Detektif Conan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Case Closed)
Lompat ke: pandu arah, cari
Detektif Conan
Detektif Conan jilid ke-79 diterbitkan oleh syarikat Shogakukan pada April 2013
名探偵コナン (Meitantei Konan)
Genre Detektif, Misteri, Shōnen, Komedi


Manga
Pengarang Gosho Aoyama
Pelukis Gosho Aoyama
Penerbit JepunShogakukan (Asal)
Malaysia Tora Aman
Amerika Syarikat Kanada Viz Media
Majalah Weekly Shōnen Sunday
Siaran asal 2 Februari 1994 – kini
Jilid 1~79(Sedang berjalan)[1]
Manga: Edisi Khas
Pengarang Gosho Aoyama
Pelukis Yamagishi Eiichi, Masaru Ohta, Kazuhiro Kubota
Penerbit JepunShogakukan
Malaysia Tora Aman
Majalah Tentōmushi komikkusu
Siaran asal 28 Januari 1997 – kini
Jilid 1~38(Sedang berjalan)
TV anime
Pengarah Kenji Kodama (1-118)
Masato Sato (332-504)
Koujin Ochi (505-666,679)
Yasuichiro Yamamoto (119-332,667-677,679-?)
Studio TMS Entertainment, V1 Studio
Pemegang lesen Amerika Syarikat Kanada FUNimation Channel, Viz Media
Penyiaran Jepun Yomiuri TV, Nippon TV, Animax
Malaysia TV 3 , Astro Ceria
Siaran asal 8 Januari 1996 – kini
Episod 1~700 (Sedang berjalan)
Drama televisyen
Kudo Shinichi he no Chosenjo
Penerbit Yoshinori Horiguchi (Chief)
Shi Shirakawa
Koki Endo
Masako Kuraibu
Skrip/Penulis Takehiko Kanade
Lagu/Muzik Koji Endo
Penyiaran Asal JepunNippon TV, Yomiuri TV
Malaysia TV 3
Tarikh tayangan 7 Julai 201129 September 2011
Episod 13 (Senarai episod)
Kerja-kerja berkaitan
Portal Anime dan Manga
書.svg
Rencana ini mengandungi huruf bahasa Jepun.
Tanpa bantuan paparan yang tepat,
huruf-huruf kanji dan kana mungkin dipaparkan sebagai tanda soal, kotak atau simbol-simbol yang lain.


Detektif Conan (名探偵コナン Meitantei Konan?) atau versi Inggeris Case Closed (Kes Ditutup) merupakan manga dan anime genre detektif karya mangaka Gosho Aoyama yang diterbitkan dalam majalah Weekly Shōnen Sunday bermula sejak 2 Februari 1994. Pada April 2013, jilid 79 telah dikeluarkan di Jepun dan jadikan manga ke-24 yang terbanyak.[2][3] Syarikat Tora Aman menjadi penerbit rasmi tankōbon Detektif Conan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Mandarin di Malaysia telah keluarkan 76 jilid pada bulan April 2013.

Versi anime dihasilkan oleh TMS Entertainment / V1 Studio, telah menayangkan 700 buah episod siri televisyen dan jadikan anime ke-16 yang mempunyai banyak episod di Jepun. [4] Di Jepun siri ini bersiaran di kaca televisyen pada hari Sabtu pada pukul 6 petang (UTC+9 / Waktu di Jepun) di saluran ytv (Kawasan Kansai) dan Nippon TV (Kawasan Kantō). Di Malaysia, anime ini telah disiarkan pada Sabtu jam 11.00 pagi di TV3 dan di Astro Ceria pada hari Isnin sehingga Khamis jam 2.00 petang.

