26 Mac
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| << | Mac 2013 | >> | ||||
| Ahd | Isn | Sel | Rab | Kha | Jum | Sab |
| 1 | 2 | |||||
| 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
| 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
| 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
| 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
| 31 | ||||||
| MMXIII | ||||||
Mac merupakan hari ke-85 (hari ke-86 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 280 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Kemerdekaan di Bangladesh (1971).
Peristiwa [sunting]
- 1636 - Salah satu universiti tertua di Belanda dan antara yang terbesar di Eropah, Universiti Utrecht diasaskan.
- 1707 - Melalui Akta Penyatuan 1707, Kerajaan England dan Scotland bergabung untuk membentuk Kerajaan Great Britain.
- 1830 - Teks keagamaan gerakan Latter Day Saint, Kitab Mormon (gambar) diterbitkan buat kali pertama.
- 1871 - Komun Paris diasaskan secara rasmi di Paris, Perancis.
- 1881 - Domnitor Carol I (gambar) diisytiharkan sebagai Raja Romania, memulakan dinasti Hohenzollern-Sigmaringen.
- 1971 - Pakistan Timur mengisytiharkan kemerdekaan daripada Pakistan untuk membentuk Bangladesh, memulakan Perang Pembebasan Bangladesh.
- 1973 - Episod pertama daripada lapan ribu episod The Young and the Restless, satu siri drama lipur lara Amerika Syarikat, disiarkan di televisyen.
- 1999 - Cecacing komputer Melissa dikeluarkan dan menjangkiti sistem mel elektronik di seluruh dunia.
- 2010 - Korvet Tentera Laut Republik Korea Cheonan tenggelam selepas satu letupan, dikatakan angkara torpedo Korea Utara, menyebabkan 46 anak kapal maut.
Kelahiran [sunting]
- 1935 - Mahmoud Abbas, Perdana Menteri Palestin yang pertama
- 1982 - Mikel Arteta, pemain bola sepak Arsenal F.C.
Kematian [sunting]
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||