai, Tokyo-Haneda, Osaka-Kansai, Kathmandu, Seoul, Busan, Taipei, Bangkok
  • Asiana Airlines : Singapore.
  • Cathay Pacific : Hong Kong, Jakarta, Singapore.
  • China Airlines : Taipei, Jakarta.
  • China Southern Airlines : Guangzhou.
  • Delta Airlines : Taipei.
  • Eva Air : Taipei.P
  • Firefly : Banda Aceh, Kota Bharu, Kuantan, Langkawi, Medan, Phuket, Pekanbaru, Subang.
  • Indonesia AirAsia : Jakarta, Medan, Surabaya.
  • Jetstar Asia Airways : Singapore.
  • Korean Air : Manila, Singapore.
  • Lufthansa : Bangkok.
  • Malaysia Airlines : Kuala Lumpur, Singapore, Banda Aceh, Medan, Osaka, Tokyo, Phuket
  • Melaka Air : Melaka.
  • Qantas Airways : Singapore.
  • Singapore Airlines : Singapore.
  • Silk Air : Singapore
  • Sriwijaya Air : Medan
  • Thai AirAsia : Bangkok.
  • Thai Airways International : Bangkok.
  • Tiger Airways : Singapore.
  • Wings Air : Medan
  • Lion Airlines : Medan

Cargo Terminal[sunting | sunting sumber]

Syarikat penerbangan Destinasi
Arabia International Cargo Doha, Dubai
Asiana Cargo Seoul-Incheon
Cathay Pacific Cargo Hong Kong
China Airlines Cargo Taipei-Taoyuan, Manila
DHL Aviation operated by Air Hong Kong Hong Kong
DHL Aviation operated by Transmile Air Services
EVA Air Cargo Singapore, Taipei-Taoyuan
FedEx Express
Hong Kong Airlines Cargo Hong Kong
Korean Air Cargo Seoul-Incheon, Manila
Lufthansa Cargo
MASkargo Amsterdam, Dubai, Frankfurt, Hong Kong, Kuala Lumpur, Milan-Malpensa, Shanghai-Pudong, Tashkent, Tokyo-Narita
Singapore Airlines Cargo Hanoi, Singapore
TNT Airways
UPS Airlines

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Imej Satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
  1. Maklumat lapangan terbang mengenai WMKP di Data Aero Dunia. Sumber: DAFIF.
  2. Maklumat lapangan terbang mengenai PEN di Great Circle Mapper. Sumber: DAFIF.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]