Sebanyak 17 buah filem telah dihasilkan dari siri ini antaranya filem ke-17 akan dipawagamkan di Jepun pada 20 April 2013 iaitu Detective Conan: Private Eye in the Distant Sea.[5] Siri ini juga telah mendapat tahap populariti yang tinggi dalam kedua-dua format iaitu manga dan anime di Jepun. Ia juga telah disesuaikan ke dalam lima belas filem Minggu Golden, dengan yang pertama yang ditayangkan pada 17 April 1997. Sejak itu, siri filem ini berlanjutan dengan setiap tahun pasti ada satu siri filem ini ditayangkan di pawagam. Enam belas filem yang telah ditayangkan mendapat kedudukan 10 teratas box office pada tiap tahun masing-masing ditayangkan. Salah satu filem tersebut iaitu, The Raven Chaser filem Detektif Conan yang ketigabelas telah ditayangkan di seluruh tanah air Jepun pada 18 April 2009, dan mengaut ¥3.5 bilion merupakan filem yang paling terlaris dan tertinggi dalam siri ini. Di Malaysia 4 filem siri ini telah ditayangkan di Astro Ceria dan TV 3.

Di samping itu, sebelas video animasi asal (OVA) dan tiga belas siri episod siri drama dalam watak manusia sebenar iaitu Surat cabaran kepada Shinichi Kudo (工藤新一への挑戦状 Kudō Shin'ichi e no Chōsenjō?). Siri ini bermula siaran pada 7 Julai 2011 dan berakhir pada 29 September 2011 dan juga sedang bersiaran di Malaysia pada hari selasa pukul 6:30 petang hanya di TV 3. Sebelum siri ketiga drama ditayangkan telah dihasilkan dan berdasarkan plot tiga novel Detektif Conan.

Jilid kompilasi manga yang telah menjual lebih daripada 120 juta salinan di Jepun. Pada tahun 2001, manga telah dianugerahkan 46 Shogakukan Manga Award dalam kategori Shonen. Adaptasi anime telah mendapat sambutan dan kedudukan dalam dua puluh teratas dalam pemilihan Animage pada 1996 dan 2001. Dalam ranking anime TV Jepun, Detektif Conan sering menduduki antara lima anime yang tertinggi dan terbaik di Jepun. Kedua-dua manga dan anime mempunyai sambutan yang positif dari pengkritik untuk plot dan kes-kes itu.

Baru-baru ini, Detektif Conan dengan kerjasama Lupin III membuat satu filem bertajuk "Lupin III VS Detective Conan The Movie" yang akan dipawagam di Jepun pada Disember 2013.

Cerita berikut menyisahkan pengembaraan Shinichi Kudo, detektif muda yang luar biasa yang telah secara tidak sengaja berubah menjadi seorang kanak-kanak selepas mengalami keracunan.


Isi kandungan

Pendahuluan Cerita[sunting]

Pada permulaan cerita, pelajar yang berusia 17 tahun yang bernama Shinichi Kudo telah menjadi budak lalu bertukar nama kepada Conan Edogawa. Shinichi pada mulanya telahpun terkenal sebagai detektif remaja di bahagian timur Jepun (Kawasan Kantō) terutamanya di sekitar Tokyo. Pada suatu hari, Shinichi pergi ke taman permainan yang bernama taman tema "Tropical Land" bersama Ran Mouri . Dia terlibat dengan kes apabila penunggang mystery coaster, Kishida, hilang kepalanya. Dia berjaya menyelesaikan kes tersebut dan ketika dia hendak pulang, dia menyaksikan satu pertemuan yang berlaku melibatkan sekumpulan lelaki yang memakai pakaian serba hitam (Organisasi Hitam). Malangnya, kehadirannya telah diketahui oleh salah seorang daripada mereka dan mereka memukul dan memberinya racun dalam kajian yang bernama Apotoxin-4869 (APTX4869), yang sepatutnya membunuh Shinichi. Walau bagaimanapun, racun itu tidak membunuhnya tetapi sebaliknya, mengecutkan badannya hingga ke saiz pelajar sekolah rendah.

Dengan mengikut nasihat Profesor Agasa (jiran sebelah rumah Shinichi) menyembunyikan identiti dan kisah sebenar kerana dikhuatiri akan diketahui penjahat berpakaian hitam tadi. Apabila Ran menanyakan namanya, Shinichi terlihat buku karangan Arthur Conan Doyle dan Edogawa Ranpo yang menjadikan namanya "Conan Edogawa." Agasa mengatakan yang "Conan" adalah anak saudaranya tetapi terlalu sibuk untuk menjaganya lalu mencadangkan "Conan" tinggal bersama dengan Ran, yang kemudiannya dipersetujui oleh mereka berdua.

