Digimon Adventure
| Digimon Adventure | |||
| [[Image: |
|||
| デジモンアドベンチャー (Dejimon Adobenchā) | |||
| Genre | Action, Adventure, Komedi, Shōnen
|
||
| TV anime | |||
|---|---|---|---|
| Pengarah | Hiroyuki Kakudo | ||
| Studio | Toei Animation | ||
| Penyiaran | |||
|
|||
| Related works | |||
| Portal Anime dan Manga | |||
Digimon Adventure (デジモンアドベンチャー Dejimon Adobenchā?) merupakan musim pertama bagi saga anime Digimon. Siri ini menceritakan sekumpulan kanak-kanak yang dibawa ke satu alam selari bernama Digital World ("DigiWorld") sewaktu menjalani perkhemahan musim panas. Mereka dibawa ke sana kerana mereka merupakan Kanak-kanak Terpilih yang bakal menyelamatkan Dunia Digital (serta Bumi, menjelang penamat siri ini) daripada kuasa jahat yang mengancam untuk memusnahkannya. Setiap kanak-kanak tersebut menerima seekor makhluk yang dipraprgramkan untuk diikatkan pada mereka, iaitu Digimon mereka, serta alat kecil yang dipanggil Digivice. Dengan adanya kuasa digivicem digimon kecil ini boleh menjelma menjadi bentuk yang amat gagah untuk berjuang, menentang musuh atau menyelamatkan rakan manusia mereka dari bahaya.
[sunting] Kanak-Kanak Yang Terpilih Ke Dunia Digital
- Taichi Yagami & Agumon
- Yamato Ishida & Gabumon
- Sora Takenouchi & Piyomon
- Kōshirō Izumi & Tentomon
- Mimi Tachikawa & Palmon
- Joe Kido & Gomamon
- Takeru Takaishi & Patamon
- Hikari Yagami & Tailmon
[sunting] Bantuan Orang Dewasa
Digimon Adventure (Pengembaraan Digimon) merupakan sebuah siri anime yang dicipta di jepun. Siri ini merupakan kisah kanak-kanak terpilih yang datang ke dunia digital secara tiba-tiba. Pada episod 1, mereka bertemu dengan rakan digimon mereka iaitu Koromon, Tsunomon, Pyokomon, Motimon, Tanemon, Pukamon, Tokomon
Pada episod pertama juga, mereka telah bertukar ke peringkat biasa mereka untuk melawan Kuwagamon. Antaranya ialah Agumon, Gabumon, Piyomon, Tentomon, Palmon, Gomamon, Patamon
Mereka terus menjadikan peringkat ini peringkat biasa mereka. Selepas seketika, mereka bertemu dengan kanak-kanak terpilih yang kelapan iaitu adik Taichi, Hikari bersama rakan digimonnya, Tailmon.
[sunting] Tayangan
Digimon Adventure pertama kali ditayangkan di Malaysia oleh ntv7, setiap Ahad jam 10:00 pagi, pada tahun 2003. Siri ini kemudiannya diulang semula pada cuti sekolah tahun 2004, setiap Isnin hingga Jumaat jam 10:00 pagi hingga 11:00 pagi. Digimon Adventure disiarkan di Astro Warna isnin-khamis pada setiap 3.00 petang dan 11.30 petang dan di Astro Creia setiap Isnin-Khamis11.30(ulangan) dan 3.00 petang.