Bapa Ran, Kogoro Mouri juga seorang detektif yang cuai dan sering membuat rumusan yang salah. Conan sering menyelesaikan kes yang misteri untuknya. Dengan penampilan Conan yang hanya seorang budak, pihak polis jarang pedulikan Conan. Maka, Conan mempergunakan Detektif Mouri dengan menyuntiknya "jarum bius" dan berpura-pura menjadi Mouri dengan menggunakan pengubah suara yang ada di reben lehernya.

Watak yang muncul kemudian adalah seperti ibu bapa Shinichi iaitu Yusaku dan Yukiko, anggota polis (Inspektor Megure, Pegawai Takagi), Heiji Hattori pesaing dari Kansai-barat Jepun dan teman wanitanya Kazuha Toyama, kawan baik Ran iaitu Sonoko Suzuki, Kaitou Kid perompak yang sangat licik, pencipta APTX 4869 Shiho Miyano (bergelar "Sherry" dalam kumpulan Organisasi Hitam tersebut yang turut menjadi kecil selepas mengambilnya sendiri dan tinggal bersama Profesor Agasa dengan nama Ai Haibara), Masumi Sera, Subaru Okiya, Pasukan Detektif Muda (Ayumi, Mitsuhiko, Genta), Ejen FBI (James Black, Jodie Starling, Andre Camel) dan ahli Organisasi Hitam seperti Gin, Vodka, Tequila, Calvados, Pisco, Vermouth, Kir, Chianti, Korn, Bourbon, dan ketuanya yang misteri bernama Anatoka.

Detektif Conan mengikut format sastera klasik genre misteri pembunuhan seperti Kes Bilik Tertutup dan kes dengan suspek yang terhad. Ia juga merangkumkan dan menyimpulkan kes dalam cara yang sama.

Manga juga menyelitkan Ensiklopedia Detektif yang mempunyai banyak watak detektif, misteri, dan sastera jenayah serta filem seperti Sherlock Holmes, Hercule Poirot, Shunsaku Kudo , Kogoro Akechi, Arsène Lupin, Kōsuke Kinda'ichi, Nero Wolfe, Jules Maigret, dan banyak lagi.

Watak[sunting]

Watak utama[sunting]

Nama Gambar Nama Sebenar & Penerangan
Shinichi ShinKudo.jpeg
EdoConan.png
Shinichi Kudo (工藤 新一 Kudō Shin'ichi?)
Merupakan detektif sekolah menengah tinggi yang terkenal berusia 17 tahun yang kini menjadi seorang budak dengan bernama Conan Edogawa (江戸川 コナン Edogawa Konan?) akibat terminum sejenis ubat menyebabkan badannya mengecil sehingga bersaiz budak sekolah rendah.
Ran RanMouri.png Ran Mouri (毛利 蘭 Mōri Ran?)
Dia merupakan kawan karib Shinichi dan Sonoko semenjak kecil lagi. Ran merupakan juara karate peringkat Kawasan Kantō. Dia tinggal bersama bapanya Kogoro Mouri.
Kogoro KogoroMouri.png Kogoro Mouri (毛利 小五郎 Mōri Kogorō?)
Dia merupakan bapa kepada Ran dan isteri kepada Eri Kisaki. Dia merupakan detektif persendirian yang cuai. Akibat sikap yang buruk, isterinya tinggal berasingan denganya.

Detektif Muda[sunting]

Watak lain[sunting]

Nama Gambar Nama Sebenar & Penerangan
Profesor Agasa HiroshiAgasa.png Hiroshi Agasa (阿笠 博士 Agasa Hiroshi?)
Profesor Agasa (阿笠博士 Agasa Hakase?) merupakan profesor yang tinggal bersebelahan rumah keluarga Kudo. Kebanyakan peralatan ciptaanya tak seberapa tetapi ada peralatan yang boleh membantu Conan menyelesaikan pelbagai masalah. Dia sebagai penjaga Detektif Muda sering membawa mereka berkhemah dan melancong ke mana sahaja.
Haibara AiHaibara.png Ai Haibara (灰原哀 Haibara Ai?)
Shiho Miyano (宫野 志保 Miyano Shiho?) pada asalnya merupakan seorang saintis utama dalam Organisasi Hitam bernama Sherry. Badannya telah mengecil apabila dia cuba melepaskan diri. Ramai rakannya anggapan sikapnya sering dingin.
Eri EriK.png Eri Kisaki (妃 英理 Kisaki Eri?)
Dia merupakan isteri kepada Kogoro dan mak kepada Ran. Dia tinggalkan suaminya kerana enggan tengok perangai suaminya yang buruk. Dia adalah seorang peguam bela yang hebat.
Sonoko SonokoS.png Sonoko Suzuki (鈴木 園子 Suzuki Sonoko?)
Dia merupakan kawan karib Ran. Walaupun dia merupakan anak kaya, dia berlagak seperti orang biasa. Dia sering dipengsankan dengan pistol bius kepunyaan Conan untuk menyelesaikan kes.
Heiji HeijiH.jpg Heiji Hattori (毛利 小五郎 Hattori Heiji?)
Dia merupakan detektif sekolah menengah tinggi sebelah barat Jepun. Kemahiran deduksi sama hebat dengan Shinichi. Kulitnya hitam, ibu bapanya berkulit putih dan atuknya berkulit hitam. Dia merupakan kawan karib kepada Kazuha. Dia mahir dalam kendo.
Kazuha KazuhaT.jpg Kazuha Toyama (遠山 和葉 Tōyama Kazuha?)
Dia merupakan kawan karib kepada Heiji. Dia merupakan anak ketua balai polis cawangan Osaka. Dia seorang ahli Aikido.
Yusaku YusakuK.png Yusaku Kudo (工藤 優作 Kudō Yūsaku?)
Dia merupakan suami kepada Yukiko dan bapa kepada Shinichi. Dia bersama isterinya tinggal bersam di Amerika. Dia seorang novelis yang terkenal. Antara karya terhebatnya iaitu Night Baron.
Yukiko YukikoK.png Yukiko Kudo (工藤 有希子 Kudō Yukiko?)
Dia merupakan isteri kepada Yusaku dan mak kepada Shinichi. Dia merupakan bekas pelakon terkenal di Jepun. Dia kerap menyamar di mana-mana sahaja seperti rakannya lamanya Sharon Vineyard (Vermouth).
Subaru SubaruO.jpg Subaru Okiya (沖矢 昴 Okiya Subaru?)
Dia merupakan siswa PhD kejuruteraan yang terpaksa tinggal di rumah Shinichi kerana rumah sewanya telah dijilat api. Sebenarnya beliau merupakan Akai Shuichi. Tujuannya iaitu mengawasi Ai Haibara daripada Organisasi Hitam.
Sera SeraM.jpg Masumi Sera (世良 真純 Sera Masumi?)
Seorang Detektif Sekolah Menegah Tinggi baru dipindahkan ke Sekolah Menengah Tinggi Teitan juga sekelas bersama Ran dan Sonoko. Ia merupakan adik perempuan kepada Shuichi Akai.
Jirokichi Jirokichi Suzuki (鈴木 次郎吉 Suzuki Jirokichi?)
Merupakan pak cik kepada Sonoko. Cita-citanya akan menangkap Kaitou Kid tetapi sering gagal.
Kaitou Kid KaitouKiddo.jpg Kaitou Kid (怪盗キッド Kaitō Kiddo?)
Dia merupakan seorang pencuri yang licik dan pandai membuat silap mata.

Pegawai polis[sunting]

Nama Gambar Nama Sebenar & Penerangan
Inspektor Megure InsMegure.jpg Juzo Megure (目暮 十三 Megure Jūzō?)
Inspektor Megure (目暮 警部 Megure Keibu?)Dia merupakan seorang inspektor polis dalam bahagian pembunuhan di Ibu Pejabat Polis Tokyo. Dia sering memakai topinya ke mana sahaja.
Pegawai Takagi WaTakagi.jpg Wataru Takagi (高木 ワタル Takagi Wataru?)
Dia merupakan seorang anggota pegawai polis berpangkat sarjan dalam bahagian pembunuhan di Ibu Pejabat Polis Tokyo. Dia telah bekerja dibawah Inspektor Megure. Dia merupakan teman lelaki Miwako Sato juga rakan sekerjanya.
Pegawai Sato MiSato.jpg Miwako Sato (佐藤 美和子 Satō Miwako?)
Dia merupakan seorang anggota pegawai polis berpangkat penolong inspektor dalam bahagian pembunuhan di Ibu Pejabat Polis Tokyo. Dia telah bekerja dibawah Inspektor Megure. Kadang kalanya sikapnya sangat garang dan serius apabila sedang mengintip. Dia merupakan teman wanita Wataru Takagi juga rakan sekerjanya.
Pegawai Chiba ChibaC.jpg Chiba (千葉 Chiba?)
Dia merupakan seorang anggota pegawai polis dalam bahagian pembunuhan di Ibu Pejabat Polis Tokyo. Dia telah bekerja dibawah Inspektor Megure.
Inspektor Shiratori NinShira.jpg Ninzaburo Shiratori (高木 ワタル Shiratori Ninzaburo?)
Dia merupakan seorang anggota pegawai polis berpangkat inspektor dalam bahagian pembunuhan di Ibu Pejabat Polis Tokyo. Dia merupakan teman wanita kepada Cikgu Kobayashi.
Superitenden Matsumoto SupMatsu.jpg Kiyonaga Matsumoto (松本 清長 Matsumoto Kiyonaga?)
Pegawai berpangkat superitenden dan orang atasan Inspektor Megure. Mukanya yang garang serta parut atas mata kirinya menyebabkannya kelihatan sukar untuk didampingi. Parutnya disebabkan oleh pembunuh bersiri yang menggunakan pedang samurai ketika membuat siasatan.
Pegawai Yumi YumiC.jpg Yumi Miyamoto (宮本 由美 Miyamoto Yumi?)
Seorang pegawai polis dalam bahagian lalu lintas dan kawan baik Sato. Dia sering menggalakkan perkembangan hubungan Sato dan Takagi. Dia telah mula rapat dengan anggota baru yang baru bernama Naeko Miike.
Pegawai Naeko NaekoC.jpg Naeko Miike (三池 苗子 Miike Naeko?)
Seorang polis bahagian lalu lintas yang baru berpindah ke Ibu Pejabat Polis Tokyo. Dia telah jatuh hati dengan seorang anggota polis juga rakan sekolah rendah bernama Chiba.
Inspektor Nakamori InsNaka.jpg Ginzo Nakamori (中森 銀三 Nakamori Ginzō?)
Dia telah telah berurusan untuk menangkap Kid yang sejak dia mula-mula menyertai pasukan polis, tidak tahu bahawa dia telah telah berurusan dengan yang Kaitou Kid yang asal bernama Toichi Kuroba dan Kaitou Kid yang baru dan licik, anak Toichi, Kaito Kuroba adalah kawan rapat semenjak kecil iaitu Aoko merupakan anak perempuannya.

FBI[sunting]

Nama Gambar Penerangan
James Black JamesB.jpg Dia merupakan ketua FBI untuk operasi menangkap Kumpulan Organisasi Hitam.
Shuichi Akai Dia merupakan seorang ejen FBI yang licik. Kini dia menyamar sebagai seorang mahasiswa iaitu Subaru Okiya. Dia pernah menyamar sebagai anggota Organisasi Hitam.
Jodie Starling JodieS.jpg Dia merupakan seorang ejen FBI. Dia pernah menjadi seorang guru bahasa inggeris di sekolah Ran.
Andre Camel AndreC.jpg Dia merupakan seorang ejen FBI yang bertubuh besar.

Organisasi Hitam[sunting]

Organisasi Hitam (黒の組織 Kuro no Soshiki?)

Nama Kod Gambar Penerangan
Anokata Dia merupakan ketua dalam organisasi hitam.
Gin GinC.jpg Dia merupakan anggota organisasi hitam berpangkat tinggi. Dia mempunyai stamina yang tinggi.
Vodka VodkaC.jpg Dia merupakan anggota organisasi hitam dan orang bawahan Gin.
Vermouth VerC.jpg Dia merupakan anggota organisasi hitam berpangkat tinggi. Nama sebenarnya iaitu Sharon Vineyard. Dia juga rakan kepada mak Shinichi.
Bourbon TooruA.jpg Dia merupakan anggota organisasi hitam yang licik. Nama sebenarnya iaitu Tooru Amuro. Dia membenci Shuichi Akai dan sebab-sebab tertentu tidak diketahui. Matlamat Bourbon sebenar iaitu membunuh Sherry (Ai Haibara), Mencari tempat persembunyian Akai Shuichi dan identiti sebenar Conan Edogawa.
Chianti Dia merupakan anggota organisasi hitam. Dia pakar menembak sehingga 550 ela.
Korn Dia merupakan anggota organisasi hitam. Dia pakar menembak sehingga 550 ela.

Orang yang mengetahui identiti sebenar Conan[sunting]

Dalam manga dan anime[sunting]

  • Hiroshi Agasa - Orang pertama yang diberitahu identiti sebenar Conan.
  • Yusaku Kudo - Ayah Shinichi dan seorang penulis novel misteri. Profesor Agasa memberitahu ibu bapa Shinichi tentang masalah yang dihadapinya. Mereka kini tinggal di Amerika Syarikat.
  • Yukiko Kudo - Ibu Shinichi dan seorang bekas pelakon terkenal di Jepun.
  • Heiji Hattori - Rahsia Conan dibongkar ketika cuba menggunakan Heiji untuk menyelesaikan satu kes.
  • Ai Haibara -Merupakan salah seorang ahli Kumpulan Berpakaian Hitam,memberontak kerana Gin membunuh kakaknya Ai Haibara, kini tinggal di rumah Profesor Agasa.
  • Akemi Miyano - Diberitahu identiti sebenar Conan sebelum meninggal dunia.
  • Vermouth - Tidak memberitahu identiti sebenar Conan kepada Gin, walaupun tujuan sebenarnya belum dipastikan lagi.
  • Eisuke Hondo- Dia mengetahui identiti Conan selepas kes pembunuhan di pusat karaoke (Episod 508). Dahulunya ialah rakan sekelas Mouri Ran sekarang bertugas sebagai ejen CIA.
  • Subaru Okiya - Dia sebenarnya ialah Akai Shuichi yang tinggal di rumah Shinichi. Dia tahu identiti Conan apabila Conan menelefon Ran di rumah Shinichi (Episod 691).

Dalam filem sahaja[sunting]

  • Kaitou Kid- Seorang pencuri yang licik yang digelari sebagai KID The Phantom Thief.
  • Noah Ark (hanya dalam filem ke-enam)
  • Irish - Anggota Organisasi Hitam, Watak dalam filem The Raven Chaser sahaja. Dibunuh oleh Chianti.

Orang yang hampir mengetahui Identiti Conan[sunting]

  • Ran Mouri
  • Wataru Takagi - Dia hampir mengetahui identiti Conan apabila terperangkap di dalam lif di Menara Touto dalam kes letupan bersiri.
  • Masumi Sera
  • Bourbon - Dia telah mengetahui Conan ialah "Kogoro Tertidur" dan mula mensyaki Conan bukan seorang kanak-kanak.
Jalan cerita tamat di sini.

Media[sunting]

Manga[sunting]

Detektif Conan telah dikeluarkan buat kali pertama pada 19 Januari 1994 di majalah Shogakukan Weekly Shonen Sunday menyerupai manga genre misteri bertajuk Kindaichi Case Files. Beliau memetik cerita-cerita Arsène Lupin, Sherlock Holmes dan filem-filem samurai oleh Akira Kurosawa sebagai mempengaruhi kerja-kerja beliau. Aoyama berkata dia menghabiskan sepanjang empat jam bagi memikirkan setiap kes baru dalam manga kadang-kala cerita yang lebih rumit boleh mengambil lebih daripada dua belas jam. Setiap kes menjangkau beberapa bab, dan diselesaikan pada akhir di mana watak-watak yang menerangkan butir-butir penyelesaian kes mereka dalam bahasa yang mudah. Pangkalan data yang terdiri daripada semua kes-kes dari manga telah dilancarkan pada tahun 2007. Apabila dalam skrip cerita, Aoyama cuba untuk mengekalkan bahasa yang mudah untuk membantu pembacanya ikut susunan plot.

Detektif Conan menjadikan sebagai 21 paling lama disiarkan dalam siri manga dengan melebihi daripada 800 bab (File) dikeluarkan di Jepun. Bab-bab individu dikumpul oleh Shogakukan dalam siri tankōbon. Jilid pertamanya telah dikeluarkan pada 18 Jun 1994. Kini, tankōbon ini telah dikeluarkan 79 jilid. Pembantu Gosho Aoyama juga telah ditulis dan diterbitkan Detektif Conan (Edisi Khas) sebanyak 36 jilid cerita.

Anime[sunting]

Versi anime Detektif Conan telah dihasilkan oleh Syarikat televisyen Yomiuri TV dan TMS Entertainment. Diarahkan oleh Yasuichiro Yamamoto, siri ini bersiaran selama 25 minit. Siri animasi ini telah disiarkan di Jepun sebanyak 700 episod semenjak siaran perdana animasi ini pada 8 Januari 1996 dan menjadikannya sebagai siri anime yang ke keenam belas paling lama di Jepun. Pada mulanya, Shogakukan merakamkan dan disiarkan episod pada pita video VHS pada bulan Jun 1996 dan Oktober 2006. Sebanyak 426 episod telah dikeluarkan dalam pita video VHS sehingga Shogakukan ditinggalkan format dan bertukar kepada DVD, bermula dari episod pertama. Pada ulang tahun ke-15 siri anime pada tahun 2012, siri ini telah disediakan untuk video atas permintaan. Detektif Conan kemudiannya disiarkan di Amerika Utara pada rangkaian kabel NHK TV Jepun.

Filem[sunting]

Tujuh belas filem dalam siri Detektif Conan yang berdasarkan kes yang ditutup telah dikeluarkan. Aminasi ini diuruskan oleh TMS Entertainment dan dihasilkan oleh Yomiuri TV, Nippon TV, ShoPro dan Toho. Filem 1 sehingga 7 telah diarahkan oleh Kenji Kodama, filem 8 hingga 15 telah diarahkan oleh Yasuichiro Yamamoto, dan filem 16 dan 17 diarahkan oleh Kobun Shizuno. Filem ini telah dikeluarkan pada bulan April setiap tahun, yang bermula pada tahun 1997 dengan filem pertama, Detective Conan: The Time-Bombed Skyscraper. Filem terbaru, Detective Conan: Private Eye in the Distant Sea dikeluarkan pada 20 April 2013.


Staf utama dalam anime[sunting]

  • Karya asal - Gosho Aoyama
  • Pengarah - Yasuichiro Yamamoto
  • Perancang - Michihiko Suwa
  • Reka bentuk watak - Masatomo Sudo
  • Pengarah seni - Junichi Higashi
  • Pengarah kamera - Takahisa Ogawa
  • Pengarah suara - Yasuo Uragami, Keiko Uragami
  • Muzik - Katsuo Ono
  • Pengeluar bersektutu - Mitomu Asai
  • Penyunting video - Terumitsu Okada
  • Penyunting cerita - Junichi Ioka
  • Reka bentuk warna - Shigenobu Kaiho
  • Memimpin pengeluaran - Seiko Terajima
  • Ketua pengeluar - Michihiko Suwa (ytv/Yomiuri TV), Keichi Ishiyama (TMS/V1 Studio)
  • Pengeluar - Konin Yonekura (ytv/Yomiuri TV)
  • Syarikat pengeluar - ytv, TMS Entertainment

Lihat juga[sunting]

Info[sunting]

  • Setakat 27 September 2006, Detektif Conan telah mencapai jumlah penonton kedua tertinggi dalam slot "TV3 Kids" dengan anggaran jumlah penonton sebanyak 435 000 berdasarkan sumber Penyelidikan Media AGB Nielsen [1].
  • Di Amerika Utara,FUNimation, pengedar anime ini di benua tersebut, terpaksa menukar tajuk siri ini menjadi Case Closed gara-gara isu undang-undang berkenaan nama "Conan" (seperti yang dipakai oleh Conan the Barbarian, sungguhpun Conan juga dijadikan nama orang seperti Conan O'Brien). Siri ini sambutan paling hangat di benua tersebut.

Rujukan[sunting]

Pautan luar[sunting]